Skip to main content

Choco Albab Mahu Bantu Lebih Ramai Golongan Jana Pendapatan

Homestay Di Selangor Dengan Private Pool | Homestay Kolam Bukit Changgang

Sekarang ni ramai yang mencari homestay dengan private pool. Walaupun dah boleh rentas negeri, tapi bukan semua yang nak ambil risiko bersesak dengan orang ramai. Cuma nak berseronok dengan anak-anak dan keluarga terdekat je.



So, hari tu Ocin decide untuk cari homestay yang ada swimming pool. 2,3 minggu postpone sebab kebanyakkan homestay asyik penuh. Finally last weekend jadi jugak.

I tak tanya banyak pasal homestay ni. Yang I tau, terletak di Banting. Taklah jauh sangat dari Ampang, lebih kurang 1 jam je kot. Jalan pun tak jem langsung. Ada 4 keluarga termasuk kami. Yang lain from Damansara and Sg Buloh. Kena masuk jalan kampung, and tadaaa dah sampai. Park betul betul depan rumah so takdelah risau pasal kereta dan senang nak angkut barang.


Tak silap I ada 4 bedroom. Tapi I tak dapat nak buat house tour sebab my in law dah sampai dulu. Tak sedap pulak nak rekod kan hahahhaa. I tunjuk gambar bilik yang I dapat lah. 

Ruang agak sempit, tapi yang paling penting untuk I mestilah attached dengan bathroom. Senang nak mandi ke nak 'berkampung' dalam toilet ke hahaha.

Bilik ni ada aircond dan kipas. Tapi walaupun buka 17, macam lambat sejuk. Or cuaca memang panas? Or lemak I dah tebal? Hahahaha

Malam tu I on kipas sekali, baru selesa tidur.


Bathroom dia memang sempit boleh muat sorang je. Boleh refer kat video Youtube I - Mumbling Cici

Nasib anak I boleh mandi sendiri. 

Tapi puas hati, semua bersih. (Korang tau I cerewet nak mampos bab jamban kan bahahaha)

Toilet Bowl ✅
Water Heater ✅
Water Pressure ✅

Ada sejadah disediakan

Bilik I dapat betul betul menghadap pool. Syok sebab boleh intai anak. Apa apa jerit je dari bilik. Hhahahaha . K k tipu. I pantau anak elok elok ok. Bergilir dengan Ocin. 

Yang tak bestnya, air boleh terpercik sampai depan pintu bilik. Dan lantai depan bilik sentiasa basah. 

*Tak nampak floor mat pulak (ke kena bawa sendiri?) 

Nampak bilik paling tepi? Ha situ ler bilik I. 



Sebelah sana pula ruangan chill chill gitu. Ha syok bebudak main Playstation sampai 4am. Cis . 

Makan, chill dan bergolek pun boleh


Dapur siap dengan peti ais pun ada kat sini. Kemas dan selesa.


Kolam ni agak dalam tapi semua tau berenang. Anak kecik I si Ash tu penakut sikit. Dia paksa I masuk sekali.

Memang tak reti penat. Dari mula sampai tu anak anak I terus tukar swimming suit. Naik sekejap waktu Maghrib , makan semua. Lepas tu sambung berendam sampai 11pm.

Punyalah happy. Yelah, hari tu check in hotel pun tak puas mandi. Sekarang kan pool hotel ada slot and each slot 30 min je. Manalah budak reti puas. Ha ni private pool, berendam la ko sampai kecut. Hahahahah


Gambar ni I screenshot dari video. Si Abang tengah jalan, Ayah pergi tolak dia. Nasib ada pelampung.

Dont worry, safety first ye. Hehehee.




Tak silap I belah belakang ada ruang BBQ tapi I tak intai pulak. Kalau korang nak tengok, boleh intai page FB Homestay ni rasanya ada gambar.

Sebelum sampai Homestay ni ada juga lalu shoplot. Ada mamak, 99 Speedmart etc. Manalah tahu nak beli jajan ke kan. Tapi I beli awal. Chocolate, kudapan, kopok. Ha borong siap siap.


Overall, such a great experience. Mana lah tahu korang mencari homestay nak gather dengan family bolehlah consider sini. Masih dalam Selangor, bersih dan selesa.

I tak tanya banyak kat Ocin atau in law I, jadi untuk info lanjut please contact owner ye.


Tel: 011 6964 5962

Disclaimer 1: Ini adalah review peribadi berdasarkan pengalaman sendiri.

*Disclaimer 2: I jarang duduk Homestay. Seumur hidup I ni kali ke-dua kot (First was in Johor). So I tak tahu what to expect blablabla.


Selamat bercuti gais. 

Toodles, xoxo


















 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....