Skip to main content

PELUANG UNTUK BERTEMU EDWIN VAN DER SAR, LAGENDA MANCHESTER UNITED DI AEON MALL!

Cara Renew Lesen Di JPJ UTC Pudu| Habis Tempoh P Dah

 Wuhuu gais akhirnya masa yang ditunggu tiba. Finally after 2 years gais, I dah boleh cabut sticker P dah muahahahhaha 

Actually tarikh tamat 17/9 tapi macam malas pulak nak ke KL minggu lepas. Rasanya sana sini pun jem kan plus school holiday. So I decide postpone Isnin 20/9

I sampai dalam pukul 2.30pm. Terus dapat parking di Level 2 . Oh by the way, car park sini cashless ye. Nasib boleh guna debit card. Sebab Touch & Go I rasa tak cukup balance. 

Before masuk UTC tu ada que. I nampak orang beratur I join lah hahaha . Rupanya itu que untuk ke JPJ sahaja. Untuk urusan lain macam JPN ke boleh masuk terus. Kiranya I beratur di tempat yang betul. 

Sambil beratur, security remind pasal 

1. MUST complete 14 days 2nd dose

2. Urusan menggunakan credit card / debit card ONLY

Sekejap je beratur, less than 5 minutes kami dapat masuk dalam UTC dan pergi ke JPJ bahagian hujungggg sekali. Kat situ kena beratur lagi ye anak anak hahahaha


Nampak panjang kan tapi nasib cepat gerak. Sambil beratur tu nanti security akan double confirm 

1. Semua dah cucuk 2x ke?
2. Dah complete 14 hari ke? 

Dan kami jawab "Dahhhhhh". Hahahah comel je. 

Tak lama lepas tu ada JPJ officer akan tanya one by one ada urusan apa blabla dan bagi nombor giliran.


Lepas tu dah dapat turn masuk dalam, duduk kejap. Dalam 6 orang je lepas tu sampai turn I. Laju kan? Ada 4 kaunter dan semua bukak ye. 

Sampai kaunter I cakap nak renew lesen. Alaa dia paham lah P I dah tamat.

Dia tanya 

1. Nak tempoh berapa lama? 1 tahun RM30 . 
2. Alamat masih sama?
3. Ada bawa gambar? 

Lepas tu ada charge RM15 so total ialah RM165

Settle payment,  officer tu bagi resit dan suruh tunggu sampai nama dipanggil. Sambil tu I nampak dia pass gambar I kat officer lain. Lesen lama tu dia lubangkan / ketip dan pulangkan kat I.

Tunggu sekejap je, tak habis termenung dah dipanggil nama. Yeayy.


Sekejap sangat urusan, rasa macam 30 minit je selesai semua. 3pm macam tu dah on the way balik dah. 

Parking RM3.50. Okay lah ek murah. 

Btw I baca kat blog mana entah, kena isi form blabla so gigih la bawak pen. Tapi tadi takde pun. So lebih mudah lah macam ni. Kalau tak lagi lambat kalau isi form bagai. Jadi ingat tau

Apa Perlu Di Bawa Untuk Renew Lesen P Di JPJ

1. IC
2. Lesen
3. Card (cashless payment)
4. Gambar

Belum cabut sticker lagi, hehehe nak buat IG Story lah nanti.

Toodles, xoxo






Comments

  1. Hi sis! Best sangat baca blog you. Nak tanya utk renew lesen memang wajib bawa gambar lain ke? Atau boleh guna gambar sama dalam lesen sebelum ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi bbg,

      Setakat yang I tahu, tak wajib pun.

      kalau nak kekalkan gambar yang sama lesen P, boleh bagitahu pegawai bertugas.

      Delete
  2. sis jadi boleh lah ni renew lesen kat utc ja ?

    ReplyDelete
  3. Hi saya baru renew jgk utk 2 tajun tapi rm30 je..tapi xdpt kad fizikal just slip je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Jenama Baju Sekolah Tak Payah Gosok

 Dah masuk 2023. Waktu macam ni Mak Mak lah paling busy mencari persiapan masuk sekolah anak anak. Walaupun sesi 2023 akan bermula bulan Mac nanti, apa salahnya buat persiapan awal kan. Dah nampak ramai Mak yang tanya berkenaan baju sekolah di status. 1. Berapa helai baju sekolah yang cukup? 2. Berapa pasang kasut untuk seorang murid? 3. Jenama baju sekolah apa yang bagus? Baik untuk baju sekolah ni kan, masa zaman I sekolah dulu Mak sediakan 5 pasang baju sekolah setiap tahun dan 2 pasang kasut. Untuk anak anak I, maklumlah ada 3 anak dan bajet agak lari sikit, I sediakan sekurang-kurangnya 3 pasang setiap anak. Nanti ada PJ 2 kali seminggu jadi bolehlah selang selikan dengan uniform sekolah. Sekarang ni memang banyak jenama pakaian sekolah. I pilih yang TAK PERLU GOSOK. Ha nampak tak penekanan kat situ. Ada juga pilihan SENANG DIGOSOK tapi I tetap malas hehehe.  Ada 2 jenama pilihan I iaitu U-CEMERLANG dan BINBI. Kedua-dua jenama ni kainnya licin dan nampak cantik je. Walaup...