Last week I bawa anak I ke Resort World Kijal, Terengganu. Sajalah nak weekend getaway konon. Nak tukar tukar angin kan.
Dapat bilik Tingkat 5. Ya Allah, punya lah cantik view dari bilik kami menghadap ke swimming pool dan laut. Dengan langit yang biru dan pokok pokok hijau. Perfect! Macam ni tak keluar bilik seminggu pun I sanggup tau
Premier Double Room
Bilik punya lah besar. Masuk masuk je I dah terkejut siap dapat dua katil lagi. Padahal kami berdua je. Memang boleh main lompat lompat katil lah kami. Lihin bukan main excited lagi dapat tidur di hotel cantik dan selesa macam ni.
Kelengkapan semua cukup. I suka susunatur perabot dalam bilik ni. Kemas je.
I ni sangat particular bab bab bathroom tau. Kat sini, I have no complaint at all. Kemas, bersih dan lengkap. Tengok lah amenities yang disediakan. Paling penting sabun wangi okay. Selain tu ada shaver, shower cap, toothbrush, safety pin pun ada tauu.
Kolam renang memang awesome! Yang paling besar di Terengganu. Memang seronok berendam seharian. Paling penting pool for kids pun besar dan selesa. Siap ada slides.
Katil empuk dan comforter selesa. Ni yang dah baring malas nak bangun ni.
![]() |
Amboi boss kecik, selesanya. |
Pemandangan Cantik Sekitar Hotel
Resort World Kijal ni dikelilingi padang golf dan pantai. View sekitar hotel memang sangat cantik dan menenangkan. Langit biru dan penuh kehijauan, ya Allah rasa sangat tenang.
I rasa setiap ceruk hotel sangat instagram-able. Dengan rumput dan pokok menghijau, ada tasik dan pantai. Persekitaran bersih. Ahh memang tempat yang paling sesuai untuk habiskan masa bersama keluarga dan orang tersayang.

Bagi yang suka kan aktiviti luar, ha sini ada pelbagai aktiviti untuk korang okay. nanti I share dalam next entry. Kang panjang berjela pula kalau I squeeze semua masuk satu post ye tak? Antara yang menarik ialah Turtle Watching. Memang excited sangat sebab selalu tengok penyu dalam TV je.
Di Resort World Kijal ni, korang boleh rasai sendiri once in a lifetime experience tanam telur penyu dan lepaskan anak penyu ke laut. Package pun sangat berpatutan, cuma RM 682 untuk 3D2N Sea Turtle Package. Menarik kan? Cerita lebih lanjut boleh klik link
Rasai Pengalaman Lepaskan Anak Penyu | Resort World Kijal
Tarikan Menarik Di Resort World Kijal
Di Resort World Kijal ni, korang boleh rasai sendiri once in a lifetime experience tanam telur penyu dan lepaskan anak penyu ke laut. Package pun sangat berpatutan, cuma RM 682 untuk 3D2N Sea Turtle Package. Menarik kan? Cerita lebih lanjut boleh klik link
Rasai Pengalaman Lepaskan Anak Penyu | Resort World Kijal
Tarikan Menarik Di Resort World Kijal
Toodles, xoxo
Cantiknye pemandangan..pool pun besar. Tepi pantai ea resort ni. Menariknya!!
ReplyDeleteBestnyaa plus cantik
ReplyDelete