Holla uolls,
Hari tu I pergi Karnival Upin Ipin Luar Biasa di Maeps Serdang. Korang sempat pergi tak? uish rugi uolls kalau tak pergi. Memang #LuarBiasa sangat. Ramai sangat orang. Kira ramai lah peminat Upin Ipin kan? I datang awal pagi, so masih lagi okay lah
Kat sini ada Hall A dan Hall C. Seeloknya kita masuk Hall C dulu sebab dalam Hall A ni memang nak spend time lama sikit. Tapi takpe, I nak cerita Hall A dulu sebab best sangat. Ha, nampak Mommy over dari anak
Hall A

Ha, kat Hall A ni lah letaknya pentas untuk persembahan Upin Ipin. Kira sampai-sampai je terus bersila lah. Macam macam jenis Upin Ipin keluar. Syok dengar dorang menyanyi ramai ramai.


Ada juga persembahan "Pada Zaman Dahulu". I jarang tengok tapi watak perempuan tu comel bebenau


Tengoklah punya ramai peminat Upin Ipin yang setia menunggu. I suka aktiviti macam ni, boleh luangkan masa dengana anak-anak. Ye lah bila lagi kan, asyik busy kerja je. Sesekali lepak macam ni layankan minat anak-anak syok jugak. Kita pun join dunia dorang sekali
Ha selain tu ada juga tayangan episode baru Upin Ipin. ha kira beruntung anak-anak yang datang, dapat tengok episod baru. Mesti jumpa kawan kawan nanti becok nak bercerita kan. hehehe
Ha selain tu ada juga tayangan episode baru Upin Ipin. ha kira beruntung anak-anak yang datang, dapat tengok episod baru. Mesti jumpa kawan kawan nanti becok nak bercerita kan. hehehe


Yang ditunggu-tunggu - Ultraman Ribut dan kawan kawan.
Diterbangkan khas dari Negara Matahari Terbit, semua orang tertunggu tunggu Ultraman ni muncul tau. Hebat persembahan, ada aksi lawan lawan atas pentas. Lawan dengan sapa? Dengan raksasa lah. Lihin dengan Maira ternganga je . Yelah selama ni tengok dalam TV. Ni muncul depan mata. Besar woi raksasa tu.
I suka jalan cerita yang ringkas dan menarik. Akhirnya keberanian yang menang. wehuu. Satu contoh yang baik untuk anak-anak kita.


By the way, ni VIP seat tau. selesa uolls ada beanbag bagai. Macam taknak bangun pulak. Tambah pulak ada aircond. Fuhh syok macam tengok movie Gold Class pulak rasanya
Aktiviti Menarik Di Hall A
Lepas tengok persembahan, boleh lah berlegar legar dalam Hall A. ada banyak aktiviti menarik. Contohnya ha boleh bergambar di rumah Opah uolls. Tak sangka pulak. Nampak macam family bahagia je kan kami ni. hahahaha
Ada Puteri Limau. Sapa yang anak dia fefeeling princess tu boleh lah join. Baby girl I lagi minat Ultraman *facepalm* Okay takpe Gegirl. Mommy paham. sebab Ultraman hensem kan
Kat sini ada jual barangan Upin Ipin. Yeayy macam macam ada uolls. Takpe anak-anak , nanti kita serbu kedai dia pulak ye. Dekat je kat Ampang nun
Ha ni salah satu aktiviti menarik untuk family. Dengan bayaran serendah RM 10 je boleh join maze ni. Collect sticker (ada banyakkkk haiwan didalam tu) lepas tu boleh collect untuk dapatkan medal
Ni kalau bawak Ocin mesti dia suka ada game game ni. Tapi I tak menyinggah pun
Selain tu ada banyak juga kedai menjual pelbagai barangan. Bagus jugak kan, boleh bantu peniaga tambah pendapatan.
Snek Upin Ipin tu sedap uolls buat kudapan. Murah je RM 10/ 4 pcs. Rasanya kat luar pun ada jual, cuma harga tak samalah
Hall C
Ha Hall C pun tak kurang bestnya. Macam macam ada uolls. Antaranya Tadika Mesra dan Rumah Opah.
I excited nak suruh Lihin bergambar sini, maklumlah Mommy tak sabo sabo nak suruh Lihin pergi sekolah. hahaha. Tapi memang tau, I selalu jadikan Upin Ipin sebagai contoh bila nak sebut pasal sekolah
"Abang nak sekolah macam Upin Ipin tak?"
Ha start lah dia excited
Ha kasi can lah Mommy nak posing di suasana kampung nan menghijau ni. Kampung Mommy pun dah tak nampak kehijauan macam ni. hehehe
Ramai parents bawa anak-anak. Macam macam soalan bebudak tu tanya. Pasal pokok lah, pasal ayam lah. Hahaha biasalah bebudak. Curiosity tu tinggi uolls.
I rasa anak-anak I first time tengok reban ayam. Jenuhlah Atok nak menjawab kenapa ada ayam kat dalam tu blablabla. Yelah selalu tengok reban Tok Dalang je, ni baru dapat tengok betul betul
Ha next kami pergi rumah Opah. Suka sangat design rumah ni yang mengekalkan ciri rumah kampung dengan bertangga bagai. Maklumlah sekarang ni rumah kampung pun dah kalah rumah bandar.

Ohh ni lah rupanya bilik tidur Upin Ipin. Nasib baik dia dah letak 'No Entry' awal awal. Kalau tak, maunya ramai posing atas katil, acah acah jadi Upin Ipin pulak kan
Ni lah dapur tempat Kak Ros masak.
![]() |
suasana dalam Hall C |
Ada juga pameran robot. Anak-anak I penakut sikit
Kat sini jugak ada Dino. Yeayy Comel gila tapi tu la Lihin dengan Maira takut . Okay takpe.
I tak pasti yang ni episode apa atau cerita apa. Tapi something unik lah. I tengok parents yang ramai teruja tengok perigi ni hehee
OMG tau tak kerusi tu bergoyang sendiri. Bukan tu je, atas katil tu ada 'something' tengah tidur. Rambut panjang warna putih. I nak amek gambo dekat dekat pun takut, kang I pulak demam. HAHAHAH
Ha kalau korang perasan, I ada share video Nenek Kebayan kat FB. Memang menarik. Kita dekat je kat cermin tu, terus keluar pantulan Nenek Kebayan.
Selain tu, ada juga persembahan Wayang Kulit. Tapi I tak dapat tunggu sebab tengah rushing time tu. Rugi pulak rasanya. Kalau tak boleh introduce kat Lihin and Maira apa itu wayang kulit.
Okay sampai sini je. Memang berbaloi habiskan masa separuh hari kat sini, dapat spend time dengan anak-anak and masuk dalam dunia dorang. Bila lagi kan?
Tooddles,xoxo
Tooddles,xoxo
Seronok la anak- anak kan..tp mmg betul..kita perlu perkenalkan kepada anak- anak kita semua tentang kampung..supaya apa yang kita warisi dulu tak lupus di telan zaman
ReplyDeletesuka jg tengok Upin Ipin.....meriah, mak pak pun sukaa..
ReplyDeleteWow bestnya.. macam masuk ke dunia upon ipin Pula Kan. Bukan anak2 seronok, mak bapak budak pun mesti seronok
ReplyDelete