Assalamualaikum Hi gaisss
Last weekend I join family day office Ocin kat Hulu Langat. Disebabkan dekat, I takdelah plan nak tidur situ.
Ocin jadi AJK a.ka emcee on that day. Sepatutnya datang awal. Tapi tu lah dah namanya pun Ocin kan, macam biasa akan lewat. (eh mati gua kalau dia baca) hahah
Biasalah family day memang sepatutnya awal pagi sebab nak elak panas mentari. Kami sampai around 8.30am, cantik je matahari. hahaha. Sampai je terus makan.
I selalu jugak join aktiviti opis dorang ni, so ada few yang I kenal lah. siap buat whatsapp group lagi tau. senang nak tahu perkembangan laki masing masing. Kahkah
Ha tu dia laki aku conduct senamrobik. Saja lah tu pakai kain pelikat, dia akan attention seeker.
Syok berjoget masalahnya I ni takut peluh dan takut matahari. Jadinya I join chicken dance pastu I cari tempat teduh. hahaha
Tak silap I , dorang ada 9 game kot. Mak aihh, habislah bertukar warna laki aku. hahhaa. Kami duduk perhati dari kejauhan je.
Sementara dorang beraktiviti, anak anak pun ada aktiviti jugak. Ni ha coloring contest. Mula mula dorang kata nak, pastu taknak last last dah Ayah pujuk dorang nak jugak.
Lihin ni dia kaler ikut suka dia je. Bukan nak dengar orang cerita pasal 'warna harmoni' hahaha. dia kata ultraman kaler biru SEMUA sebab dia suka kaler biru. Boleh macam tu? Mata kepala mulut semua biru. wahduh
Gegirl pulak tak berapa reti. Atau dengan kata lainnya , dia takut salah. Jadi dia mintak I pegang tangan dia. Tapi dia akan gerakkan tangan dia lah
Takdelah gigih sangat pun , menconteng je. Tapi I ajar dia colorful. So nampak menarik. Dia dok tanya kenapa kenapa. I jawab "sebab cikgu Mommy ajar" . kahkah bukan tu je, kertas A4 pun I suruh color sekali tau.
Ada ice cream free uolls. Siap boleh pilih flavor lagi.
Budak budak ni bukan boleh nampak kolam . Ada tengahari buta ajak I mandi kolam , memang idok ler. Tak tahu ke mak dia ni permaisuri lilin, gitchew. kahkahkah
Lepas lunch, berjaya jugak pujuk apak mereka mandi kolam. ha berjemur lah korang. Dengan sunscreen takde apa takde. cis.
Katanya air kolam ni ialah air sungai , sebab tu sejuk. Dorang buat macam konsep nature gitew agaknya sebab tu kolamnya kaler hijau. Tapi I kurang selera pulak. hahaha. Tapi okay je bersih je
Oh one more, disebabkan dikelilingi kolam ikan, makanya ada bau ikan ler. adoi I dah lah pening bau ni. Huwaa nak nangis
Okay dah petang sikit kita sambung game untuk kanak-kanak. Ni acara rebut gula gula. Kalau last year letak dalam topi, dalam poket seluar ayah hahahah, Tahun ni syarat ketat sikit.
Ayah kan otak geliga bab bab ni, so Ayah dapat idea tuck in baju. so gula gula tu masuk dalam baju lah.
Yang kelakonya, dah kira banyak dapat sekali Lihin dengan naifnya
"sakit lah badan abang"
Pastu dia tarik baju dia, terkeluar gula gula berterabur. Apa lagi, bebudak lain sambar lah. Aduh anak aku. hahaha.
Ha dah lepas tu acara penyampaian hadiah pulak. Time kategori mewarna bawah 7 tahun, ada nama Humaira. Tapi kaler Hello Kitty. so I macam oh bukan lah, plus I tak expect langsung dia menang.
Tetiba ada nama "Gegirl" . I pun macam terkujat jap. Terus la melompat nak amek gambar. kahkah. Gegirl malu malu pulak taknak kedepan. Kenalah apak and Lihin teman, hehehe.
Back to Nature di D'Taj Sg Lui
Sampai je I memang terpegun dengan kawasan sini. Tengoklah dikelilingi pokok pokok, langit membiru. aduh cantiknya.
Selain kolam mandi kanak-kanak dan dewasa, kat sini juga ada kolam memancing tau. I bukannya kenal ikan hahaha. Tapi dorang kata ikan Talapia. Ada kawan Ocin dah dapat ikan pastu dia lepas kan balik. Pemancing mesti gian nak ada feeling dapat ikan tu kan. asalkan dapat dah puas.
Sini memang panas terik. Ada lah disediakan gazebo and buaian ni untuk teduh. I memang chop kat sini hahha. sebab tenang sikit lepas tu boleh berbuai
Ha cantik tak banglo tu? Kalau plan nak datang ramai ramai boleh lah duduk situ. Berapa harga I tak sure. Tak silap I ada 3 bilik. Cantik jugak. I lepak kejap nak amek ekon.
Ni ha dalaman banglo tu. Tempat rehat dia. Cantik kan? Yang anak dah besau syok lah biarkan anak, boleh melentang rilex tanggal tudung. I ni baru nak letak bontot, bebudak ni dah lari sana sini. Kang biarkan takut termasuk sungai pulak. Grr
Ha amacam. Maybe korang boleh consider untuk stay sini bawa family rehat rehat. Nak buat family day ke atau saja nak bersantai short- weekend getaway ke ,semua boleh. Contact number & address pls Google ye. kahkah
Okay full vlog boleh tengok di bawah.
Till we meet again, xoxo





















Cantiknye tempat dia. Siap ada kolam memancing bagai. Bestnye dpt join office family day. Mesti happening.
ReplyDeletekan. next time nak datang sini lagi lah bawak atok mancing pulak. hehehee
DeleteSeronok weh walaupun panas terik nampak macam meriah gak tuh. Tahniah lah gigirl memang mewarna. Tak sia-sia mama tolong pegang kan tangan dia kan? HAHAH~
ReplyDeletekan. tak sia sia jugak jkena bebel . mulut sama laju dengan tangan hahaha
Deletemana si kecikkk?
ReplyDeleteerrr tinggal hahaha
Deleteseronoknya family day ..pastu cantik pulak nengok tempatnya
ReplyDeletekan. back to nature gtew
Delete