Skip to main content

Merintis Harapan: OCREVUS® - Pilihan Rawatan Baharu untuk Pesakit Sklerosis Berbilang

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Hospital Pantai Kuala Lumpur

Sebut sahaja Hospital Pantai Kuala Lumpur pasti terbayang bangunan hospital swasta yang tersergam indah. I sendiri pernah mendapatkan rawatan di hospital ini dan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Jom kita baca 5 perkara wajib tahu tentang Hopsital Pantai Kuala Lumpur.



Pengalaman Meluas Dalam Bidang Perubatan


Hospital Pantai Kuala Lumpur merupakan salah sebuah hospital tertua di Malaysia. Lebih menarik lagi, sebenarnya hospital ini dilahirkan pada hari yang sama dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu pada 1 Februari 1974. Tidak hairanlah Hospital Pantai Kuala Lumpur menjadi mercu tanda di Kuala Lumpur sebagai kemegahan dalam penjagaan kesihatan di Malaysia.


Pelopor Dalam Industri

PHKL Paediatics

Hospital Pantai Kuala Lumpur merupakan hospital swasta pertama yang menubuhkan segala jabatan rawatan kanser yang kini dikenali sebagai Cancer Centre@PHKL. Hospital Pantai Kuala Lumpur juga merupakan hospital swasta pertama yang menerima akreditasi Hospital Mesra Bayi (Baby-Friendly Hospital) oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)

Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dengan Pendekatan Mesra


Hospital Pantai Kuala Lumpur mempunyai 10 Pusat Keunggulan- Kanser, Jantung, Rawatan Penjagaan Payudara, Sendi dan Tulang, Paru-paru, Tangan dan Anggota Atas Badan, Wanita dan Kanak-kanak, Pencernaan, Alergi dan Sistem Imunisasi, dan Diagnostic dan Terapi Nuklear.

Perkhidmatan Kecemasan 24 Jam 

Jabatan Kemalangan & Kecemasan di Hospital Pantai Kuala Lumpur beroperasi 24 jam dan mampu menangani semua kes trauma tahap 1 dari serangan jantung sehingga ke strok. Jangan lupa untuk menyimpan nombor ini di dalam senarai nombor dailan pantas anda- 03- 2296 0999!

Pusat Pesakit Antarabangsa

PHKL International Patient Centre

Hospital Pantai Kuala Lumpur juga mempunyai reputasi yang terkemuka di Asia Tenggara sebagai salah satu penyedia perkhidmatan kesihatan terulung dengan kepakaran dalam evakuasi perubatan untuk kes trauma, kanser, ortopedik, dan kardiologi. Sekiranya anda mempunyai rakan yang tinggal di luar Malaysia, mereka boleh datang ke Hospital Pantai Kuala Lumpur untuk mendapatkan kesihatan yang berkualiti tinggi. PHKL merupakan kebanggaan dalam perkhidmatan kesihatan Malaysia.

Jangan lupa ikuti Hospital Pantai Kuala Lumpur menerusi Media Sosial

FB: Pantai Hospital Kuala Lumpur 
IG: @PantaiHospitalKualaLumpur
Laman Sesawang: https://www.pantai.com.my/kuala-lumpur/
Telefon: +603-2296 0888/ Whatsapp: +6016-313 0888
Emel: my.phkl@parkwaypantai.com

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu