Sesat di kedai buku?
Ye korang hari tu I sesat di bookstore. Sobs dah masuk tak boleh jumpa jalan keluar pulak. Atau I taknak keluar hahaha
I rasa tentu ramai familiar dengan nama BookXcess. Ha sebut je terus terbayang buku buku disusun cantik di rak, banyak pilihan mengikut citarasa.
BookXcess dah ada di MyTown gais
Yes, our favourite bookstore dah dibuka di MyTown pada 30th September 2021. Ha baru jugaklah
Macam biasa setiap store ada konsep yang berbeza. Korang kena datang sendiri untuk rasa kelainan tu.
Honestly, masa I melangkah masuk, first word yang keluar ialah "WOWW".
Yes, wow sangat takde perkataan lain dah.
I suka tengok susunan buku-buku di rak BookXcess ni. Kemas, teratur dan buat I teruja nak belek 1 per 1.
Rak buku tu unik kan. Kalau tengok dari jauh, nampak macam floating gituu.
Mesti tak pernah jumpa interior kedai buku yang ada batu-batu macam ni kan. Sangat lain dari yang lain.
Tapi hati hati ye. Kalau korang pakai heels jangan pijak pulak batu tu, tergolek karang.
Kat sini ada disediakan label di setiap rak. Jadi korang tahulah tengah tengok buku apa. Rak tinggi, tapi jangan risau sebab ada disediakan tangga. Atau boleh je panggil their friendly staff untuk tolong assist.
Untuk bahagian children, rak agak rendah sedikit. Ha budak-budak ni kita kena bagi pegang, belek baru diorang excited kan.
Masa tengok tu, terkejut jap kenapa ada tab mandi di tengah tengah bookstore. Ahaaa ni memang salah satu daya penarik untuk children book.
Imagine korang nak beli buku untuk toddler and dia taknak. Tapi kalau kita tunjuk contoh buku yang boleh di bawa masuk ke dalam air mestj diorang excited. Haa tak payah divert attention dengan itik dah, kita guna buku pulak.
Paling penting, waktu ni ada promo Buy 1 FREE 1 gais. Berbaloi sangat.
Bukan Setakat Jual Buku Tapi...
Ahaaa BookXcess yang terletak di Level 1, MyTown ni bukan saja menjual pelbagai jenis buku, tapi ada juga cafe dan restaurant. Fuhh.... yelah selalu kalau dah syok pilih buku tiba-tiba sampai waktu lunch kita kena keluar dari bookstore dan cari restaurant kan.
No No, kat sini semuanya ada. Nak light light korang boleh ke Whisk cafe dan kalau rasa nak heavy meal bolehlah ke Japanese restaurant. Yumms yumms
Nak baca buku dengan tenang atau senang kata me-time? Aihh dont worry gais, kat sini ada Piazza untuk korang habiskan masa seharian tanpa ada gangguan
Syoknyaa. Rasa macam dah jumpa tempat untuk chill lepas waktu kerja atau Sabtu yang takde plan kan.
Di BookXcess MyTown juga ada disediakan Gallery yang menempatkan karya local artist.
Satu inisiatif yang sangat bagus sebab I rasa our artist perlukan 1 platform untuk promosikan hasil karya diorang.
Let's support them gais. Untuk dijual ye semua tu
Menarik kan?
Pendek kata, korang kena datang sendiri untuk rasa keunikan store terbaru BookXcess ni. Confirm habiskan masa berjam jam kat dalam tu.
Rasanya tak pernah lagi keluar dari BookXcess tangan kosong. Mesti ada 2,3 plastic bag. Hehehee.
Okay gais, sampai sini je. Jangan lupa singgah ye
Toodles, xoxo
Besar kedainya. Haritu pegi BE dekat Mines kecik cenonet dan tka byk buku
ReplyDelete