Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Terima Dos Pertama Vaksin Di MIECC, The Mines Seri Kembangan | Vaksin Sinovac

 Hi uolls. 

Alkisahnya hari tu bawa Mak untuk terima  suntikan pertama vaksin di Mines Internation Exhibition & Convention Centre (MIECC). Actually I cuba search info sikit pasal MIECC. Takde pun! La baru tahu 14 June tu rupanya hari pertama MIECC beroperasi. Wow! Tempat baru rupanya.

Appointment Mak dalam pukul 6.30pm. Kami decide untuk gerak awal. Maklumlah I kan panic. Dok lah membayangkan nanti ada roadblock sana sini, jem dan sebagainya. So 3.30pm kami keluar rumah, siap pergi isi minyak. topup T&G pong pang pong pang, masuk highway. Eh eh. tak jem langsung. Kereta ada je, MRR2 mana lah pernah kosong. Tapi laju je lah. Kiranya 30 min sampai dah. Hek elehh.

Kan dari highway tu masuk kiri. Masuk masuk je panjang macam ni. Terkejut I! Apehal panjang nauuu. hahaha. I blur blur tak tahu nak park mana. Banyak kereta park di tepi jalan, tapi kang kalau hujan macam mana mau jalan. Mak dah lah tak larat sangat jalan jauh.


Nampak khemah putih? Ha kat situ ada petugas RELA. Diorang akan check MySejahtera kita, betul ke appointment hari ni. Masa tunjuk I punya, dia tergelak. Awalnya kak. hahahaha

So rupanya yang panjang ni nak masuk parking. Park betul betul di MIECC lah. Tapi disebabkan I awal 2 jam, dia tak bagi masuk dulu. Suruh park luar nanti dalam 5.30pm baru boleh masuk. I pun kena pusing balik. Tapi disebabkan kat belah luar ni pun penuh, I decide untuk masuk je parking Mines yang sebelah sana. Maksudnya betul betul hadap MIECC. Takdelah jauh mana ye tak 


Kami pergi ke belah atas (Level 1). Nak ikutkan situ hanya untuk OKU sahaja dan kami kena turun tangga belah luar. Tapi disebabkan Mak warga emas dan nampak tak larat. Ditambah pulak dengan hujan, diorang bagi masuk dan guna lift. Terima kasih sangat. Hehee. 

Tempat sangat lah besar dan ada banyak check point. Setiap kali ada saja petugas yang akan bertanya dan pastikan kita berada di tempat yang betul. Smooth ye. Laju je semua proses sampai ada yang tak sempat duduk, nombor dah dipanggil. Bagus!

Dari 1 checkpoint ke checkpoint yang lain SANGAT JAUH. No wonder diorang sediakan kerusi roda untuk yang tak larat. Mak larat jalan tapi slow slow lah. I pulak yang jalan laju laju nak cepat sampai. Yelah, nombor dah dipanggil. TingTong TingTong macam kat bank tu hahha. 

Sampai salah sorang petugas tu cakap "Eh Eh tinggal Mak" . hahahaha.


Kat sini dibahagi 3; A, B dan C. Nampak tiang hijau hujung sekali? Ha situ untuk C. So kat mana mana checkpoint pun akan ikut itulah,C



Sebelum masuk ke bilik vaksin, kita akan jumpa doktor kat sini. Yeah I assume doktor lah sebab banyak knowledge medical. 

Dia tanya sejarah penyakit dan ubat yang Mak ambil sekarang. Mak being well-prepared, dia bawa semua ubat yang dia ada. HAHAHAH. Doktor tu gelak dan kata bagus. 

Doktor check 1 per 1, dan kata takde masalah pun. Boleh ambil ubat seperti biasa. Siap tanya dah makan ubat untuk hari ni ke belum? Alahan ? dan sebagainya

Mak tanya juga memang kena cucuk kiri je ke sebabnya tangan kiri Mak agak lenguh/sengal.

Doktor kata takde masalah kanan/kiri, terpulang pada preference kita. Dan advise Mak "Selalunya rasa sengal pada tangan disebabkan saraf. Makcik cuba minta vitamin untuk saraf semasa next appointment"

Ahaa baru tahu. Terima kasih doktor. 


Lepas tu tunggu giliran masuk bilik vaksin. Eh eh tak sempat duduk, dah dapat bilik. Yang cucuk ni nurse, baik dan lemah lembut. Mak bagitahu nak tangan kanan dan dia pun cakap takde masalah. Ehemm nampak tak Mak takmo pandang. Hehehee 

Nampak kertas kat dinding? Kena scan di situ ye. 





Lepas keluar dari bilik tu, kita akan pass nombor dan borang kepada petugas dan duduk di kerusi. Katanya nilah tempat obersevation 15 minit tu. Tapi cepat je kot tak sampai 15 min pun.

Lepas nama dan nombor dipanggil, dorang bagi next appointment terus, dan taraaa boleh balik dah. 

Sambil nak keluar, usher tu cakap 

"Okay jalan terus nampak skrin besar belok kiri. Terus lagi, jangan lupa ambil gambar Mak kat situ dan terus ke pintu keluar"

Ha ha tergelak iolls. 

Tapi kan I ada cakap tak kuasa nak menunggu kalau beratur. Sekali laaa banyak je photobooth available. ehehe.  So apa lagi, posing jap lah Mak nak tunjuk kat cucu cucu. 


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PETUGAS DI MIECC; DOKTOR, NURSE, MEDICAL STAFF, SUKARELAWAN. KORANG MEMANG AWESOME!!!

Susah Tak Nak Pujuk Mak

I kenal my mom macam mana. Dia kalau dah kata taknak, memang taknak. Dia bukannya ada Whatsapp group ke socmed ke apa ke. Mak ni SMS pun tak pandai, geng lepak pun takde. Tapi I syak time beli ikan kat kedai ada lah tu yang soksek pasal vaksin ke apa ke -__-

Dari awal memang taknak ye. Pujuk lembut ke perang mulut ke tetap taknak.. Jadi I pun malas lah fikir. Lantaklahhhh

Lepas tu pada 7hb, Mak tiba-tiba cakap makcik situ sini dah ada date vaksin. "Ingatkan hari tu taknak". I pun cakap lah "Maybe anak cucu cicit diorang dah pujuk lah kot sebab tu nak". 

Slow slow Mak cakap, "Kau register kan aku lah". Fuhh terkejut guaa. hahaha I pun cepat cepat lah register, siap cakap "Mesti lambat dapat ni. hari tu diorang bukak untuk registration Mak taknak blalablabla" I dok bebel lah.

Setiap malam I check kami berdua punya. Sekali 10hb, nampak Mak dah ada appointment pada 14hb. FUHHH cepat weh. Menjerit I terkejut. Mak lagi lah. terus nervous wakaka. 

Mak nampak tak senang duduk lah. Sepanjang perjalanan pun senyap je. Kat situ siap melatah lagi sebab cepat sangat dipanggil "Eh hawau cepatnya panggil" hahahah 

Dah cucuk, memang lega sangat sebab Mak takut jarum tu. Dah balik tu excited pulak dia bertegur sapa dan tanya orang lain appointment pukul berapa hahahahahahah. Siap cakap nanti esok nak call Mak Ndak dan blablabla tanya pasal date

And next day, Mak cakap " lambat pulak kau. Aku lambat daftar dah dapat vaksin dah" wakakak berlagak pulak dia ek hahaha

Update: Bangun tidur esoknya, rasa lenguh tangan. Tapi takde rasa demam ke pening ke semua takde. Alhamdulillah 

Parking

Macam I tulis di atas, car park kat sini cashless. Sama lah kot MIECC dengan Mines. Jadi kena pastikan baki minimum T&G ialah RM20. Macam I hari tu, baki RM19 je lol so kena amek ticket jugak. Nanti cari autopay untuk bayar

TAPI, autopay pun tetap cashless. Boleh bayar dengan ewallet macam Boost dan apa entah lagi serta boleh guna Master/Visa card

Kenapa lah tak buat macam KLCC, masuk masuk tu ada option touch guna T&G or debit/credit. Kan lagi senang LOL.





Ni yang I cakap tu, park kat bangunan Mines tapi bersebelahan je. Eh sebelah ke depan ke I pun tak tahu hahahaa. Jalan kaki je ke situ. Tu nampak tak kereta berderet tu untuk masuk parking MIECC. Doktor pun cakap dia kena pusing beberapa kali untuk dapat parking. 

Baiklah itu saja. Harap membantu korang yang mencari info pasal suntikan vaksin di MIECC ye. Stay safe everyone!

Comments

  1. Ada tempat menunggu tak? Untuk org tak divaksin? Pegi teman jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak tunggu je, kena duduk luar. Kat main entrance ada tangga. (outdoor) Tak boleh masuk dalam

      Delete
  2. Replies
    1. Hi, My mom dapat Sinovac.

      Last week my husband pun dapat Sinovac. Sekarang tak tahu lah :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu