Dulu tak silap I tempat ni dikenali sebagai Yaohan. Mak selalu sebut masa I kecik dulu.
My dad kerja driver, rumah boss dia sebelah tu lah so my parents ada lah bawak I jalan jalan kat situ (dah tak ingat dah). Lepas tu ditukar nama kepada The Mall. I jarang lepak situ, kalau menyinggah pun sebab cari kedai makan lah. I rasa situ sunyi sepi je
Hari tu I saja lah pergi event kat situ yang sekarang dikenali sebagai Sunway Putra Mall. Mak oii bestnyaa. Happening sangat. Ada banyak kedai baju dan kedai makan. eh memang bestlah.
Makan Sedap Di Grillez
So last weekend kami lepak di Sunway Putra Mall sampai ke petang. Banyak sangat kedai makan, tapi kami decide makan di Grillez
Tengok menu je dah telan ailio. Rasa nak order banyak banyak pulak. Lihin dah start tunjuk macam macam dah.
Mushroom sauce dia memang superb. Lihin sampai dok jilat jilat jari sebab sedap sangat.
Ni blackpepper sauce. just nice taklah pedas sangat.
Ha kenyang okay. sampai kemalam lah tak makan jawabnya.
Cobay
Lepas makan masa berjima wee huu. Lihin dengan Maira memang excited kalau nampak arked game ni. Tapi memang best, banyak pilihan yang sesuai dengan budak budak ni.
Yang macam racing game tu I memang tak bagi Lihin main, sebab dia bukan sampai pun -,-
Game ni comel je sebab main tembak tembak can drink lepas tu nanti boleh collect air tu.
Tapi Lihin tak dapat pun sebab dia tembak asyik tak kena je. hahaha
Seriously I teringin nak main ni. Tapi masa tu ramai kanak-kanak. Kang dorang pelik pulak, apa lah Aunty ni terkinja kinja . kahkahkah . Takpe will come back for this
Lihin excited main helicopter ni. Ala ala kat Legoland kononnya
Staff dia puji Lihin sebab pandai pakai and bukak seatbelt sendiri. yes of course, kat dalam kereta di selalu jerut Maira dengan seatbelt tu lah. hahaha
so kids, dont forget to fasten your seatbelt ya
I think I lagi excited nak main macam macam hahaha
Ni kalau Ocin ada ni, syoklah race dengan dia. Walaupun I tahu I akan kalah, but who cares. Kata pun family fun time kan
![]() |
![]() |
hi fav police car ever |
so overall memang puas hati lah. Lihin dengan Maira kepenatan dah tu
Seronok sangat. Korang pun boleh bawa anak-anak ke Sunway Putra Mall sempena cuti sekolah ni. Dont worry semua facilities lengkap. toilet pun not bad. siap ada Diaper Room bagai
Tak silap I kat sini ada indoor playground- The Parenthood. Ha next week I nak terjah lah.
Toodles, xoxo
boleh pergi ni lunch hour ..macam best je
ReplyDeleteMenarik jugak ye Grillez ni..nampak sedap sangat ayam dia..
ReplyDeleteMemang dah meriah Sunway Putra Mall ni sejak dah renovate sana sini. Heheh. Selalu jugak jalan jalan, cuci mata. Boleh lah try makan sini pulak lepas ni
ReplyDelete