Skip to main content

Terima Dos Pertama Vaksin Di MIECC, The Mines Seri Kembangan | Vaksin Sinovac

Azomis Skincare | Penjagaan Wajah Minimalist

 Rahsia nampak yakin bukanlah bergantung pada makeup ataupun filter tetapi kulit yang cantik dan sihat.

Bukan senang nak jaga kulit. Kena tahu masalah kulit, kena try and error skincare yang sesuai dan sebagainya. Kadang-kadang kekangan masa buatkan kita tak dapat nak fokus dengan langkah-langkah penjagaan. 



Azomis | Penjagaan Kulit Minimalist

Masa mula-mula diperkenalkan dengan Azomis Skincare, I tertarik dengan konsep minimal yang ditawarkan. Yelah, jujurnya I sendiri takde masa nak amalkan 12-step skincare routine yang viral di media sosial tu.

Jadi bila I baca Azomis Skincare menggabungkan kesemua 12-Step tu ke dalam 4 produk hebat ni, sudah tentu I excited nak mencuba kesemuanya.

Bak kata orang "less is more" gituuu. 

Ini membuktikan kita tak perlukan banyak langkah untuk mendapatkan kulit yang cantik, tapi kita cuma perlukan produk yang mengandungi formulasi efektif. 

Cleansing Mousse


Pencuci wajah dalam bentuk foam ni memang best. Ianya berfungsi untuk membersihkan kulit yang tersumbat, detox dan balance kelembapan kulit. Selain dari itu ianya juga diperkaya dengan Ekstrak Green Tea yang memberi kesan anti-bacteria, anti-inflammatory dan anti-allergic untuk melindungi kulit sepanjang hari. 

All-In-One Serum


Dah cuci muka, seterusnya kenalah pakai serum kan. All-In-One Serum dari Azomis Skincare ni mengandungi kombinasi ramuan berkhasiat seperti Provitamin V5 dan Hydrovition Plus yang memberi kesan pantas, hidrasi dan kelembapan kulit selama 48 jam.

Serum ini juga boleh membantu menghilangkan garis halus dan kedutan. Ha nampak lebih segar dan kekal muda gituu.

Tone Up Cream


I suka betul tekstur krim ni. Rich in texture, pekat likat. Formula istimewa dengan Ekstrak Bengkoang dan Hydrovition Plus dapat memberi kesan hidrasi dan mencerahkan kulit. Hydrovition Plus juga telah dibuktikan secara klinikal dapat memberi kelembapan selama 48 jam.

Kiranya serum ni langkah terakhir dalam penjagaan wajah harian. Ha senang kan? Jimat masa tapi dapat hasil yang sama.

Oxygen Mask

Siapa yang dah cuba Oxygen Mask ni, confirmed akan OBSES dan excited nak pakai. Mask eksklusif menggunakan teknologi oxygen carrier menyegar dan membersihkan kotoran di kulit wajah. 

Oxygen Mask ini juga berfungsi untuk detox dan exfoliate kulit, memberi kesan segar dan glowing pada kulit wajah.

Menarik bukan? Produk ini diperkaya dengan Sodium Hyaluronate dan Sorbitol yang memberi kelembapan semulajadi dan kesan lebih tegang. 

Lepas cuci muka tu, sapu kan Oxygen Mask pada wajah. Nanti lepas beberapa saat boleh rasa bubble oksigen tu. Dalam masa 5-10 minit dah boleh cuci. Lepas pakai tu muka rasa fresh je tau. 

Bagi sesiapa yang masih mencari produk penjagaan kulit, I syorkan untuk cuba Azomis Skincare. Sekali dah cuba confirm melekat terus!


Untuk info lebih lanjut, boleh layari laman web di bawah.

Laman Web: azomis.com 
Instagram: azomis_skincare 
Facebook: Azomis 

Comments

  1. Nak cari yang sesuai susah kena cuba satu persatu. Bila dah jumpa dan serasi kena teruskan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu