Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Best Service Suite At Times Square | Birthday Getaway

Holla its our weekend getaway. so bersempena dengan Ocin's birthday, I choose East Suites Berjaya Times Square. Why? first because of the location. and second because its quite big, duh. 57m . (I dont know M stand for what yah, hahaha)
 
 
 

The Room

Its actually a suite for 2 adult + 1 kid. But I plan nak sumbat 7 of us quitely lah. tapi masuk masuk je walahh. ada extra matteres (extra large king size) and 1 single bed. Soa couch dia memang super comfy. eh memang sesuai lah untuk kami





 

Nama pun suites kan. so bedroom and hall memang bersambung. Tapi ada je slides door kalau nak privacy lah. 


Single bed. I suka suites ni walaupun kecik tapi dia pandai gunakan space yang ada. 


TV channel memang tak banyak. Bukak bukak je terus ada BBC News. Luckily ada remote. so kami ngadap TV 3 lah. not bad, ada ke orang check in hotel nak hadap TV. HAHAHA



The View

Tak secantik Regalia, but who cares. HAHAHA. I still amazed dengan view from Level 30. Like seriously guys, korang pun mesti teruja lagi lagi bila tengok banyak kereta stuck in jem and korang tengah relax atas sofa. hahaha . okay so bad



Ni pantry dia. okaylah ada basic thing kan. Dalam cabinet tu ada pinggan mangkuk semua


Spacious Bathroom

first time in my life sepanjang I dalam bidang check in ni, jumpa bathroom sebesar ni. amazed sampai buat video okay. For me dengan harga yang murah, dapat bathroom sebesar ni memang awesome sangatlah.
 
Actually kalau nak tutup pintu tengah tu boleh je. Pelik je mandi / poo poo dengan ruang sebesar ni kan? HAHAHAH




the amenities not bad. Tapi lagi bagus kalau the soap tu dalam botol kan? yang dua botol tu shampoo. and I memang tak pernah pakai shampoo hotel. entahlah tak selera pulak. Tapi I sebat je bawa balik untuk emergency case. 



 
Favourite oi. I kan masuk hotel akan check jamban. so jamban dia memang awesome. bersih takde kekotoran . nampak macam baru pun ada. yang pink for adult yang kecik for kids kot. sweet angat boleh poo poo sebelah sebelah dengan anak. HAHAHAH . okay tak gurau
 
Tapi I taktahu dia clog ke apa ke, anak I kan suka main siram air. Air tu bertakung kat situ -__- My mom sampai tahan pee sebab geli nak pijak tempat air bertakung -__- mop/ penyapu takde.
 
Hopefully dorang betulkan. I dah komplen kat dorang dah
 

Super Spacious Swimming Pool

yes. their swimming pool memang yang terbaik setakat ini. Person in charge cakap ada 3 jenis pool; toddler, kids and adult. Tapi I tak sure  kids punya macam mana, but adult is 4feet. Okay lah kot. No diving okay!



No life guard in charge but the security selalu ronda situ. Dia tak bagi orang bawa food sampai ke tepi kolam and dia akan remind kita untuk dekat dengan anak. Ada sekali I dok setting camera, Lihin dengan Maira dah sampai ke tepi tangga. Dia datang kat I and remind

" pls go with your kids. once they fall down , they cannot get up"

melompat I pergi kat dorang. Maira dah lah selalu tersungkur dalam air.


Super spacious and relaxing. I will come back for sure.


Ada juga smoking area. baguslah kan, actually takde pun bagus, I memang tak gemar asap asap ni HAHHA. tapi baguslah mostly manusia yang datang semua dengar cakap and guna tempat yang disediakan.

Selain tu, playground and toilet pun cun. Memang recommended.



Thumbs Up

1- Bilik besar, bersih dan selesa

2- Wifi laju . I download apps, I reply wassap kejap, eh dah siap download

3- Lift can access to basement parking. senang angkut luggage

4- Swimming pool, lift and semua facilities selesa

5- sebelah dengan mall. actually kalau rajin jalan, sampai ke tengah malam senang dapat food


Thumbs Down

1- Parking kena bayar wehh. Ni la first time I check in hotel kena bayor. Dia ikut rate Times Square (mall) ikut jam. Maximum per day is RM 11 so I checkout 12pm kena bayo RM 24. err

2- Dikelilingi kedai arab! so kalau korang takleh telan middle eastern food, kena napak jauh sikit for mamak lah. atau pun kena beli awal awal and simpan dalam fridge

3- Private Property ; so masa nak check in kena call dia (security tak bagi masuk) lepas tu ikut pergi Level 24 (office) tunggu blablabla baru dia hantar ke bilik. Nasib baik I tinggalkan luggage dalam kereta dulu

4- Yang I baca review lah, ada tourist complaint they cannot speak English. Ala biasa je untuk I. maybe mostly baru start kerja ke. Mostly memang foreigner, not sure Bangladeshi ke Indian ke. Yang host I tu pun Muslim, sampai sampai je bagi salam.

Okay tu je lah . so kalau korang nak ber- weekend getaway ke, partayy partayy ke I would recommend this place okay.

Toodles , Xoxo

Psttt you may booking via Booking.com or directly call Mr Farhan 011 3311 4594


Comments

  1. babe how much the rate,teringin sangat nak pergi lepas baca entry u ni..u tahu i hari tu bergetaway area kl juga,ntah apa2 kitaorang g tempah prescott yang takde apa2 tu,dah lah takde swimming pool,hahaha..2 hari kat sana rasa erkkkk xsabar nak balik,ni alya lah ni nak stay hotel sangat kan,,last2 dalam2 busy tu cari juga lah hotel2 yang murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila pergi , mesti Alya suka babe. nak relax sambil buat kerja pun okay wifi tiptop. i amek kat booking.com inc gst semua i think rm289 kot. for me memang berbaloi.

      Delete
  2. Thanks for sharing this! Swimming pool cantik!! Tapi parking kena bayar tu urm okay..

    ReplyDelete
  3. Best jugak. Yela, at least ambik angin luar ye dak. Mek jugak la weekend kat rumah. Buat masa sekarang mcm tk snggup nak travel 😩

    ReplyDelete
  4. parking kena bayar ni yg lemah ni.. anyway pool best..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu