Skip to main content

Superman Akan Terbang Ke AEON | Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Peminat Superman

Lahhh Banyak Ni I Order Kat GrabFood....


Nampak orang dok main "2021 Updates" ni kan, eh nak jugak cuba. 

I kan jarang jarang  (atau tak langsung) masak, so meng-order je lah kejenya. Antara banyak banyak food delivery, I lebih banyak order melalui GrabFood. 

Tak tahu lah kenapa suka Grab. Maybe sebab banyak restaurant familiar dalam listing. Yelah takdelah blur blur kan nak order apa. Lagi 1, adik adik Grab ni rajin naik atas. (Rumah ada lift yeeee). 

Ohh one more, dalam Grab senang nak bagi tip. Tak payah kelam kabut cari cash nak hulur, tak gitu

Okay jadi katanya I ada lebih kurang 62 orders tahun ni. Okay lah kot ek


Yang ni tak tahu lah macam mana dia kira. Rasa I selalu order weekend hahaha


Ha Top Restaurant ko! 

I rasa hampir setiap minggu WAJJB order McD. Tak masuk drive thru lagi. 

Dine In memang dah jarang, malas park dan cari tempat duduk. Selalu drive thru dengan anak anak, makan dalam kete lagi sedap. 

Haihh masa kecik Abah belikan KFC/MCD 1,2 kali seminggu. Dah kawin laki pulak gila MCD. Lepas tu jangan nak komplen I makin membulat dan melonjong lah ye hahahah. 

Lepas tu TOP Order katanya Ayam Goreng. Yumms yumss. Actually tu Mak dengan husband punya fav. I biasa suka burger je. Ayam Goreng MCD memang menggoda, tapi pada I yang biasa tu masin. Erkk. Yang spicy pulak terlalu pedas. Yang 3x Pedaa tu I tak pernah rasa. Hahahaha.


Ha Shell Out. Cari gambar tak jumpa. Musykil betul I kenapa I tak amek gambar. Selalu roti telur pun I snap hahahaha. 

Ni portion 3-4 orang kot. Okay lah ngam. Sebab kids bukan makan sangat pun. Diorang suka seafood, tapi takut alergi. Kang start bibir bengkak la, merah merah lah.


Okay itu je lah summary untuk 2021. Mari fikir nak order apa untuk 2022. Eh eh..

Cakap macam jauh lagi. Padahal esok dah masuk tahun baru. Aduh aduh. 

Apa pun I nak ucapkan Selamat Tahun Baru kat semua. Stay safe okay. 

Xoxo







 

Comments

  1. kalau ammi berapa kali je order food from Grab..
    biasanya guna Grab utk GrabCar.. nak cari gaklah update utk Grabcar usage

    ReplyDelete
  2. hhahhahah btul mmg setiap kali pun order guna grab hahaha.. pastu suka gak order mcD.. fav mmg ayam dia la :D or bkfs dia

    ReplyDelete
  3. Memang McD jelah selalu order. Kedai makan biasa selalu tak meet expectation.. kecewa betul

    ReplyDelete
  4. mudah kan order online..no hassle, no sweat...ahkak kalau menu ayam, suka 4fingers..kalau mekdi suka order burgers..

    ReplyDelete
  5. Siap ada kesimpulan paling banyak pesan. Hehe. Data berharga.

    ReplyDelete
  6. Mudah order online, Azwar prefer Foodpanda. Apa-apa pun Selamat Tahun Baru Cici!

    ReplyDelete
  7. Kita pun order Mcd je biasanya. Kalau dengan restaurant lain, guna Foodpanda je.

    ReplyDelete
  8. kita geng. sis top order ayam goreng mcd. tp sis order guna mcdelivery sbb selalu ada harga murah rm19.90 utk 5pcs tu. aym mcd spicy mmg menggoda, sungguh!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....