Skip to main content

BookXcess Kini Di MyTown

Waffle Paling Sedap Di Ampang | Waffle Hospital

Ada tak makanan yang korang rindu?



Hari tu nampak lah satu posting Facebook pasal waffle sedap Hospital Seremban kot. Tiba-tiba teringat waffle fav I kat Hospital Ampang

I kan deliver my first child kat Hospital Ampang lepas tu ada komplikasi dan kena follow up. Sambil sambil tu belilah jajan yang ada. 

Kat lobby tu ada banyakkkkkk convinience shop dan salah satu kedai tu jual waffle sedap nak mampos

Ye tak tipu ye. Bau memang sedap menggoda. Semerbak. Inti coklat tak kedekut langsung. Memang wajib setiap kali pergi. Kalau tetiba tak available or mesin rosak, aduh sedihnya.

Jadinya kalau bau waffle ni memang mengimbas kenangan I mengendong anak kecik. Hahahaha

I dah hampir lupa dah tapi bila tengok posting terkenang kenang balik. Cuma tak tahu masih wujud ke tidak. Saja update status pasal waffle tu, tak sangka ramai tahu and suka. Dorang kata ada je kat situ. Masuk hospital bau waffle dulu hahaha

Jadi apa lagi, kebetulan Nanny ada appointment kat situ. I pun pesan lah. 5 waffle choc dan 5 pau.

Masih Kekal Sama


Ye gais, gigih I buat video untuk post kat Reel Instagram. Laju pulak view naik hahaha.

Rasa dan generous filling tu masih sama. Tak percaya tengok sendiri gais. Fuhhhh

Rasanya harga ialah RM3.50 untuk 1. 


Waffle ni sedap dimakan masa panas. Tapi tu lah, Nanny beli awal lepas tu singgah sana sini. Lepas tu lupa dah bayar tapi lupa amek. HHAHAHHA adoi Mak ooo Mak. 

Sampai kat I dah agak sejuk. Tapi masih sedap. 

Korang kalau ada urusan kat Hospital Ampang jangan lupa cuba ye

UPDATE: I ada post di FB dan salah sorang staff Mutiara Mart (nama kedai tu) tinggalkan contact number dia. Diorang ada buat delivery jugak jadi kalau korang nak order boleh Whatsapp dia 





Toodles, xoxo

 

Comments

  1. Bestnya RM3.50 tak kedekut filling. Selalu beli kat kawasan rumah sendiri harga dekat sama tapi filling serupa sapu hujung sudu je 😭

    Saya follow ya :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu