Skip to main content

ByeBye-FEVER Wajib Ada Di Rumah

Asam Pedas Ummphh!!! | Kantin Asam Pedas

Ada penggemar masakan Asam Pedas kat sini? 

Kalau cakap pasal Asam Pedas mesti terbayang kuah pekat likat dan rasa unik asam pedas. Tapi payah aihh nak cari Asam Pedas syok kat KL ni. Takkan nak travel all the way to Melaka hanya untuk makan kan 

Hari tu my friend ajak lunch di Kantin Asam Pedas. Fuhh .. memang terbaik asam pedas sini gais. Tak cukup makan situ, I siap tapau untuk Mak. Ada macam macam jenis pilihan Asam Pedas ikut selera masing-masing




Kantin Asam Pedas Di Ampang

Dekat sangat restoran ni dari rumah I. Senang je nak carik uolls. Parking pun dont worry, senang sangat. Terletak di kawasan perumahan, cakap je pada security nak ke restoran. 

Masuk masuk je I dah terpegun dengan keunikan restoran ni. Hiasan barang barang unik dan rare. Memang syok betul ambiance macam ni. 


Restoran ni boleh memuatkan lebih kurang 50 orang dalam satu satu masa. Tapi waktu PKP ni macam biasalah kena ikut SOP, jadi mungkin separuh dari tu. 

Tandas pun ada kat sini , selesa. So dont worry. Owner dan staff sangat peramah. 


Pelbagai Menu Asam Pedas

Hidangan kat sini bukan biasa biasa ye. Ada macam macam jenis masakan Asam Pedas yang korang boleh pilih. Sebut je nak apa. Kalau korang teringin nak Asam Pedas Ikan, ha pilih ikan apa; Pari? Jenahak? Merah? Duri? Sembilang? Parang?

Ha tu baru ikan. Untuk yang tak makan ikan, jangan risau sebab ada juga Set Asam Pedas Tetel dan Set Asam Pedas Ayam. Syok kan sebab semuanya didatangkan dalam set. Dapat sekali dengan nasi, ulaman, telur masin&ikan masin dan juga air sirap. Fuhh lengkap oii





Bagi penggemar Telur Ikan Mayong dan Kepala Ikan, korang boleh order secara ala-carte. Aduhh shedappnya. Susah nak dapat ni. Memang laku keras. 



Teringin nak mengunyah sambil borak borak lepas pekena Asam Pedas? Ha jangan risau sebab ada disediakan hidangan ringan seperti Lempeng Kelapa dan Cekodok Pisang.

Korang wajib try Cekodok ni tau. Memang syok makan panas panas. Tau tau je dah habis sepinggan


Menarik bukan? Sambil type ni pun terbayang rasa Asam Pedas yang perfect tu. Memang wajib repeat lagi nak bawak Mak dan Abah. Mesti diorang suka. 

Ha kat sini I share gambar menu sekali.



Kantin Asam Pedas
 E - G - 14, Residensi Bistari,
Jalan Ukay Perdana, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang,
68000 Ampang,
 Selangor

Operation Hour: 11am-4.30pm
(Monday Closed)

Comments

Post a Comment