Korang cerewet tak pasal pemilihan tuala wanita?
Tak dinafikan sekarang kaum wanita lebih berhati-hati dengan produk yang digunakan pada badan lagi lagi melibatkan penjagaan peribadi.
Enya, syarikat berasaskan teknologi yang diterajui wanita telah mendahului industri penjagaan peribadi wanita semenjak dilancarkan pada tahun 2019. Baru baru ini syarikat yang terkenal dengan produk berasaskan bahan organik telah melancarkan produk baharu yang diperbuat daripada kapas organik dan ditawarkan secara PERCUMA kepada pengguna.
Buat masa ini Enya menawarkan dua produk yang boleh dibeli secara online iaitu Enya Basic dan Enya Premium
Tuala Wanita Kapas Organic ‘Enya Basic’
Apabila anda melanggan Enya, pemotongan kad anda akan dibuat secara automatik mengikut kekerapan yang dipilih iaitu sama ada 15 hari, 30 hari atau 45 hari. Pek pertama adalah percuma dan hanya perlu bayar postage RM10.00. Kos penghantaran tambahan sebanyak RM8.00 bagi pek seterusnya.
Penjagaan Peribadi Wanita Kapas Organic
‘Enya Premium’
Kapas organik menawarkan pengudaraan yang lebih baik dan mesra terhadap kulit untuk bahagian tubuh yang sensitif. Sebab itu tuala wanita Enya menjadi pilihan. Harga biasa adalah RM 18.00 , manakala langganan bulanan boleh dapatkan potongan harga 17% iaitu cuma RM 14.90.
Tuala wanita kapas organik Enya menampilkan lapisan luar yang diperbuat daripada kapas organik yang mesra terhadap kulit tanpa pewangi dan bahan kimia. Dengan ciri-ciri tipis dan cepat serap, anda pasti selesa sepanjang hari.
Ha sekarang sempena musim PKP ni, memang sangat memudahkan. Tak perlu susah susah ke kedai atau kirim pada suami. Kita cuma perlu order online dan dihantar terus ke rumah
Boleh checkout this webiste www.enya.my
Thanks uolls. Jangan lupa share dengan kawan kawan ye
Terima kasih kerana berkongsi
ReplyDelete