Skip to main content

6 Idea Hadiah Hari Guru 2025

Sambut Birthday Anak Semasa PKP | Birthday Tema Roblox

 Musim PKP ni nak buat apa pun susah kan. Kalau dulu sambut birthday boleh pilih di restaurant atau staycation tapi sekarang ni apa pun tak boleh.

Tapi bagi I, birthday anak ni 'wajib' sambut jugak walaupun dengan cara sederhana. Eh jimat banyak tau sambut birthday waktu lockdown ni. hahaha Takdelah , niat hati nak gembirakan hati anak je. I memang jenis akan sambut birthday, walaupun hanya guna kek RM1 /slice. (pernah ye buat). Kalau ada rezeki lebih boleh lah buat extra vaganza kan. 

Okay jadi alkisahnya 21 June lepas birthday si Abang. Sebulan sebelum tu I dah tanya apa yang dia suka dan sebagainya. I cakap, tak boleh janji. Tengok pada duit. Maklumlah, waktu lockdown ni, payment Mommy pun 'lock' jugak. -___-

Dia cakap tak kisahlah. Janji ada kek sebab dia suka makan kek. Ha nampak tak, polos tulus dan ikhlasnya anak-anak baya dia ni. Insya Allah sayang, ada rezeki onz saja. Dia ada cakap juga teringin nak PSP sebab pernah nampak di Youtube/movie kot. I cakap tu payah sikit sebab mahal. Dia faham je.

So I decide nak buat tema Roblox/pyjama party ha gitchew. I order baju tidur untuk si Abang dan Ash. Untuk Gegirl I order sweater pink (sebab tak jumpa baju tidur Roblox warna pink pulak) dan untuk Ayah bagi sweater lah. Nasib Ayah tu kecik je hehe. I pulak dah berkenan dengan baju tidur dari SHEIN. ehh kira boleh lah kan wakkaa. 

I order barang sikit sikit. Ha maklumlah payment pun masuk sikit sikit wakakak. Jadi tiap kali barang sampai, I sorok. Anyway, plannya nak bagi goodies bag dan kek kat budak budak sama tingkat ni. Dalam tu letak belon, gula-gula, puding, tiup tiup tu dan ada party hat jugak. Ala simple je.

Barang lain macam baju tema, cake topper dan hadiah semua I sorok.

Jadi hari kejadian Abang bangun lewat. Booo apa ni birthday boy bangun lambat. So 10.30am tu jugak I order kek. weh awal hahaha. Tak mintak tulis apa apa pun sebab ada topper kan. Dah tu I letakkan dalam fridge. Gegirl je tau ada kek tu. Sambil tu I tiup belon sikit dan sorok kat bilik Nanny (last last belon takde dalam gambar pun)

Lepas mandi I suruh  dia ty baju tidur baru. Dia okay je, sebab benda biasa kan. Next I mintak Abang teman Nanny ke bawah. I cakap tolong ambil barang. Abang okay je. I pass duit kalau kalau Nanny nak beli air dan minum dalam kereta since I tak tahu berapa lama nak siapkan. 

Time tu Ocin dok main game. Ha ni pun 1 hal tak tahu pukul berapa habis. Sambil tu I susun la goodies bag , cake topper, suruh yang lain tukar baju. Dah siap semua I call Nanny suruh naik. 

Bukak je pintu, taraaa. Sengih sengih dia. I tak ambil banyak gambar, ada video je. Mostly pun screenshot dari video tu nampak blur sikit hehehe



Sambil nak makan kek, I baru teringat hadiah. Laaaa lupa pulak weh hadiah. Dengan tak sempat bungkusnya. I bagi je lah kotak Lazada tu wakkaka. 

Senyuman dia tu; PRICELESS



Settle semua, diorang pergi bagi bagi goodies bag kat kawan-kawan. Heehe sorry jiran, tengah hujan lebat kacau je 


Berakhirlah sudah alkisah birhday si Abang. Ha ni Mommy dah pesan, jaga elok elok. Walaupun PSP ni hadiah hari jadi dia tapi Mommy berhak sepenuhnya. Bagi adik adik main juga. (Tapi diorang especially Gegirl nampak tak heran sangat hehehe)



Alhamdulillah , anak happy Mommy berkali ganda lebih happy. Senang dan jimat jugak ek hehehe. Doa lah kita berpeluang celebrate di hotel macam dulu dulu. Lepas makan kek, turun kolam. Syoknya. Harapnya semua ni akan beransur pulih tak lama lagi.

Ha kat bawah ni I share link yang I beli. Mana lah tahu korang pun mencari idea jugak kan. 

Sweater Pink: https://shp.ee/zgh22mx
Sweater Adult:  https://shp.ee/jix3exe
Cake Topper: https://shp.ee/ujmd66t
Goodies Bag: https://shp.ee/jitzteb

Toodles, xoxo 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....