Ada penggemar masakan Asam Pedas kat sini?
Kalau cakap pasal Asam Pedas mesti terbayang kuah pekat likat dan rasa unik asam pedas. Tapi payah aihh nak cari Asam Pedas syok kat KL ni. Takkan nak travel all the way to Melaka hanya untuk makan kan
Hari tu my friend ajak lunch di Kantin Asam Pedas. Fuhh .. memang terbaik asam pedas sini gais. Tak cukup makan situ, I siap tapau untuk Mak. Ada macam macam jenis pilihan Asam Pedas ikut selera masing-masing
Dekat sangat restoran ni dari rumah I. Senang je nak carik uolls. Parking pun dont worry, senang sangat. Terletak di kawasan perumahan, cakap je pada security nak ke restoran.
Masuk masuk je I dah terpegun dengan keunikan restoran ni. Hiasan barang barang unik dan rare. Memang syok betul ambiance macam ni.
Pelbagai Menu Asam Pedas
Hidangan kat sini bukan biasa biasa ye. Ada macam macam jenis masakan Asam Pedas yang korang boleh pilih. Sebut je nak apa. Kalau korang teringin nak Asam Pedas Ikan, ha pilih ikan apa; Pari? Jenahak? Merah? Duri? Sembilang? Parang?
Ha tu baru ikan. Untuk yang tak makan ikan, jangan risau sebab ada juga Set Asam Pedas Tetel dan Set Asam Pedas Ayam. Syok kan sebab semuanya didatangkan dalam set. Dapat sekali dengan nasi, ulaman, telur masin&ikan masin dan juga air sirap. Fuhh lengkap oii
Teringin nak mengunyah sambil borak borak lepas pekena Asam Pedas? Ha jangan risau sebab ada disediakan hidangan ringan seperti Lempeng Kelapa dan Cekodok Pisang.
Korang wajib try Cekodok ni tau. Memang syok makan panas panas. Tau tau je dah habis sepinggan
Menarik bukan? Sambil type ni pun terbayang rasa Asam Pedas yang perfect tu. Memang wajib repeat lagi nak bawak Mak dan Abah. Mesti diorang suka.
Ha kat sini I share gambar menu sekali.
Kantin Asam Pedas
E - G - 14, Residensi Bistari,
Jalan Ukay Perdana, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang,
68000 Ampang,
Selangor
Operation Hour: 11am-4.30pm
(Monday Closed)
Alaaaaa...kenapa Cici kejam sangat ni....fav akak asam2 pedas ni...
ReplyDeleteFuhhhh dia punya kuah....
ReplyDelete