Lulu Group Retail baru sahaja merasmikan pembukaan cawangan ke-4 yang terletak di Amerin Mall iaitu Lulu Grocer yang berkonsepkan beli belah barangan keperluan secara selesa, pantas dan mudah.
Wahh syok lah penduduk Seri Kembangan dan yang berdekatan. Kalau nak tahu Lulu Grocer mempunyai keluasan 31 ribu kaki persegi dengan bahagian pasar raya, makanan panas, barangan segar dan pelbagai barang keperluan lain.
Lulu ni terkenal dengan ruang membeli-belah selesa, luas dan kemudahan tempat letak kenderaan yang mencukupi. Ha barulah seronok nak membeli belah.
Sempena pembukaan cawangan baru, terdapat pelbagai tawaran menarik seperti beras, minuman, toiletries semuanya dijual dengan murah kaw kaw. Ha macam biasalah I pun taknak ketinggalan untuk grab semua promo ni. Alaa tak jauh pun dari rumah
Macam tak percaya boleh dapat harga macam ni. Memang berbaloi sangat sangat. Contohnya seperti gambar di bawah, Beras Pure Basmathi jenama Sunflower ni cuma RM34.90 . Jimat banyak!
Bagi peminat jenama L'oreal, korang boleh dapatkan syampu dengan harga cuma RM9.75 sahaja.
Segar Dan Banyak Pilihan
I memang suka bawa Mak beli lauk dan barangan segar lain di Lulu. Sama juga seperti cawangan lain, Lulu Grocer di Amerin Mall ini menawarkan pelbagai barangan segar dengan harga menarik.
Udang besar dan fresh serta pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran.
Jimat banyak sebenarnya kalau dapat grab promo ni. Rambang mata pulak tu.
Untuk Seisi Keluarga
Kat sini lengkap barangan keperluan seisi keluarga. Barang nak masak, minuman favourite anak anak, kopi kegemaran Atok, eh semualah ada.
Ha Milo ni memang minuman wajib kami sekeluarga. Tadi kebetulan tengok harga murah, cepat cepat ambil masuk dalam troli. Mana lagi nak dapat harga macam ni kan.
Geram kan tengok pelbagai barangan dengan harga yang ditawarkan? Aipp bukan ni je tau, sebenarnya ada banyak lagi tapi I tak dapat nak masukkam semua gambar. Korang kena datang sendiri dan shopping kat sini.
Kalau korang tak sempat datang tadi, jangan risau gais sebab tawaran ni berlangsung sehingga 27 October 2021. Ha ada masa lagi tu. Bolehlah bawa family shopping baramg keperluan esok. Tak pun ajak kawan-kawan sepejabat serbu Lulu Grocer di Amarin Mall ni lepas balik kerja.
Lokasi Lulu Grocer sangat mudah diakses kerana terletak betul-betul di sebelah Lebuhraya SILK.
Benda baik haruslah share dengan orang lain hehehe.
Location: Lot G-11 Amerin Mall, Jalan Impian Indah, Seri Kembangan
Selamat bershopping semua.
Toodles, xoxo
Memang murah. Berbaloi sangat bila dapat shopping time pembukaan.
ReplyDeleteMeriah bila ada pembukaan mall baru,
ReplyDeletesemoga cawangannya bakal dibuka di Kota Bharu kelak. Biar ada lebih pilihan...
ReplyDelete