Haloo gais. Kalau korang ingat last month I ada cakap I failed kan? Ha time tu memang dunia dah kelam HAHAHA. esoknya jugak I mohon untuk repeat.
I memang broke weh. Nak repeat bayar RM 180. Lepas tu nak bayar class RM 150. Mestilah kena class kan mana boleh masuk litar suka suka. Lepas dapat date JPJ iaitu 11.09.2019 I pun book class I. I mintak sehari sebelum test. Kahkah nasib baik cikgu I free
The reason kenapa I nak cikgu yang sama, sebab lain cikgu lain skill. Tak ke pening kalau tukar tukar cikgu wehh
So masa class tu memang I focus kaw kaw lah. Fizzi (Cikgu I lerr) bagitahu silap I kat mana. I suka dia ni sebab dia explain detail tau. Takdelah I ter-blur kat situ. Antara silap I yang membuatkan I langgar divider masa masuk parking
1- Reverse tapi pandang depan
2- focus kat TAYAR dan GARISAN tapi lupa pasal bumper
Hari tu jugak I failed di petak parking 5. Memang dendam betul I dengan petak tu HAHAHA so dok ulang ulang try yang tu je. I round jugak la litar buat yang lain, jangan lulus parking lain pulak failed. kahkah
HARI UJIAN JPJ
Macam biasa, sampai je Imkeda Cheras, Fizzi akan bagi briefing sikit. Time ni sapa ada soalan boleh lah tanya. Tapi pada I tak payah tanya lah sebab hanya menambah nervous kahkah. Ala macam study last minute ler boleh ke masuk semua?
Lepas briefing 2-3 min, Fizzi akan bawa ke satu board ni and korang kena check nama , macam biasalah. I ada snap gambar board ni di previous entry. Dah jumpa nama PLEASE INGAT NO GILIRAN. This time I dapat SESI 2 NO 13A.
Lepas check nama korang kena pergi 1 pondok. Ala lupa pulak nak snap. Kat sini kena isi borang. PLEASE BAWA PEN WEH. and ingat nombor masing masing sebab korang akan dipanggil melalui nombor dan sesi sahaja. Setel borang, korang dapat tag masing-masing and sila menapak ke pondok tengah litar. Lupa pulak namanya.
RPK & RSM
Walaupun I failed parking, kena jugak repeat benda ni. Aduh. Honestly previous test I focus benda ni, tapi sekarang I dok ingat formula parking je HAHAHA. Tapi dont worry , yang ni sangat simple. Very simple. Tapi korang kena ingat jugak lah basic basic semua. Yang dulu , officer tu tak kisah pun, this time dia suh jerit kuat kuat. Nasib lah ye yang suara manja tu HAHAHA
Lepas tu tunggu turn Litar pulak. I taktahu lah sebab nervous ke apa ke tapi I rasa lama nak mampos. ahhaha. another reason is untuk calon ulangan, depa lepaskan yang calon baru dulu. Ulangan kena tunggu.
Banyak lah drama yang I nampak. I ni kan jenis cepat gelabah. So orang naik bukit , tayar tak sampai garisan I yang jerit + sedih. Mesti menyampah orang sebelah aku hahaha. Pastu nampak kena turun kete air mata I dah bergenang. Faham sangat perasaan tu.
Yes anak-anak, kalau korang failed kat bukit (kete turun balik dan sebagainya), korang terus tarik handbrake kat situ jugak and sila turun.
Rutin Litar
Okay setelah punya lama menunggu, tinggal lah berapa kerat je calon ulangan. Mostly amek auto. I second last oi hahaha. Dapat je keta, officer dari IMKEDA tu pesan "buat elok elok ye". aduh sejuk hati bang. Mekaseh pesan.
Lepas tu I naik bukit dengan slow slow takut terlajak. Macam biasa I brake macam hareyy tapi takpe janji CERMIN SISI SAMA DENGAN TIANG PERTAMA.
JPJ bertugas tanya nombor dan nama, lepas tu YES boleh turun. Dah turun kena buat pusingan di roundbout barulah pergi ke RAMP.
Actually RAMP takde apa sangat pun. Jangan lupa HON 3X;
1- Tayar depan di atas
2- kedua dua tayar di atas
3- Tayar belakang di atas
Kat RAMP tu, dah setel dia akan bagitahu petak parking mana kena pergi
(Parking ada 6 petak dan untuk auto 1&5 sahaja)
I dah amek tempat ; luruskan bahu dengan garisan penanda, tarik nafas dulu dan tunggu arahan JPJ bertugas. Jangan main masuk petak parking je tau.
Kat sini hon bila dah cantik masuk dalam petak parking, tayar semua dah lurus okay
Setel masuk parking, sila lah keluar dengan berhemah. HAHAHAH. serious keluar parking pun senang failed. Rugi lah masuk cantik, nak keluar langgar garisan pulak. Ha ni yang Fizzi dok pesan kat I masa kelas sebelumnya
Setel parking sisi, kita ke 3 penjuru. Jangan lupa ikut arahan traffic light. aduh comel je dalam litar pun ada tau.
3 penjuru ni menyeramkan jugak tau. Fizzi pernah cakap, tujuan rutin ni adalah untuk kawasan sempit, macam mana nak pulas stereng dan juga masuk parking secara mengundur. Eh betul tak ni cikgu? hahaha
Kat sini 3x je berhenti. Alhamdulillah setel. Kat sini tak payah hon. Cuma jangan lupa berhenti 3x + di garisan luar tu. Jangan main hentam jalan je tau.
Next, disebabkan I masuk parking 5, maka I kena buat S dulu. Sumpah I confuse sebenarnya litar ni. Nak je mintak Fizzi lukis map HHAHA mampuih kena hamun kang. Last last I lukis sendiri. LOL.
So korang kena ingat ye,
Parking 1,2,3 -> 3 Penjuru -> Z -> S
Parking 4,5,6 -> 3 Penjuru -> S -> Z
S & Z semua smooth. I bawa slow takut terlajak sebab masa second class dulu I naik atas divider weh hahahaha. adoi. And yes, langgar divider akan membuatkan anda FAILED ye . Officer QTI pernah pesan, agak agak nak terlanggar divider, sila reverse dan betulkan balik. maka bawa slow slow lah terbaik sebab once dah langgar, tiada maaf bagimu
Lepas dah setel semua, person in charge yang sama bagi kete kat I tadi dah pesan nak letak kete kat mana. I kena pergi ke pondok parking dan sign borang. SUMPAH tak tipu, I menggigil. I taktahu officer tu perasan tak, dia senyum je. Bibir I kering, tekak I kering and tangan menggigil hahaha. Bersyukur tu satu hal, another thing ialah I tak makan tak minum oi. Takut punya pasal
Next kena menapak ke tempat mula mula isi borang tadi. Pulangkan tag and ambil slip result. ALHAMDULILLAH. setel
Setel je I terus ke kantin lepas tu amek Grab ke MRT station sebab Fizzi cakap dia ambil lambat. I dah tak sabar nak balik ni hehehe.
Sampai rumah dah peluk cium Mak semua, petang tu I ke office bagi slip tu + RM 75 untuk buat lesen P .
Thanks jugak untuk cikgu cikgu lain; Lokman, Pakcik Ismail & Syahid sebab bagi tips tips penting. Jasamu dikenang. gitchew
Toodles, xoxo
Toodles, xoxo
Alamakkkk...macam complicated je....acaner akak nak pi amik lesen memandu ni...
ReplyDeleteye kak oii sangat memeningkan. memang lega sangat bila dah lulus ni ha
DeleteAltho dah berbulan you passed you're jpj but congrats dear ! I ni baru nak 2nd class tapi ya Allah cikgu I tu garang sangat ć ć I ni dah lah kena ajar satu satu tapi cikgu I ni jenis expect I tau drive dah . My first class haritu is my first time pegang stereng . Nervous and takut belum hilang lagi ć ć
ReplyDeletehey thanks. Alhamdulillah sekarang dah drive sampai ke Perak walaupun menggigil. hahah and everyday ambil hantar anak sekolah. all the best babe. I faham perasaan tu. entah kenapa la certain instructor tak paham. dia dah hari hari pegang stereng boleh la. Kita ni bukan semua pernah pegang stereng.
Deletebetul ke kalau auto guna parking petak 1 and 5 je? risau la.. litar dia confius :(
ReplyDeleteimkeda Cheras jugak ke? Ye betul memang 1 & 5 je. Confirmkan dengan cikgu. Nanti baru konfiden kita start nak pulas kanan ke kiri kan
DeleteBerapa total kena bayar ambik lesen auto . And bayar satu satu kan? I mean, bukan bayar sekaligus semua sekali kan
ReplyDeletetak silap RM1700 utk auto. yes bayar 3x, memula RM400, lepas tu RM600 kot. eh tak ingat lah tapi memang 3x lah.
Deletecutenya part lukis map litar tu hahahaha sama weh aku pon kadang2 lupa litar imkeda cheras nišš
ReplyDeleteheyy thanks hahaha janji ingat kan . dahlah takleh masuk suka suka -__-
DeleteAda tips tak nak buat uturn di jalan raya imkeda? Saya tak berapa mahir nak buat uturn di tempat yang tak ada traffic light lagi2 jalan 1 :(
ReplyDeletemaaf , takde tips. I pun takut masa tu. asyik doa takde motor /lori. Rasa seram
DeleteTapi pegawai JPJ biasanya baik. masa test tu, JPJ tu tengok takde kereta dan cakap "Ha jalan"
of course dia pandai agak sebab dah biasa kan :)
so jangan lupa, masa bahu dah sama dengan divider , cepat cepat pulas stereng (pulas je tau sebab nak ready)
Tengok takde kereta / masa yang sesuai , tekan minyak
biasanya kenderaan lain pun akan slow kalau nampak kereta L ni heheh so dont worry.
u can do this!
Ujian jpj tu kena buat RSM & RPK juga ke?
ReplyDeleteYe utk litar kena buat
DeleteKalau gagal litar, kena ulang lagi semua tu
Awak nie antik aaa...alau tite be² ayoyo ?diowang ule ayoooo alopak agogo kew
ReplyDeleteErrr
DeleteSalam kak, jpj test saya Esok. Nak Tanya lepas dah pass test tu, lesen boleh apply di office mana2 ke? Dan boleh dapat terus ke?
ReplyDeleteKena pergi office tempat kita daftar kelas memandu tu
DeleteTak dapat terus, rasanya 3-7 hari k0t. Nanti staff akan inform bila dah siap.
So dah lulus ye? Tahniahhh
Haii, next week i kena repeat jpj and i gagal litar dekat parking masa nak keluarš¢ im so nervous, and try cari map litar sebab dah tak ingat susunan dia. Im very thankful when i stumbled upon your blog! Thank you so much cuz its very helpful❤️ Doakan i lulus ye, aamiin
ReplyDeleteSalam kak, nak tnya yg kena hon tu dekat mana je ye? Saya asyik lupa, cikgu pon suruh practice sekali je hmm. Also rsm and rpk tu mmg kena repeat both litat dan jalan ek?
ReplyDelete