Bila kali terakhir korang jejak Taman Burung ye? I rasa mine was during primary school kot. Semenjak dah ada anak ni, terasa nak explore balik tempat tempat macam ni. Kids kan minat haiwan, ada jugak few time dorang dok ajak.
Located at Jalan Cenderawasih Taman Tasik Perdana, KL Bird Park is Wold's Largest Free-flight Walk-in Aviary. The park is divided into 4 different zones and is home to over 3,000 birds of 200 local and foreign species.
Ha kat sini semua burung memang berterbangan bebas. Jangan risau, semua tak berbahaya. tapi korang jangan pergi takut takutkan dorang pulak. pada I , burung disni semuanya jinak. siap boleh bergambar sebelah sebelah lagi.
Konsepnya bila masuk KL Bird Park ni seolah kita masuk ke dalam sangkar burung yang luass dan besar tau. Kat sini lah habitat mereka.
![]() |
kredit photo: AJ |
Burung kat sini, semuanya jinak belaka. Dorang takkan lari kalau manusia lalu sebelah dia. Boleh jalan sebelah sebelah lagi. Masalahnya, I yang lari. hahaha.
Konsep macam ni sangat sesuai bawak anak-anak. Mereka boleh belajar tentang habitat dan kehidapan burung-burung ni dengan lebih dekat lagi.
Kat sini ada banyak sangat spesis burung yang unik and yang tak pernah nampak pun. Nasib lah ada info such as nama , kalau tak masak jugak nak menjawab kat anak anak nanti
Untuk pertama kalinya dalam hidup I tengok burung hantu depan depan. Ha selama ni tengok dalam TV. Suka sangat logo OWL ni kat baju lah rantai lah, ha amek kau tengok depan depan
A beautiful creature I must say!
![]() |
Flamingo ni sangat sangat cantik. Kaki panjang, putih pink. aduh.
To be honest I tak tahu pun Serama ialah dari keluarga burung. Ha macam nak ajar anak ni -__- so Mommies, Bird Park ni bukan untuk anak anak je tau. Kita pun boleh belajar banyak benda kat sini ha. Something new for me
Otak burung unta, lebih kecil dari matanya!
Ha sapa masih ingat iklan tu? Actually Ostrich ni tinggi and besar. Mata dia pulak renung kita tajam. aduh takut I nak amek gambar dekat dekat. Tapi dia tak bahayakan kita pun. Kat sini pun korang boleh feed Ostrich tau. Mesti anak anak suka.
Kemudahan Untuk Pengunjung
Antara sebab lain yang buat I seronok kat sini ialah banyak kemudahan yang disediakan untuk pengunjung. Tempat parking yang luas dan selesa, bangku untuk berehat dan juga ada kiosk yang menjual minuman dan makanan ringan. Takdelah kepenatan kat dalam tu kan.
![]() |
antara kiosk yang ada |
Selain tu ada juga disediakan playground untuk kanak-kanak. Ha sementara anak anak main gelongsor tu, kita ni boleh lah berehat ye tak. KL Bird Park juga ada menyediakan pakej untuk sekolah. So kalau korang nak buat rombongan sekolah ke, boleh contact mereka untuk dapatkan pakej terbaik okay.
Aktiviti Menarik Di Taman Burung
Kat sini ada pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung. Antaranya ialah Bird Photography, Lory Feeding, Eagle Feeding dan juga Bird Show.
Kalau teringin nak bergambar dengan burung, boleh datang kat sini. Memang menarik, warna pun cantik cantik.
Tapi staff pesan, kalau korang takut jangan ditunjuk yang korang takut. Nanti burung tu pun tak tentu arah. Kena buat cool and relax je.
Korang rasa I takut ke tak?
Memang takut lah. Pertama kali I biarkan burung bertenggek atas kepala I. Tapi dia tak buat apa pun, main main dengan pin tudung I je. Trust me they wont hurt you. Satu pengalaman baru untuk I.
Kat sini pulak, korang boleh bagi makan burung tu. Cuma letak kuaci di tapak tangan atau pegang bekas berisi air nanti burung akan datang sendiri dan hinggap kat orang. Yang ni I tak try, tapi lepas tu terasa rugi pulak. Bukannya dia makan I pun. hahaha
Bird Show
Selain tu, korang boleh tengok birdshow ni secara percuma.Menarik tau, mesti korang terpesona dengan kepintaran burung burung tu buat persembahan. Dorang ni lebih focus dari kita tau!
Ha best kan. Sememangnya tempat menarik untuk habiskan masa bersama keluarga di hujung minggu. Selain dari berseronok boleh juga tambah ilmu pengetahuan. Anak anak mesti excited nak share pengalaman dengan kawan kawan sekolah nanti
Harga Tiket & Waktu Operasi
Adult- RM 27
Child - RM 13 (3-11)
Taman Burung ni dibuka setiap hari 9am- 6pm. Kalau I , I suka pergi awal, so dapat pusing sekeliling Taman Burung lepas tu terus pergi lunch di Hornbill Restaurant & Café
Harga tiket agak murah dan ambience pun menyeronokkan. Korang jangan risau lah, tak payah bawak payung redup je. Cuma kalau boleh pakai topi lah takut dapat 'souvenir' dari burung pulak hahahah. Pakaian pulak seeloknya biarlah casual dan bersesuaian. Yelah walaupun redup tapi bahang uolls. Lecak ketiak nanti
Nanti I share pengalaman I bawa family jalan jalan di KL Bird Park.
Toodles, xoxo
nk tanya gambar awal2 tu, naper burung merak tu bulunya tak lawo? bulu kembang yg cantik tu dh luruh semua ke?
ReplyDeletemcm best nk jln2 ke tmn burung nih... anak minat tp akak lak yg kurang suka heheheh... alergik ngn bulu burung
jahahah aduh tergelak jap. actually Cici pun curious jugak masa tengok, lepas tu PR dia cakap yang skrg musim luruh. tu bulus dia semua keguguran. lupa pulak nak Tanya bila musim mengembang dia.
Deletetapi ada jugak yang cantik kak.
Akk tgh cari tmpt nak bawak kids buat trip tadika nih, seyes lama tak masuk sini smp tak ingat dah berapa tiket dia, tapi ok lah rasanya tak mahal sangat, thanks tau, sharing yg byk membantu ni.
ReplyDeleteNani tak pernah pergi sini, menarik jugak boleh tengok macam macam jenis burung. Kalau bawa kids lagi lah suka dia orang kan :)
ReplyDeleteThanks for sharing this, Cici. Ada plan juga nak bawa si kecik ni.
ReplyDelete