Skip to main content

Superman Akan Terbang Ke AEON | Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Peminat Superman

LUPA ESOK DAH MULA SEKOLAH!

 Bangun pagi mamai mamai scroll FB, nampak kat feed pasal anak sekolah esok

ESOK? ESOK?

YES ESOK

Aduhai macam mana I boleh lupa February ni cuma 28 hari. I dok kira sekolah mula 1 Mac maksudnya Rabu/Khamis. Sekali rupanya ESOK gais.

1. Lencana/nametag tak hantar jahit
2. Rambut 3 ketul tu tak potong lagi
3. Warna kuku Gegirl tak hilangkan lagi

Apa lagi kelam kabut lah sayaaaaa. Nasib Atok Nanny kebetulan nak keluar, kirim pergi tailor. Dan nasib tailor tu boleh siap tang tu jugaklah. 

Ngam ngam sebelum keluar cikgu si Abang msg dalam group sapa free boleh datang ambil attendance card anak. sebab esok nak guna.

Laa memang kena free kan diri lah hahah. so Nanny menyinggah sekolah sekali.

------------------------------------------


Sekolah anak korang ada yang guna ni? This is their first year pakai benda alah ni and Mommy agak teruja ye. harap dorang takkan campak\conteng. Ye memanglah ajar anak cuma mana lah tau kan. Tie pun boleh terbang, inikan pulak benda ni. 

Esok I akan share apa berlaku.

By evening settle semua dah. Gegirl pergi gunting rambut kat salon bawah. Abang dengan Ash ikut apaknya ke Joe Barber kat Bukit Indah tu ha. Bag Gegirl yang order online pun sampai ngam ngam wehh hahaha ingatkan kena pakai bag lama dulu

Mommy excited tambah sedih. Dulu si Abang masuk Darjah 1 , seminggu Atok teman dia kat sekolah. ni si Gegirl , masuk hantar ke dalam pun tak boleh tau. Harap dia boleh survive.

Mommy? Dari Tadika sampai Darjah 3 suruh Mak tunggu. muahahahha

Macam mana persiapan anak anak korang?

Toodles,xoxo

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....