Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Photo Frame Painting Kit Dari Shopee



Dah tak tahu nak beli mainan apa dah -_-

Mesti ramai parents macam I kan. hehee Memang lah beli mainan tu benda normal tapi nak cari benda yang hilangkan dia bosan duduk rumah tu payah. 

MCO yang pertama I dok belikan remote car. Sebut je jenis ada lagu ke ada lampu ke lasak ke semua dapat sorang 1. Tapi tu lah tak bertahan. Dah bosan main, dok campak campak rosak. MCO yang kedua pulak dok belikan rumah rumah la masak masak lah. Sama jugak.

Kali ni I dah mati kutu tak tahu nak beli apa, last last I cari benda benda 'seni' ni 

Kalau korang baca entry yang lepas, I beli pokok untuk anak I bercucuk tanam. Bagi yang belum baca boleh klik SINI . Ha kali ni ajak diorang painting pulak. I beli Photo Frame Painting Kit ni. Senang semua lengkap ada sekali dengan brush



Benda ni ada banyak design. I pilih 3 sebab anak ada 3 kan heheh. Tak syok lah kalau share sebab cute nauu ni ha kang tak cukup diorang nak 'berseni'

1. Unicorn
2. Boat
3. Astronout

Ha mengikut minat masing-masing lah kan. Kalau korang nak tengok video unboxing, boleh ke bahagian Reel di Instagram I atau klik je link ni - https://www.instagram.com/reel/CQDTkL3DgfW/

Haih dah jadi Mak Mak ni semua benda penuh anak je. Hehehe nasib masing-masing ada Instagram sendiri jugak kalau tak penuh lah Instagram I dengan muka budak bertiga ni. 



Benda ni murah je. Masa I beli RM13.90 je. Tak tahu lah boleh dapat murah lagi ke apa. 

Budak-budak ni bukan pentingkan sangat harga, janji aktiviti tu menyeronokkan. Bukan main suka lah diorang. Lagi lagi benda tu benda baru. benda yang tak pernah dapat / explore sebelum ni



Bila anak-anak happy, automatik kita sebagai parents pun happy. Tak gitu? Lagi happy bila tak 'broke our wallet' bak kata omputeh hehehee. 

Dalam masa sejam , semua dah siap. Sampai lah masa nak keringkan. I siap buat 'small competition' nak tengok sapa menang. Ala bukan apa nak bagi diorang warna lawa lawa je. Tau lah budak lelaki diorang jenis warnakan asal siap je. Bila cakap sapa menang dapat hadiah, ha diorang rasa semangat lah nak buat yang terbaik kan.


I bagi coklat je kat pemenang. Tu pun dah seronok dah (sebab selalunya manisan I bagi weekend je) hehe lepas tu dari pagi sampai ke malam excited tunjuk atok nanny dan ayah hasil kerja masing-masing. 

Nanti lepas ni nak cari gambar yang muat ( sebab I sendiri tak pasti size apa) untuk letakkan dalam frame ni. Bolehlah , bebudak excited dengan hasil kerja sendiri kan. 

Bagi yang berminat nak beli boleh tengok di Shopee - https://shp.ee/fwy4r34

Okay gais selamat bershopping. Jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain jugak ye. 

Toodles, xoxo

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu