Skip to main content

Konsert 4U2C Ubati Rindu Peminat HipHop 90an

Jalan Jalan di Zoo Melaka

Happy New Year everyone!!!

Ha, semua orang update entry hantar anak ke sekolah, I pulak bawak anak ke zoo. eehhhehe. yelah baru first time Cuddlepuff jejak kaki ke zoo. walaupun Zoo Negara dekat je dengan umah, tapi harga ticket macam tak berbaloi je. hurmm and ramai mak mak cakap Zoo Melaka paling best. jarak dengan haiwan pun agak dekat.

Selalu balik Melaka masa raya atau kenduri je so agak rushing. ni amek kau 3 hari 2 malam. so dapatlah jalan jalan.


Tu total kami 2 adult, 2 senior citizen. anak anak I free je sebab bawah 4 years kan. 

Nak tau tak, Ocin boleh pulak tak bawak IC masa balik Melaka. adoiyai. yelah dah siapa atas bawah I siapkan, ni bila I nak bawak diri pun tak larat, nak kena pulak bawakkan untuk dia. aduhai. kaunter sebelah I request untuk IC. tapi nasib baik kaunter yang I beratur tak mintak. nasib baik, kalau tak Ocin kena beli foreigner tikect kang hahaha. 

Bab parking, masa I baca dalam blog mana entah dia kata parking RM 2. taktahulah zaman bila tu sebab masa I pergi last week, kena beli tiket / kupon parking RM 6 . adoiyai, bukan pakai habis pun. korang tahu kan yang kena gores gores tu. sejam RM 1. I gores 4 jam je, memang dia bajet orang nak berkampung dalam tu kot


Masuk masuk je dia akan tahan kita untuk bergambar, I senyum je lah. I tak tengok pun gambar tu time balik. Memang tak plan nak beli. 

Pastu nampak tempat burung kakak tua ni. si Lihin takut. adoi

lebah / tebuan. I geli la -,- 

ada information board, kan bagus kalau Lihin dah pandai baca. hahaha ni Mommy je baca sorang sorang


kena gilir gilir dukung Puffy Pie. Mommy and Nanny surrender dulu. kang kena panggil ambulan pulak kang. 










Time ni Lihin merajuk. sebab kami dok gelakkan dia like anything kahkahkah

Ayah: Abang, Kuda makan apa?
Lihin:      makan burger  :)

Kahkah mana tak gelak. entah mana dia dapat idea kuda makan burger. 

kat kandang Giraffe ni macam ada stau bau. Hancing ke bacin ke apa ke I pun taktahu. memang kepala I terus berpusing. I terus lari jejauh. adoi


I taktahu ni apa benda macam kucing siam. gebus sangat. 

sebelum sampai sangkar si gebus tu, ada lah signboard suruh beware sekumpulan kera liar, ocin macam taknak caya lah sebab kat situ semua ada cage kan. sekali memang betul dok bergayut gayutan bagai. siap rampas plastic orang lagi, I seram okay, mana tau dia rampas handbag I kang hahaha. akan kukejar untuk dapatkan kad dan tepon. charger pun mahal jugak hokay

apa entah, Cattle rasanya 

abang-abang sangat Lihin. hehehee


taknak bergambar. cis


Masa ni kandang Rimau Kumbang. 

nampak tak Pak Belang tengah tidur tu?

Pak Belang tidur, dia suh bangun. Jumpa patung Rimau ni, dia nangis pulak. sini ada cafe . Tiger Cafe kot namanya. 



bersebelahan dengan padang golf

suka dia nampak kalerful kan

Maira dahaga benau

Time ni I dah surrender. Konon gagah sangat , taknak stop untuk makan/minum. sekali I dah taktahan sangat. kang gastric tak pepasal je. Ni salah satu cafe lepas kandang rimau ler. jual pau, burger, and air. tapi air dia cuma ada mineral water - RM 2, atau Ice Lemon Tea RM 3. ada air gas tapi tak tengok pun, RM 3 jugaklah kot.

Pada I lah, ni kan tempat family, kenapalah kena ada air gas. -.- ke memang mak mak tak kisah anak minum air gas? sakit perut kang? haiyoo.

nampak family belakang tu.dorang tengah buat family day ke apa taktahula. semua pakai baju sedondon. pastu Lihin sibuk je nak naik kete sorong, anak dia jenis kedekut macam Lihin jugak. dia cakap "tak boleh". kahkah. bebudak kan biasalah. pastu after pujuk memujuk session, anak dia turun jugak.

Lihin dah naik keja, dia turun and pegi dekat kereta lain and arahkan girl dalam tu "turun".

kahkah, woi malu la Mommy. anak suka mengarah. kesian wife you nanti Lihin. haihhh

pau cokelat yang inti seciput. takleh lawan pau spital Ampang. harga dia RM 2- RM 2.20 

Lihin takut natang ni. tapi pastu suka pulak

ni kat kandang Sun Bear. muka anak I pun dah empat segi macam bear . hiks


Lihin paham ke tak bear ni agaknya

siap ada kubur bear nama Lala kat situ

ni tempat Orang Utan. ada 2 ekor, satu tengah baring, sekor yang duduk kat tepi tu

I tak beli tiket Tram ni. Lihin nangis nangis nak naik. hadoi

agak jauh gajah ni. I dengar ada orang kata dalam mulut gajah tu ada air, kalau dekat dekat nanti dia sembur =.= okay I lari dulu

sian Puffy Pie, I rasa dia tak paham pun. hahahaha

ni salah satu cafe. Elephant Cafe kot. sebab dengan kandang gajah. 


kambing gurun rasanya

ni macam tempat playground tapi dah rosak je. and no worries sini ada toilet and diapers room. Tapi I tak masuk pulak macam mana. I kan bab bab jamban ni expectation sangat tinggi. hehehee

sian Lihin. jalan jap pastu benti. pastu cakap ,"penat, nak duduk". pastu mintak air. adoi. Ocin and Maira dah kedepan dah

bila nampak playground ni, maksudnya dah pintu masuk lah. lega gila mak nok. hahahahha

Mommy jalan selamatkan diri, dok tempat redup. Mommy takut cair. kahkah

sementara menunggu Ayah amek kete
Waktu- Kalau tengok tips from bloggers, memang ramai suggest pergi pagi sebab pagi tu lah ada animal feeding lah, show lah. tapi apa nak buat. gua bangun 545am pun , dok siapkan diri sendiri dan anak anak termasuk si bapak budak, pastu singgah bekpes lagi. agaknya dalam 11am-12pm baru sampai. terus pegi pasar borong, pastu Abah cakap cuaca macam okay je. tapi yang nyata BAHANG okay 

Payung- gigih bawak payung. takyah pun takpe.sebab dalam ni redup. lagi lagi kalau korang naik tram. tapi from car park sangatlah panas and bahang >,< 

Souvenir -kat area carpark ada orang jual souvenir macam topi, baju, ada toys macam doll la, bantal la. makanan pun ada. makpak sila sediakan duit. kat Exit pun ada jugak. I macam nyesal je tak beli girls handbag. kait pulak tu. comel je.

Outside Food& Drink- I tak pasti kat dalam boleh bawak outside food and drinks tak. kami tak melalui sebarang check pun, maybe jugak sebab kami takde bawak bag besar. diaper bag pun tak bawak. okay jelah kot makanan kat dalam tu affordable  set heavy meal macam burger pun ada.  

Staff - hurmm I rasa counter staff and yang kat entrance okay je. yang hampeh staff yang kat dalam ke sana sini bawak motor. lelaki ke pompuan sama je. bawak motor laju. memanglah sebagai makpak kita kena kawal anak, tapi I pun takut kena langgar. bagi dorang basikal je lah -,-'' and I rasa lelaki bawak motor lagi sopan, nampak kawasan ramai orang, dia slow down motor. walaupun orang orang tu semua jalan kat tepi. yang pompuan, pergh lagi dok pecut, nasib tak melayang je tudung dia. haiz

trolley/stroller- eh I taktahulah benda apa namanya. ala macam kat Jusco/ Dataran Pahlawan ada tu, dia macam kete and kita boleh tolak dari belakang. sewa agak murah tapi tak ingat berapa. kuantiti sikit je. bunyi bisiing and akak tu kata berat gila nak tolak. sebab jalan tar kot. pastu ada jugak rental service untuk macam kereta golf tu. pandu sendiri ke apa taktahulah. RM 100 untuk 45 min. 

Total Damages:    Ticket : RM 49.75
                             Parking: RM  6

                             F &B :  RM 11.40 ( 3 pau + 1 mineral water + 1 Ice Lemon Tea)

Kesimpulannya, penat gilos. adoi. hilang lemak gua. 

Comments

  1. Salam, hahaha dulu mase i study kat Melaka, mmg ni lah port nak dating weh...dating sambil belajar katanya..hahaha...tp tu lah, zoo melaka ni besar gila..penat kot jalan, plus kebersihan dia kadang2 spoil gak ade mcm berlumut bagai dah kaca dia..ew sgt..hahaha

    owh yg menatang warne hitam putih tu comelnye, besarr..i igtkan panda tp panjang pulak ekor dia..hahaha citer pasal monyet, adik i mase kecik pernah kena kejar dgn monyet yg tak berikat...rupanya dia nak curi sandwich dpd dlm poket seluar adik i..haha sian..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....