Skip to main content

Pos Malaysia Run Kembali Lagi

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan. 

Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL. 

So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota

CARA-CARA MASUK PARKING

1. Samakan bahu dengan garisan

2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan

3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan

4. Kanan habis sampai masuk petak

5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta

Ni antara video contoh tapi tak full lah



Ni yang I maksud kan. Nampak tak block kuning hujung sana. Ha korang kena reverse (NO 1) sampai nampak blok kuning tu dalam cermin sisi kanan korang. 


Tapi apa pun korang diberi masa 5 minit untuk parking. Gunalah sebaiknya. Kalau agak-agak masuk menyenget, sila keluar balik dan betulkan. Jangan langgar line/divider dah ler. 

Antara tips lain. Before korang masuk ke tempat parking tu, korang kena berhenti dulu, betul kan? Make sure badan korang selari dengan anak panah yang ada di atas jalan. Ni antara cara nak bagi kereta lurus lah. 

Err betul kan Cikgu Fizzi? hahaha. 

Cara-Cara Keluar Parking

Bunyi macam kelakor kan, nak keluar tu keluar je lah HAHAHAH tapi memang ada cara dia. Ni untuk memudahkan student agak-agak, so takdelah langgar line depan belakang. LOL.

1. Kiri habis, reverse sampai 2 tapak dari garisan. Jangan reverse banyak sangat

2. Kanan habis keluar petak

3. Luruskan tayar and berhenti sebelum garisan. Jangan lupa bagi signal korang nak menuju kiri ke kanan ke 

Cara -Cara Parking 3 Penjuru

3 Penjuru or 3 Pointer ni kekadang macam senang kekadang susah. Tapi yang penting 3x berhenti. So kira lagi strict dari parking sisi. 

1. Samakan bahu dengan garisan penanda. Make sure korang kekanan sikit sebab takut time mengundur nanti, bahagian depan kereta akan terlangar garisan sebelah kiri. 

2. Kanan habis. Gear R

3. Kereta lurus cepat cepat luruskan tayar (2x)

4. Bahu sama dengan penanda. Berhenti

5. Kedepan, side mirror sama dengan bucu divider terus belok cepat cepat

Yang NO 2 & 3 tu, sambil sambil korang reverse, mata pandang depan je tau. Bila kereta dah lurus , cepat cepat luruskan tayar pastu baru jaga penanda di bahu. 

Ni antara contohnya lah dari Instagram Cikgu I 




za_hq (@sekolahmemandusaza_hq) on

Okay ni jelah yang I share.

Toodles, xoxo 

Sambil nak tunggu tu panas ye. Apa kata bawa sunscreen BrushOnBlock ni. Boleh beli di Shopee. Senang  nak topup kat muka. SPF30 dan Broad Spectrum. Lama tahan ni





Comments

  1. Thankyou !! I'm so nervous (˘・_・˘)

    ReplyDelete
  2. tq bg nota ringkas

    ReplyDelete
  3. thanks sis....saya lemah part parkir dengan 3 penjuru...

    ReplyDelete
  4. Awak class memandu kat dalam IMKEDA atau luar?
    Kalau first class awak belajar kat dalam atau luar IMKEDA?
    Dalam IMKEDA memang dah tak boleh buat class dah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak.

      Kelas pertama belajar litar di dalam IMKEDA. Saya ambil 2 tahun lepas la tak pasti pula kalau berubah sekarang.

      Delete
  5. Great post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
    data backup service malaysia
    enterprise data recovery service malaysia

    ReplyDelete
  6. Tq..banyak membantu saya

    ReplyDelete

Post a Comment