Skip to main content

Cara Renew Lesen Di JPJ UTC Pudu| Habis Tempoh P Dah

Bawa Anak Ke Tempat Tak Ramai Orang

 Kalau nak ikutkan sekarang ni semua tempat dan ceruk ramai manusia kan. Tak kisahlah orang dating ke family with small kids atau geng geng lepak. Nak nak pulak sekarang ni school holiday.

I ni before zaman Covid I tak suka tempat crowded. Kalau playground ada ramai kids memang I lari pergi tempat lain hahahaa. Zaman ni lagi lah kena berjaga jaga kan.

Hari tu anak I cakap "Mommy, Abang rindulah shopping mall. Lama tak pergi KLCC". Alahai. 

So I decide nak bawa diorang makan makan awal pagi lepas tu jalan kat taman bagi berpeluh sikit. Kami sampai dalam 10.30am kot, kosong je. Bagus juga parking pun senang.

Dorang ni rice people gitu mintak makan Nasi Ayam kat foodcourt Level 2. Korang pernah rasa? Dari zaman sekolah lagi memang fav I


Wajib ikut SOP ye. 1 meja 2 orang saja. Nasib anak dah besau, boleh berdikari makan meja lain.

Eh jap dah naik sikit harganya RM10 untuk Nasi Ayam Biasa. Nasib maintain sedap!

KLCC Park Untuk Jogging Saja 

Konon nak jalan jalan kat tama  bagi berpeluh, sekali security cakap untuk jogging je. Alamak. I tanya jalan jalan tak boleh ke? Katanya penjaga kena pakai sports attire.

Ohh ok ok faham. Ahaa next time lah datang ye anak anak. Monyok dah masing-masing. Dorang  marah Covid jahat. Betul. Memang jahat!



Takde benda nak buat dah rasanya. Nak food hunting pun masing masing dah full. Nasi Ayam pun ada yang tak habis. 

Gegirl sibuk nak shopping baju. I jenis kalau nak membeli, bawak sorang sorang. Baru aman nak shopping. Tak kuasa masuk kedai berderet ni.  Nanti nanti lah ye sayang. 

I naik ke atas cari cafe nak makan dessert. Sekali No Dine In. Laaa . Takpelah gerak balik je. Nanti boleh singgah drive thru sekali. 





Okay lah gais sampai sini je. Thanks for reading

Stay safe gais, avoid tempat crowded. Walaupun pergi tempat kurang orang tak menjamin kita bebas dari Covid, tapi at least kita mencuba kan. Jaga SOP ye. Kalau dah nampak tempat tu ramai, tukar plan atau cari port lain. 

Toodles, xoxo








Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu