Holla gais!
Aktiviti mingguan I macam biasalah shopping barang dapur dan lauk untuk seminggu. Memang prefer beli seminggu terus sebab malas nak keluar dah. Plus bazir masa je kalau keluar hari hari ye tak.
Mak selalu ajak pergi Segi Fresh Mart je sebab sana murah, banyak pilihan paling penting segar. I rasa banyak juga cawangan Segi ni antaranya Ampang, Subang, Kayu Ara eh banyak lagi lah. Tempat korang ada tak?
Korang tahu kami sekeluarga ni memang pencinta ayam kan? Ha menu wajib harus lah ayam. Anak -anak I tu hari hari makan ayam goreng pun takpe tau.
Biasa untuk seminggu I beli 2-3 ekor. Siap potong. senang. Balik rumah tinggal bersihkan dan simpan je.
Tengok Mak tu , dah start rambang mata lah tu. HAHAHA
Kami kat rumah tu memang favourite Ikan Mabong, Kerisi, Siakap and Tenggiri. Memang kira wajib ada lah
Nasib baik kat Segi Fresh Mart ni senang nak dapat semua tu.
Ni ha area buah. My kids especially Lihin memang kuat makan buah. Kalau beli memang kena beli kuantiti banyak weh, kalau tak, sekali makan je habis.
Tu oren tu besau besau jugak cuma RM 1.30 sebijik. Cun lah kan. Selalu I beli 12 biji macam tu so sorang 4. Tak payah nak berebut -__- . Tu baru cakap pasal satu jenis buah. Belum epal lah, watermelon lah, buah naga lah. adoiyai. Anak bertuah, pandai je dia tunjuk apa dia nak.
Abah suka betul beli sayur berdaun kat sini. 'Gemuk' dan segar katanya. Harga pun boleh tahan. Ni kalau Abah ikut nii memang sini lah port dia tuju dulu.
Kemain Lihin nak belajar pilih bawang uolls. Baguslah tu, nanti boleh jadi lelaki bertanggungjawab dan pandai berdikari. Eh gitchew. Jangan pandai membawang je ye.
Si Gegirl ni tak reti menyabo nak makan jagung. I cakap nak kena bayar dulu lepas tu balik rumah I bakar lah. Dia ingat benda tu dah siap boleh ratah. Ha makan, makan
Jagung dia besar besar, potong 3 bahagian pun puas makan weh. Aduh sambil type ni teringat pulak jagung siap sapu mentega lepas tu bakar. Bau dia naik. Adoi. Tak boleh jadi ni. Weekend depan nak ajak Mak borong jagung lagi lah.
Barangan kat sini banyak. Lengkap semua . Paling penting kemas dan tersusun. Senang nak cari. Lauk mentah 1 bahagian, sayur semua diletak di satu bahagian. Rasa selesa nak tengok tengok barang.
Paling penting lantai kering dan tak lecak.
Anggur murah oi. Menyesal beli 2 gugus je tadi. Manis manis and besar pulak tu.
Si Lihin tu kalau boleh dalam kete nak ngam semua dah.
Yeayy dah siap shopping 1 troli. Time ni Mak mana entah , ada lah tu benda dia nak tambah hahaha
Tak ingat berapa tapi tiap kali belanja memang lebih kurang RM 100 je untuk seminggu. Senang dah siap siap bajet. Maklumlah kita family besar uolls, kenalah berjimat cermat amalan mulia , paling penting berkualiti untuk orang tersayang. Gitchew
Korang suka beli barangan basah kat mana pulak?
Toodles, xoxo
Kalau la kat Seremban ada Segi Fresh ni kan best....
ReplyDeleteMudahnya macam ni..boleh berbelanja dengan sepuasnya hatikan..seronok sangat.Lagi bila tengok semua segar..lagi bersemangat.
ReplyDeleteNampak fresh barang-barang basah dia. Tapi xde yang dekat dengan rumah.
ReplyDeleteSayangnya Segi Fresh Mart nie takde dekat area rumah myra. barang dia semua nampak segar.
ReplyDeleteheaven soping situ.. last week pon repeat shoping barang basah kat segi.. mujurr dekat dengan rumah..hehehe
ReplyDelete