Holla everyone, hope you guys are doing good!
Hari tu I lepak dengan my girlfriends di AEON Maluri. Fikir punya fikir tak tahu nak makan mana, akhirnya kami decide nak lunch di Vivo Pizza.
Familiar kan? Banyak kali sebenarnya nampak tapi baru nak cuba. I rasa ada banyak branch kan.
Masa kami sampai tak ramai orang. Maybe sebab weekdays kot orang malas keluar ek. Macam biasa patuh SOP gais.
Mula mula I ingat kedai ni jual pizza je tau. Typical betul lah saya ni. hahahaha kedai ni ada pelbagai jenis menu. Ko sebut je nak apa. Blur pulak nak makan apa
Ha yang ni ada promo untuk weekdays, mana lah tahu korang nak datang lunch ke kan. Tapi memang berbaloi+ jimat banyak tau
Rasa macam nak makan pasta. Banyak nau options sampai I tak tahu nak pilih. kahkah.
Tak cukup dengan tu , ada juga dessert. Tapi kami tak order dessert. Memang tak muat perut dah oii. Rasanya I kena datang lagi hanya untuk makan waffle dia tu. Nampak menggoda sangat.
The Food
Yeahh makanan dah sampai. Cepat jugak. Sampai je makanan apa lagi, terus ngap.
kalau korang nak tengok video I makan boleh check out Youtube channel Mumbling Cici okayy. Jangan lupa like dan subscribe. Ehhh
Okay yang I order ni Creamy Mushroom/ Pasta Cendawan Berkrim. So I tau la dia memang ada cendawan . Masalahnya aduihh bau cendawan dia kuat sangat oii. Memula okay dah lama lama rasa tak selesa tekak.
Macam ada bau mulut tau. Dah macam bau petai pun ada (walaupun I tak makan petai) Tapi busuk dia macam tu lah. Tak pepasal I makan gegula untuk hilangkan rasa tu.
Lepas makan, dok borak borak. Maklumlah orang tak ramai . Tu pun I tak mampu habiskan sepotong pizza. Hahaha mengah dahh.
So ni lah total bill. Not bad kan untuk 3 orang makan. Berbaloi wehh.
alright tu je, harap membantu korang kalau tengah cari port best nak bawak family makan.
Toodles, xoxo
Comments
Post a Comment