Skip to main content

Glam Beautique by AEON | Art Of Beauty Shiseido

Nasi Manggey | Warung Kita Bandar Baru Ampang

Hari tu ada viral Nasi Manggey ni. Makanya teringinlah nak try. Time viral tu tulis beratuurrr panjang. Okay takde lah panjang mana and ada kalanya takyah beratur pun. maybe masih baru kot. Sebab tengok cawangan lain kemain lagi beratur panjang.
 
So I dah aim siap siap dah nak makan Nasi Manggey, Coconut Shake dengan Kelapa Baldi tu. Konsepnya layan diri. Maka sorang kena beratur and sorang chop meja.
 

Tadaaa
 
Air Kelapa Baldi ialah air kelapa yang diletakkan dalam bekas besar, siap dengan isi sekali. I think RM 4.60+ kot. Basically ianya ialah air kelapa cuma bekas tu yang unik.
 
Coconut Shake dia agak murah  RM 3.90+ kot. sedap . worth the price lah


Okay now Nasi Manggey RM 5.50. Nasi yang dikukus dan dibungkus dengan daun pisang. Ayam goreng dan Sambal Belachan. Nasi tu letak kuah gulai
 
 
Bab ayam I tak berkenan sebab macam banyak tulang dari isi so I kena korek isi tu. Patutlah ada option untuk order ayam sahaja. Maybe sapa yang tak cukup lauk boleh order lauk tambahan. Sambal Belachan dia , Ya Rabbi pedas gilak. Lidah I pedih sampai kemalam. Abah pulak lepas makan terus sakit perut. hahaha maklumlah kami manusia tak tahan pedas. Untuk orang suka pedas, memang layan lah. Should bring Mak . Mesti dia suka. 



Kat sini ada banyak lagi menu macam Ikan Tongkol (yumms) . So maybe I akan datang and cuba benda lain pulak lah. Tak sempat nak snap menu sebesar besar alam kat dinding tu sebab ramai orang. Maybe dorang buat company lunch kot so segan lah I.
 
Untuk harga memang berbaloi. At least boleh dijadikan pilihan makan tengahari/ makan malam. Takdelah bosan makan benda yang sama kan
 
Parking, aha disebabkan tengah construction area Bandar Baru Ampang tu, semua jadi one way and susah jugak parking. maybe boleh park dengan Pustaka Rakyat dan jalan sikit. 

hero <3
 
 
Toodles, xoxo


Comments

  1. Macam nasi kukus da... Ada kuah gulai , ayam goreng dan juga sambal hijau aka sambal belacan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kesimpulannya nasi kukus jugak, nama je glemer hahahah

      Delete
  2. Mcm nasi kukus ayam berempah aje rupanya nasi Manggey ni. Tulah tu, kalau ayam kurang pun tak best jugakkan. Tak puas makan ek.

    Jarang sangat ke belah belah Ampang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang je. nama je kena glemer baru lah laku, ye tak? tu la selalu ayam goreng berempah tu ayam besau and garing. ni tulang je

      Delete
  3. air kelapa baldi tu menggoda lah dik... sedap kalau dpt layan tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih layan kak. lagi lagi kalau tengah panas ni

      Delete
  4. Boleh try jugak ni nanti. Rasa dia orang macam ada banyak cawangan, sebab pernah nampak dekat Bangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ada banyak cawangan. nanti dh try boleh la share ye =p

      Delete
  5. Siqah pernah makan nasi Manggey ni kat Warung Kita Sg Buluh. Bolehlah nasinya. macam nasi kak wok pun ada. Siqah paling suka coconut shake. Sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh cawanagan dorang la tu kat sg buloh. betul sedap and murah. selalu coconut shake mesti mahal, dorang punya harga okay lah

      Delete
  6. macam nasi kak wok . yang air kelapa baldi tu pulak mcm ada satu kedai dekat area puchong

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? first time tengok air kelapa baldi ni

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....