Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Menjaga Kesihatan Kaki Di Sunfeet International Rehab Centre

 
Mak selalu mengadu sakit kaki. Jadi hari tu I bawa Mak dengar ceramah tentang Kesihatan Kaki Anda oleh Dato Dr. Edmund Lee ( Pakar Ortotik & Prostotik) & Dr Liyana Dhamirah Aminuddin ( Pakar Perubatan). Ceramah ni diadakan di Sunfeet International Rehab Centre yang terletak di PJ. Dekat je uolls
 
Banyak ilmu yang kami dapat dari perkongsian ini. Rupanya banyak yang I terlepas pandang tentang penjagaan kaki yang betul.


 
Tapak Kaki Flat Punca Sakit Kaki
 
Korang pernah dengar tentang tapak kaki flat? Sejujurnya I tak pernah dengar pun pasal ni. Tak pernah terfikir langsung ianya ialah satu masalah. Sebenarnya kebanyakkan Asian akan mengalami masalah ini berikutan tabiat atau culture kita yang suka berkaki ayam. Heii selesa kot kaki ayam ni. Rasa lapang je.

 
 
Actually no ! Kaki kita sebenarnya memerlukan sokongan supaya tulang terbentuk dengan sempurna. Sebab tu pemilihan kasut juga memainkan peranan penting semenjak kecil lagi. Something new for me, sebab sebelum ni untuk anak-anak I seboleh boleh cari kasut lembut yang boleh lipat lipat tu, takut kaki anak sakit lah kononnya.
 
If this your first time, don't worry. Korang boleh bawa anak-anak untuk jalani pemeriksaan kaki secara percuma di Sunfeet International Rehab Centre, Seksyen 19 Petaling Jaya. Ha kat sini mereka akan bantu kenalpasti masalah kaki anak anda. Lagi bagus kenalpasti awal , sebab tapak kaki mula melengkung seawall usia 2 tahun. Kalau dah lebih 15 tahun dah tak dapat nak ubah postur tapak kaki flat ni
 
Kesan Tapak Kaki Flat
 
Apa kesan tapak kaki leper ni kepada individu? Antaranya ialah tak boleh berdiri lama-lama, sakit pinggang dan rasa sakit tulang belakang
 
ha payah kan? Kadang-kadang kita ambil ringan je. Bila sakit kaki mesti kita nak kaitkan dengan masalah berat badan lah, tulang bermasalah lah tapi kita tak pernah pun periksa postur tapak kaki kita.

Contoh yang kita boleh ambil ialah seperti itik dan ayam. Ayam lebih pantas bergerak berbanding itik. Ini kerana itik mempunyai tapak kaki rata dan menyukarkan pergerakannya.
 
Pilih Kasut Yang Sesuai
 
Dato Dr Edmund Lee ada jugak share cara nak pilih kasut yang sesuai. Insole ni memainkan peranan penting rupanya. Walaupun harga ratusan atau boleh ke ribuan ringgit, tapi better lah daripada kena buat rawatan. Kalau dah sakit, nak kena bedah ke jumpa pakar ke confirmed lagi mahal.

 
 
Selain tu pilih kasut yang ada sokongan. Bagus untuk tumit kita. No more sandal atau ballet shoes yang lembut lembut tu ye uolls. Bukan tu je, kita ni perempuan, mestilah nak bergaya dengan kasut tinggi lah wedges 5inch la. ha Dato Dr Edmund pesan jangan pakai lebih dari 5 jam uolls. Kalau terpaksa, lepas pakai tu jangan lupa buat stretching.


 
Selain tu kena rajin jaga kebersihan stoking jugak. Antaranya ialah kerap tukar stoking (kiranya tukar setiap hari lah uolls) , rendam dengan air panas bagi membunuh kulat dan paling penting jangan berkongsi stoking dengan orang. Kita mana tau dia ada kulat ke apa kuman ke kan. Halamak, lepas ni tak boleh lah nak share stokin dengan Ocin dah -_-
 
 Pusat Rawatan Kaki Anda

Sunfeet International Rehab Centre yang terletak di PJ ni merupakan satu perniagaan turun temurun dari datuk Dr Edmund sendiri yang juga merupakan pakar Orthotics & Prosthetic. Perniagaan ini kemudian diambil alih oleh bapanya , kemudian diwarisi oleh Dr Edmund sehingga sekarang.

Mereka menawarkan perkhidmatan Orthotics & Prosthetic yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Ha jadi datang sini korang boleh buat pemeriksaan kaki dulu untuk mengenalpasti masalah kaki yang korang hadapi. Percuma je tau uolls. Lepas tu baru dorang akan bagi cadangan atau  penyelesaian untuk masalah korang tu.



Kat sini ada pelbagai jenis kasut mengikut kesesuaian kaki korang. Cantik cantik pulak tu



 

 



 


Kat sini memang luas dan terdapat banyak bilik rawatan untuk para pesakit. Pada I tempat ni memang selesa.



Dato Dr Edmund Lee yang sangat peramah dan tak lokek berkongsi ilmu sedang menjawab pertanyaan para pengunjung.




Nanti kalau ada kelapangan , korang boleh bawa family ke sini. Maybe boleh buat pemeriksaan kaki untuk anak anak atau pun bawa parents untuk pilih kasut yang selesa.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji boleh contact  mereka ye

Sunfeet International Rehabilitation
Centre Block C
18 Jalan 19/1 Seksyen 19
46300 Petaling Jaya
Tel: 013 528 3939 / 013 912 2939


Comments

  1. waaa. mek tahu urut dan letak lotion je. tp memang betulkan, seharian pkai kasut. penat kaki

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu