Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Short Getaway: Glory Beach Resort , Port Dickson

Assalamualaikum W.B.T

Short get awayyyy, getway... get awayyy. Ha ni memang short bebenor lah sebab satu malam je. sobs. nak buat macam mana, I amek cuti sehari je . Mohd Ocin memang lah cuti since Sunday, tapi dengan teambuilding bagai. alahai. Senin tu I golek golek 15x kat bawah katil, akhirnya dengan badan sakit sakit tu dia gagahkan diri jua " pergilah packing" . wehuu

Actually nak sangat duduk kat Primaland sebab nampak pool kemain cantekkkkk lepas tu murah pulak ( weekdays) RM 156 exc tax dapat apt 2 bedroom dengan ticket masuk theme park lagi. Tapi memandangkan kami laki bini tak pandai baca map, abaikanlah.Lagipun, husband dah pernah pergi Glory Beach Resort dengan family dia last raya tu, so dia konfiden lah situ best, pool pun sangatlah sesuai untuk Cuddlepuff.

Bertolak 11am pun , time tu lah nak packing, time tu lah nak isi petrol and time tu lah nak cari atm. Dan dan pulak time pergi tu area Ampang petrol pam nya takde atm. sadis nya.Dah masuk highway, security tengah amek duit -.- okay fine, nasib baik Mak ada. pinjam lah seratus dulu T_T

Pusing punya pusing, time tu jugak ekon kete main cak cak -.-'' kalau kat tempat yang penuh dengan rimbunan pepohonan boleh tahan lagi tau, ni bayangkan area situ dah lah panas, ditambah dengan bahang laut lagi, mak aik -.- habis rambut kepok kepok tau. Yang paling kesian mestilah si Pumpkin. dah mula tak selesa, dengan susu bawak sebotol je. air panas takde sebab bajet terus sampai boleh golek golek dalam bilik dah.

Nasib baik lah area jumpa Coconut Shake, perghh dia punya syukur dapat air sejuk tu tatahu nak cakap. dengan si Cuddlepuff sekali menjerit jerit kalau tak dapat minum. kenalah mak share dengan dia. Mommy denganAyah sekali nafas je sedut terus habis. k tipu. tak elok minum macam tu tau

akhirnya jumpalah kami dengan Glory Beach Resort, located at Tg Gemuk. Honestly, pantai dia taklah cantik sangat. Ala biasalah, focus kami memang nak pool yang sesuai untuK baby je.



sampai je dah dapat bilik , agak teruja jugaklah. besar. luas. err sama lah. Pada I berbaloi lah daripada bilik kat Melaka hari tu. Dahlah air tak naik.

Lepas campak campak barang, haruslah I check toilet. Penting okay untuk kesejahteraan bersama sekeluarga. Shower dia okay, air panas boleh control. branded pulak ( -,-) pentinglah gila. I is takut kalau guna brand pelik pelik ni. electrical okay. lepas tu I mencari sesuatu. apa dia? pipe air mana oi. Ceh ni apa jenis ni takde pipe. Dia cuma sediakan gayung je. So kalau lepas ber'bisnes' tu boleh pilih nak tadah air kat sink, atau tarik shower tu. -.- pfttt. lepas tu toilet paper yang disediakan agak 'lembab' , maybe terkena siraman air ke apa , but I is tak selera. nasib baik ada extra toilet paper kat atas rak. haih

Rehat rehat kejap, mak buyung buat muka seposen. Nak pergi lunch. Laki I dah mamai dah time tu. Tapi nasib baik dia layankan jugak. Ingatkan nak pergi area yang banyak Asam Pedas tu tapi jauh ler pulak kena melepasi roundboard bagai. Last last kami nampak satu gerai, macam meriah. CowBoy. waaa nama gempakk

Agaknya memang famous lah kot. Ramai orang. Lepas tu siap ada banner bagai , ada Facebook ( sila Google sendiri) tapi menu makanan dia hanya Nasi Kukus Ayam Panggang and pilihan untuk air ialah Apple Juice or Watermelon Juice T_T sonangnyaaaa

sebab kan dah lapor, kami pun iye kan saja lah. Tapi memang sedap lah. Nasi dia pun lembik lembik gtuh . masa tu Lihin tido so kami tapaukan untuk dia. See, anak Mommy dah besau lah . T_T siap kena tapau lagi .

Lalu kat Teluk Kemang, ada orang jual pelampung. Sempat lah belikan topi dengan pelampung Angry Bird untuk dia . Topi tu RM 14 je and pelampung RM 15. Actually I nak yang ada itik tu, tak sarat sangat RM 20 kat Wet World T_T takpelah next time lah beli ye



Balik tu, suap dia makan sikit and terus ajak dia pergi pool. Hamboi, mula mula kemain takut. Lama lama eksaited. Kat sana pool dia dibahagikan kepada 3. ada pool adult, kids and babies. Mula-mula dia takut and nampak awkward nak masuk dalam pelampung. Lelama kemain eksaited. Siap gerak gerak kan kaki. Nenek pun eksaited, macam budak dah besau . Mommy pun lagi lah " eii eii macam betul betul lah anak Mommy" muahahahah

Tapi I tak gemar pool dia, tak berapa nak bersih . Berpasir. Maybe sebab orang balik dari pantai and bersihkan diri kat pool tu lah. so memang tak sedap kaki memijak




Nak dekat sejam jugak lah dalam pool, ajak jalan jalan ke pantai .I sebenarnya geli nak pijak pasir pantai. Sebab dia halus, and ada yang lembik . memang dari kecik I tak biasa. and kalau pergi pun I pakai kasut/ selipar. ye memang pelik, kalau pakwe ajak romantik romantik jalan tepi pantai pegang tangan sambil jinjing selipar menang idok ler . hikhik




Ingatkan Cuddlepuff takut tapi rupanya dialah paling eksaited. dia nak pergi kat gigi air. ( masa tu air surut) lepas tu dia main main pasir. Pandai oh dia tak masuk dalam mulut -,- dia cuma genggam and picit picit. Maybe sebab benda tu lembik kot.

Berkali jugaklah  heret dia ke atas, dia tetap nak jalan ke gigi air. Kemain seronok dia. Kami pun happy tengok dia macam tu. Alhamdulillah. I terasa macam benda tajam kat kaki I, taktahulah kaca ke pasir halus ke. Husband pun kena jugak. so sebab risau kan Baby, kami heret dia naik jugak . Biarlah , melolong kejap je. Lepas tu terjun pool balik ( salah sorang yang menyebabkan pool berpasir muaahhahahah )





Dah siap nak bilas bilas dia, nampak pulang Dinasor kat playground. Bagi lah dia naik nak puaskan hati dia. Lepas tu menjerit taknak turun. Yelah, anak gua memang dah kuat menjerit sekarang. Layankan aje. Padahal badan and bibir dah menggigil tu.





Malam tu kami makan kat satu kedai tomyam. Kelantanese kot. dia siap ada pakej bagai. Kami amek pakej C. ada Ikan siakap, telur, tomyam, paprik, udang goreng tepung, sayur kailan, 2 jus air . Maaflah I memang tak reti nak amek gambar before makan, ahhahahaha -,- Total dalam RM 55 je ( sebab tambah teh tarik untuk mak)




Masa otw nak balik hotel nampak ada Family Karoke. RM 7/ hours. waaa I is eksaited lah nak pergi. pastu husband bising. "sapa nak nyanyi? lepas aku, aku. lepas aku, aku lagi"

hahaha I memang tak reti nak nyanyi , suh berjoget boleh lah . Habislah anak anak aku ngikut kang. hikhikhik.

balik hotel. Okay ni tak kelakar. Sebenarnya sebulan before this kerja I kat opis ( waktu lunch ye bukan makan gaji buta) I dok Google pasal hotel berhantu kat Malaysia. Bukan sengaja. I google Senarai Hotel terus terkeluar semua tu. I pun dok baca lah. Jadi habit pulak lepas tu takut turun lif sorang sorang sanggup tunggu kawan yang balik 6.30pm -,-'

So PD ni top rate jugak lah. walaupun hotel yang I duduk tak tersenarai , but who cares. Mana tau dia pergi jalan jalan ke =.= Jadi I sangatlah seram sampai mandi ke bisnes ke I takmau tutup pintu. huwaaaaa

Bilik single dekat dengan main door. Tilam tu kami tarik letak kat hall untuk mak dengan Baby. Kami laki bini dok dalam masterbedroom yang ada attached dengan toilet. I siap request takmau tutup pintu lagi. Just incase muka Ocin tetiba bertukar so senang lah I lari kat mak -.- Punyalah I taknak minum, takut bangun kencing waktu malam. haaa paranoid betui. Kalau boleh taknak tutup lampu, tapi mati kena tibai degan laki kang, dia takleh tidor . hahahha

Alhamdulillah, bukak mata dah pukul 7am . yeayy yeaayyy.

so masa tu I dah keluar bilik, my mom pergi mandi. bilik I tu attached dengan bathroom jugak so maknanya our bathroom ada dua pintu lah. I landing dengan baby dulu and my husband surelah berdengkur lagi. Then , tetiba my mom keluar dia macam terintai intai kat bilik, I was like, nape mak? dia kata masa dia dah siap mandi ada bunyi knock knock kat pintu, few times and she thought my husband nak masuk, dia pun cakap lah " nanti jap" . so thats why dia pelik kenapa my husband tengah terbongkang lagi atas katil.

Nasib baik it happens masa dah siang. I pun tak tahu lah nak cakap ,ada ke benda alah tu siang siang buta? kalau nak cakap pasal bunyik, malam tadi I tak selesa dengan bunyik pam air. Kalau nak ikutkan memang lah seram tapi logically bunyi pam air lah apa lagi kan. Bunyi tarik kerusi perabot ( seperti yang selalu diceritakan based on people experience) ada jugak, tapi anak I pun ada jugak tarik kusi meja so I pun taknak conclude apa apa la.phewww.

 Oh lupa semalamnya kami nampak notis ada gangguan bekalan air sebab upgrade oleh pihak Sains. Jadi semangat lah gua mandi pepagi mandikan baby bagai before turun breakfast. tak penah okay, selalu dengan air liuq basi secopot kat tepi mulut I turun makan . hikhik. so lepas siap semua I pun berpusinglah carik Coral Cafe gtuh. berpusing, hek elh rupanya kalau apartment uolls block B, tak payah lah pusing sampai reception. Cafe tu kat tepi pool je.

And masuk masuk je, rasa awkward..... pekerja lebih ramai dari pengunjung. Sebenarnya macam kami je yang ada. nampak table lain occupied tapi tak sure pekerja ke guest. Majal betoi, macam mana nak makan 5 mangkok ni. Duhai




Tapi tak banyak choice, eh bukan tak banyak tapi memang takde =.= main course ( I kalau makan buffet I bantai main course dulu) nasi lemak ikan bilis murah ke apa taktahulah sangatttttttt keras + liat, baked beans ada tapi I tak sentuh pun, pastry 3 jenis kot, ada booth utk bread, porridge and eggs tapi ada orang jaga kat booth tu so I is awkward , I amek telor je tu pun tak reti buat so tak sedap =,= buah : honeydew, watermelon and papaya. I memang takut sentuh buah takut proses laju kang. cereal ada 3 jenis: coco crunch, honeystar dengan cornflakes tak silap I. susu sangatlah sejuk. ( ke ada tempat panaskan? taktahulah biasa memang served warm kan) Beverages: I amek orange juice ( memang setiap hotel ada oren jus je ek -,- tempat I keje dulu pun sama )air kosong and ada booth coffee/ tea kot tapi I tak amek.

Chef dia kot, duduk terpacak kat situ and keep checking kat tray tray. maybe nak make sure cukup ke tak. kalau rasa rasa nasik  tu berkedudukan senget, dia gaulkan bagi rata dan sekata. pastu siap pergi kat tempat pinggan, teropong ada habuk ke tak =.= okay sangat teliti. bagus jugak tapi dalam masa yang sama I pikir, ni mesti kes takde keje kat dapo ni. muahahaha =.=''first time I pergi hotel weekdays kan

Balik tu tengok penyu teloq, penyu tengok teloq kita, ehh -,- bergambar kat signboard bagai ( eh haruslah , bukti tau) and terus Lihin nak terjun dalam kolam . Oi-,- Nenek dengan Ayah dok pujuk je suruh naik tukar baju dulu





Ayah amek kesempatan terjun kuak lentang atas tilam dulu.Second time ni Cuddlepuff kemain eksaited lagi. maklumlah dah ada experience pakai pelampung tu. Tapi ada sekali tu entah kenapa, I sibuk nak snap snap suh mak itu ini blabla tetiba Cuddlepuff macam senget sikit and nak tertonggeng dari pelampung. pheww. tercampak jantung den .





Main main air kejap , tengok si Lihin macam dah menggigil. Kaki I pun cramp ( lately ni kerap sangat cramp, dalam pool maybelah sebab sejuk, habs tu tengah dalam kete, tengok tb pun boleh tetiba kejung , adoi) Cepat cepat paksa dia bilas and siap siap ke atas. Lagipun nak checkout dah kan . Kang orang hotel call tak dapat, dah lah cabut kan wire phone. muahahaha



12.30pm macam tu kami pun check out, phewww nasib baik takde extra veganza charge . so far okay lah.Minus the part of no hand bidet, and the knock knock thing, yang lain memang I puas hati. berbaloi dengan harga dia. I tak fussy pasal breakfast. Pagi kan, bukan makan sangat pun.. Thats all. muah








Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu