Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Pasta Goreng Cili Padi | Resepi Senang Mudah Cepat

 Hey morning everyone. 

Pening pulak fikir nak masak apa untuk lunchbox si Ocin. Dok Google resepi, jumpa pulak resepi Macaroni Goreng Cili Padi (klik untuk resepi asal) . Tapi disebabkan kekurangan bahan, I olah sendiri je lah. Janji konsepnya ada cili padi. Hehehee

Korang tau kan, I ni kalau benda renyah memang tak kuasa lah nak buat. Tapi disebabkan ni jenis campak campak je, okay onz saja

Bahan Kisar
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu ikan bilis
5 biji cili padi

Bahan-Bahan
2 sudu sos tiram
1 sudu Mixed Herb
200grm pasta
1/4 susu cair
daun parsley

Jadi mula-mula kisar bahan yang diperlukan. Nak tau tak, hampir 30 tahun I hidup setakat ni , today ialah KALI PERTAMA I blend sendiri kahkahkah. 

Selama ni I mintak tolong atok/nanny je. ni sebab I masak 5.30am, takkanlah nak suruh dorang bangun. Dengan terkocoh nak Subuh kejap lagi. So takpe, saya buat sendiri gais 

Jangan lupa rebus pasta dan toskan ye. 




Next, tumis hingga naik bau. Serious bau satu rumah. Fuhh. elok mamai,terus lapar. 


Masukkan Mixed Herb dan sos tiram/ Kacau kacau bagi sebati okay

Next masukkan susu cair. Ikut resepi sukatannya ialah 1/4, tapi I main tuang je tadi.

Kacau sebati, taburkan daun parsley.

Kemudian, masukkan pasta yang kita dah rebus awal tadi. Gaulkan sebati gais. 


Taraaa. sedia untuk dihidang gais. Shedap makan panas panas. Dah siap masukkan dalam lunchbox Ocin, I nak rasa sesudu je dari pan. Lepas tu sudu kedua, ketiga. eh silap silap makan dalam kuali terus aku ni hahaha



Selamat Mencuba gais 

Comments

  1. Pedas2 memang sedap la.. Naniey biasa buat carbonara then mase nak makan campur dengan serbuk tomyam ajinomoto tu. Padu pedas dia...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu