Skip to main content

Kediaman Tepi Tasik Di Izara @ Bayu Sutera

Tarikan Terbaru Di Menara Kuala Lumpur | Harga Tiket Tower Walk100

Baru baru ni I dijemput ke soft launching tarikan terbaharu di Menara Kuala Lumpur iaitu Tower Walk100. 

Adoii I dah lah gayat. Masa mula-mula dah cakap taknak cuba. Tapi ehh rugi pulak rasanya. Lagipun kalau I tak rasa sendiri berjalan di ketinggian 100 kaki ni, macam mana I nak cerita kat korang. Ahaaa


Sebelum mula kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan ada lebih kurang 5 orang. Ha SOP masih dijaga ye gais. Kemudian staff bertugas bantu untuk pakai safety gear.

Gayat gais

I memang takut tempat tinggi. Macam tak percaya je boleh habiskan sampai ke hujung. Ada staff terlatih akan jaga so dont worry. Sambil berjalan dan nikmati view, staff akan bagi penerangan sikit macam view apa yang kita tengah tengok dan sebagainya.


Kalau nak naik sini korang kena pakai pakaian bersesuaian tau. Kasut tu kena pakai yang bertali. Pastikan takde apa apa dalam poket takut tercucuk diri sendiri kang. 

Ada locker disediakan untuk simpang barangan peribadi. Phone semua tak boleh bawak. Kami ni sebab nak buat review hehee. Dont worry gais ada photographer kat situ. 


Kami tengah dengar penerangan dari staff bertugas

Kesimpulannya memang seronok gais. Kalau ada kesempatan, jangan lupa bawa family dan kawan-kawan. Aktiviti ni dikira family-friendly dan tidak terlalu ekstrem. Ada minimum height. Nanti I share kat bawah. 

Waktu siang memang panas. Menyesal I pakai baju macam nak pergi tengok wayang sobs. Jadi sila pakai baju bersesuaian. 

Kalau yang bertudung, jangan bun besar atau tinggi sangat. Susah nak adjust topi pulak. 
Ye cakap dari pengalaman ni hahaha. 



 Di bawah yelah harga tiket dan Rules untuk aktiviti ni. Enjoy gais!





Toodles, xoxo









Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu