Skip to main content

Renew Passport Cepat Tak Sampai 30 Minit | Pejabat Passport KLIA

Demam Teruk Selepas Vaksin | Second Dose Pfizer

 Halooo gais!

Aihh payahlah demam ni semua benda tergendala. Memang tak produktif betul.

Kalau korang ingat 03.08.21, Ayah I ambil dose kedua Pfizer. Dua hari dia demam, lenguh dan tak boleh bangun. Jalan ke toilet pun huyung hayang langgar dinding.

So Khamis lepas, 05.08.21 turn I pulak. Appointment 2pm di Klinik Union. Macam biasa tak ramai orang, 5 orang je kot. I orang kedua. Tapi start macam lambat sikit sebab lunch hour maybe. Kali ni I tengok doc cucuk. Adoi sakit weh kena jarum tu. Lepas tu tunggu sekejap (tak sampai 10 min) dia pulangkan kad + IC. Dah boleh balik dah. Time tu I rasa tangan macam agak kebas.

Ocin fetch I dan kami ke Low Yat untuk collect barang PC. Duduk dalam kereta pun I rasa tak selesa, macam penat macam lenguh.


Demam Lepas Beberapa Jam Vaksin

Balik rumah I rasa sejuk dan menggigil. Anak-anak mintak ajar homework pun I cakap tak larat. Memang dah start rasa semacam. Dah siap semua terus I baring. Siap berselimut sebab menggigil.

Malam tu I masih boleh bangun walaupun rasa penat teramat. Macam baru lepas bersukan pun ada, macam baru lepas jalan keliling pulau pun ada. Anak-anak I start mengadu mata rasa panas, macam nak demam. Dah sudah, jangkit dengan I ke. Memang diorang ada masuk bilik tadi, konon konon visit Mommy sakit lah.

nak jugak share gambar ni hehehe

Dah tengah malam I rasa makin teruk. Pinggang ke bawah memang sakit. Sakit yang tak boleh digambarkan. Rasa macam kalau boleh cabut letak tepi sekejap, mungkin akan lega. Paling teruk efek kat kaki. Padahal bukannya I berjalan kemana pun, duduk je dalam kereta. Faham tak sakit macam bersukan+ cycling+jalan kaki pusing pulau+ hiking. ehh gabungkan semua tu lah.

I tidur pun tak lena, kejap kejap terjaga. Mimpi pulak macam betul betul. Tau mimpi apa ? Pasal math -_- . Dahlah kaki sakit, otak pun sakit dok fikir numbers. Apesal entah HAHAHHA. 

Lepas Subuh I masuk bilik Mak, mintak urut kaki dengan minyak. Sumpah tak tahan.

Yang kids pulak, merengek je. Yelah budak ni kalau demam memang cranky kan. Masalahnya I pun demam macam mana nak melayan. Atok dah okay sikit tapi masih lagi tak recover sepenuhnya. Atok lah yang dok berjaga tekap badan diorang T_T

Dah pukul 9am macam tu, Ocin bising suruh I pergi klinik blablabla dia marah I kenapa tak pergi semalam blabla. Dia tak faham kot ek istilah tak boleh bangun tu. I siap doakan dia rasa demam yang sama lagi. eii

Doc Cakap...

Dah sampai klinik, bawak sekali si Abang & Gegirl I kena isi macam macam form. Huwaa dah lah sakit kena isi 7 form pulak ( declaration form x3, panel form x3, amenda entah x1). Ocin dia tolong hantar je adoi takpelah next time I boleh drive sendiri -__-

Masuk masuk bilik doc I cerita lah

" Doctor, semalam I vaksin. Hari ni demam..."

Belum habis cakap weii 

"Ohh biasalah tu. You nak MC ke?"

-__-

"Tak tak, I tak perlu MC. I housewife. Tapi anak anak I jangkit sekali. Semalam pakej takleh bangun, kaki lenguh ..."

" Memang lepas vaksin akan demam. You pun tau ni. Ni 1st or 2nd? Ha 2nd. Masa 1st pun sama kan?"

"Nope, masa 1st takde apa apa. Cuma tak boleh angkat tangan je"

" Ha biasa je akan rasa lemah, demam, lenguh, sakit sakit badan. Ada orang lagi teruk sampai takleh bangun. Demam you ni biasa 3-4 hari hilanglah"

Dia check blood pressure, tanya pasal period blablabla and katanya takde apa apa. Next dia check anak anak pulak. Si Abang panas sikit dari Gegirl.

Doctor kata maybe jangkit dari I. Maybe jangkit dari lain (lain mana entah -_-) cuma timing pulak kena masa I pun demam. I memang panic lah kalau dah semua demam. 

Doc bagi I paracetamol 500mg & air garam, untuk si Abang ubat demam & ubat angin, untuk Gegirl ubat demam + ubat batuk selsema. 


Petang tu Ocin pulak demam. Ha makbul doa I tapi lelaki demam lagi dahsyat. Aiyoo. kejap kejap "Mii.. Mii" . Malam tu lagi lah, kejap kejap panggil suruh urut kepala. adoii iols pun tak terurut. Tapi dia tau kot I menyumpah dia HAHAHA dia tanya "Ko doa aku demam ke Mi?" I gelak je 

Ash pun berjangkit demam. Ash ni demam pakej menggeletar + muntah.

Baik itu saja cerita demam post vaccine I. Sumpah sakit tak tipu ye. Demam memang lah BIASA, yang seksanya lenguh dan sakit kaki tu. 

Effect Biasa Tetapi Berbeza Bagi Setiap Orang

My friend yang dapat AZ cakap, macam ni lah seksa dia masa dose pertama hari tu. Demam, tak boleh bangun. Dia kata macam baru lepas bersukan + tergolek jatuh tahap sakit tu.  Jadi dia agak berdebar untuk dose kedua nanti (AZ ada gap 9 minggu tak silap)

So guys, its normal untuk demam lenguh dan tak boleh bangun selepas vaksin expecially untuk Pfizer & AZ . Walaubagaimanapun, effect adalah berbeza bergantung kepada individu. So far I tak dengar experience demam teruk dari penerima Sinovac (my mom, my husband & my bff dapat Sinovac)

Jadi kalau korang kena macam I, cepat cepat amek paracetamol 500mg x2 setiap 6 jam. Insya Allah hilang lenguh tu. At least dapat tidur dengan tenang. Badan pun berpeluh. Jangan pedulik kalau orang gelak kan ke menganjing ke kita doa dia pun rasa sakit sama dengan kita, ha kau baru tau mengerang macam mana. 

Setakat I type ni, I dan anak anak HAMPIR pulih. Kenapa I cakap hampir, sebab masih takde selera makan , masih lemah sikit lah. Body tempreature dah normal dah. 

Ocin masih terbaring lagi. Semalam tidur pun dia tak bagi on aircond or kipas, Aduhh basah ketiak I tidur T_T. Harap dia okay cepat sebab esok ada appointment vacc. Kang tak boleh masuk PPV pulak.

UPDATE: Ocin cancel appointment dia sebab demam tak sembuh. Dah pergi klinik, doc kata MAYBE bukan jangkit dengan I sebab kalau I demam vaksin bukan demam virus. Demam vaksin ni berkait dengan imuniti tubuh badan sendiri. Tak pastilah dia dapat dari mana.  


Jangan lupa share cerita korang jugak. 

I suka gambar langit+ awan. Nanti nak share la koleksi I hehehe. Ni balik dari Low Yat tu


Toodles, xoxo

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....