BURNOUT! Cukup Dah!

So semalam MOE dah umumkan pembukaan sekolah. Apa reaksi korang?



Tak Tahan Dah

Tahun ni agak mencabar sebab ketiga-tiga anak I dah sekolah. Ash baru 5 tahun, takde 'pengalaman' bersekolah. Suruh color sikit dah penat.. Gegirl masuk Darjah 1. Dia masih belum pandai baca. Sikit sikit je.. Si Abang Darjah 2. Tapi I rasa banyak topik Darjah 1 tak sempat cover. adoii

Jadi walaupun Abang ada Google Meet class, I tetap kena buat revision dengan dia. Remind dia balik apa tu Ratus Puluh Sa, bentuk lazim dan sebagainya.

Mula-mula I rasa, okay je ni Insya Allah. I boleh kot walaupun I takde sifat sabar tapi boleh kot.

Tapi Rabu 17.2 tu I rasa dah sampai limit. Tengah basuh pinggan I nangis tiba tiba. Anak I tak boleh focus I nangis. aishh 

I ajar tapi tetap tak faham, I nangis. aduhh memang satu perasaan tak dapat digambarkan. 

STRESS!! Memang stress.. Bayangkanlah tengah ajar si Abang, Ash sibuk panggil dan tanya pokok warna apa, cantik tak dia warna awan dan sebagainya. ADUHHH

I rasa penat, tak tahan.. I rasa nak lari. I rasa nak keluar at least 2.3 jam.

Bayangkanlah kat rumah ni, I dalam tandas pun diorang ketuk; mengadu masing masing berebut SUDU. what???? Lepas tu time sorang nak pergi toilet, lagi sorang pun lari berebut toilet. Sudahnya bergaduh depan tu.. Ya Allah! kenapa wehh.. 



I bukanlah nak yang sempurna. I bukan paksa anak anak I tulis cantik cantik ke siapkan homework laju laju ke apa ke.. I jenis okayy je. Tapi bila benda simple tak boleh catch up I dah mula rasa, 

"adakah aku Mak yang teruk?"
"Kat mana silap aku explain benda ni sampaikan dia tak faham faham lagi"
"adakah anak anak aku ada masalah slow dalam pembelajaran?"

Macam macam lagi bermain dalam kepala otak

Perlu Ruang

I dah 2,3 tahun kot jadi surirumah. Kalau sebelum ni orang tanya tak bosan ke duduk rumah? Pada I tidak, sebab I bukan terperap kat rumah. I am enjoying my life to the fullest!

Hantar Gegirl & Abang ke sekolah, balik tu I drive ke Keramat, lunch dengan bestfriend I. Balik tu I singgah beli lauk , sampai rumah masak for dinner, lepas tu keluar fetch Gegirl; Bawa dia drive thru beli aiskrim ke lepas tu balik rumah. Then keluar pergi fetch Abang. Kadang-kadang bawa singgah playground atau minum di mamak..

See. I sangat enjoy dengan kehidupan I. 

Berbeza waktu pandemic ni. I duduk rumah.. walaupun dah boleh dine-in 2 orang, tapi jauh mana je nak pergi?

Lagipun Abang ada class yang memerlukan I ada. Siapa lagi pandai tekan link Google Meet tu. Kalau takat mute unmute tu Abang pandailah. Stresss wehh stresss

Kekadang I bagi kerja siap siap, yang senang lah macam okay yang ni kena warna 1 page ni, yang ni kena ini ini ini. I masuk bilik nak duduk kejap. Masih lagi jerit sana sini. adoi. 

Ramai Yang Serupa

I saja update insta story. ohh ramai yang alami benda sama. Ada yang cakap dia dah sampai limit dan abaikan class anak 1-2 hari. Tapi ada yang tengah 'cuti' , tetiba cikgu suruh siapkan something urgent. Tak sampai hati pulak nak biarkan anak. Kena assist jugak

Ada juga kawan I, cikgu English. Dia stress anak dia tak boleh baca BM&English sedangkan dia sendiri cikgu.

See nampak tak ramai stress; cuma mereka tak post di socmed. Tapi I happy diorang share dengan I T_T

Sekolah Dibuka 1 Mac 2021

Jadi bila MOE dah announce school open ni, I rasa lega sikit. Sikit je. Sebab I masih risau. I tau ramai yang masih risau jugak. Sebab last year kalau ingat sekolah ada bukak sekejap. Dalam class memang jaga social distancing. Kat luar? Parents pun berhimpit jengah anak masing maisng. adoi. Kali ni takk tahu lah.



I lega sebab anak anak akan dapat pendidikan formal. Alhamdulillah. Hmm kalau hantar anak selang selang boleh ke? hhahahah boleh pulak macam tu

Kita mengharapkan yang terbaik. Semoga semuanya baik baik je

Toodles, xoxo 

Comments

  1. pandemik memang betul2 mencabar dan affect semua orang. Mak mak memang pening la.. Naniey yang tak de anak sekolah ni pun rasa stress sebab terperuk kat rumah. Kesian kat Naura terperuk je. Bawa keluar semalam dia melasak macam apa ntah. Serik kejap nak bawak keluar.

    Cikgu cikgu pun kesian juga. Mana nak ajar anak orang, nak tengok anak sendiri online class lagi. Boleh gile rasa bila fikirkan. Tu baru fikir. Yang orang hadap sendiri tak tahu la rasa macam mane.

    Alhamdulillah sekolah dah buka.. Tapi pengumuman sekolah dah buka pun ramai yang pertikaikan. Tak bukak bising, dah bukak pun bising. Tak faham betul...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.
    semua ini cabaran dan ujian utk parents. semoga Allah permudahkan semuanya.

    ReplyDelete

Post a Comment