Skip to main content

Kedai Pertama Sunday Staples Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Makan Di Sepiring The Mines

Masa staycation hari tu, I masuk The Mines untuk cari dinner. Takmo fast food nak yang heavy sikit.

Last last jumpa Sepiring

Rasanya I pernah makan di cawangan Sunway Putra Mall dulu. Tapi makan light light je, so this time kita cuba menu heavy sikit




Abang dan Gegirl order Nyonya Laksa
I order Mushroom Chicken Rice
Nanny & Ash Hainanese Chicken Rice




Terkejut tengok bowl sampai kemain besau hahhaha.  Was was boleh ke budak-budak ni habis. 

Memang sedap tau. Cukup rasa. Tapi pada I agak pedas. Ha diorang apa lagi, suap makan, minum. Makan, minum. Hahahha

Gegirl boleh habis semangkuk tu. Katanya sedap sangat , sayang tak habis. Wahh bagus anak Mommy! 

Si Abang pulak berjaya makan half je. 




Nasi Ayam sedap dan portion banyak. Nanny pun tak dapat habiskan nasi tu.

My Mushroom Chicken Rice 3.5/5. Mungkin tak kena dengan tekak I. Tapi dah kelaparan kan. Habislah jugak


Overall, pada I semuanya berbaloi dengan apa yang dibayar. Portion sangat besar, kena datang masa perut kosong lah jawabnya.

Tak ramai orang, agak lengang. Sesuai bawa keluarga sebab banyak pilihan menu.








Nanti repeat lagi, I nak order laksa pulak. Yumms

Korang pulak, bawa keluarga ke mana hujung minggu ni? 

Toodles, xoxo


















 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Jenama Baju Sekolah Tak Payah Gosok

 Dah masuk 2023. Waktu macam ni Mak Mak lah paling busy mencari persiapan masuk sekolah anak anak. Walaupun sesi 2023 akan bermula bulan Mac nanti, apa salahnya buat persiapan awal kan. Dah nampak ramai Mak yang tanya berkenaan baju sekolah di status. 1. Berapa helai baju sekolah yang cukup? 2. Berapa pasang kasut untuk seorang murid? 3. Jenama baju sekolah apa yang bagus? Baik untuk baju sekolah ni kan, masa zaman I sekolah dulu Mak sediakan 5 pasang baju sekolah setiap tahun dan 2 pasang kasut. Untuk anak anak I, maklumlah ada 3 anak dan bajet agak lari sikit, I sediakan sekurang-kurangnya 3 pasang setiap anak. Nanti ada PJ 2 kali seminggu jadi bolehlah selang selikan dengan uniform sekolah. Sekarang ni memang banyak jenama pakaian sekolah. I pilih yang TAK PERLU GOSOK. Ha nampak tak penekanan kat situ. Ada juga pilihan SENANG DIGOSOK tapi I tetap malas hehehe.  Ada 2 jenama pilihan I iaitu U-CEMERLANG dan BINBI. Kedua-dua jenama ni kainnya licin dan nampak cantik je. Walaup...