Lama dah tak bawa anak-anak mandi manda di kolam KLCC. Hari tu nak masuk park pun tak boleh, hanya untuk riadah je. Nak jalan jalan pun kena berpakaian jogging.
Hari ni cuba nasib bawa anak-anak. Was was jugak sebab nampak lengang je. Sekali eh eh boleh masuk lah. Apa lagi excited la budak budak ni.
Masa kami sampai cuma ada beberapa orang je. 5,6 orang budak maybe. Aneh, jarang berlaku. Selalu nak duduk pun takde ruang
I suruh anak-anak mandi cepat. Memang seronoklah diorang lari kesana sini, sebab kosong kan. Tak risau terlanggar orang, terpercik dan sebagainya
Air kolam KLCC ni memang cetek. Sesuailah untuk budak kecik.
Teringat masa kecik Mak Abah selalu bawa I ke sini. Sebagai anak tunggal, I tengok je orang main lari lari. Kawan I cuma Mak je lah, dia masuk sekali berdiri kat tepi I.
Selalunya ada security yang jaga. Kejap kejap bunyi prittt wisel tu hahaha. Yelah dia larang bawak makanan ke dalam kolam. Alatan macam pistol air pun tak boleh. Pijak lantai biru guna kasut pun tak boleh.
Walaupun bingit dok pritt pritt, tapi sebenarnya bagus ada yang jaga macam tu. Terjaga kebersihan kawasan kolam.
I ingat lagi di kolam Titiwangsa. Dahlah kolam secoet, ada family bawa bola sepak (ye bola sepak hitam putih yang keras tu ) Hampir nak kena kepala I. Tu masalah kalau takde yang jaga kan. Apa cerita entah kolam situ. I pergi sekali je masa baru buka.
Anyway, lama juga kami kat situ. Bagi diorang main puas puas. Yang main memang tak terasa masa berjalan. I yang menunggu ni sakit pinggang dibuatnya.
Dahlah tak bawa air minuman. Cuma Nanny bekalkan apam dan kuih pau je.
Tengoklah ni. Sampai semua dah balik, tinggal bebudak ni bertiga je.
I rasa kurang orang sebab ramai tak tahu kolam dan taman KLCC dah dibuka kot. Kalau tak, tak kira hari sentiasa penuh. Awal pagi ke, tengahari buta panas terik mendung sentiasa ramai hahahhaa.
Tadi pun ada 2,3 family singgah. Ada yang sekadar bergambar. Ada yang suruh anak mandi pakai spender je sebab tak bawa extra baju. Anaknya pulak dah reti segan. Tersengih-sengih tengok sekeliling. Agaknya dalam lingkungan umur 8-10 tahu kot.
Akhirnya setelah dipujuk, semua nak naik. Alahai, lebih kurang 3 jam ye duduk menunggu. Dah sandar, dah silang kaki, dah siap buat video, IGS, eh semua lah.
Ada toilet berhampiran, tapi I malas ke sana. Nasib ada bawa poncho, jadi tukar baju kat situ je lah.
Naik je semua mengadu lapau. Nak jalan lagi 1 hal ish ish
Kolam KLCC Ni Best Ke?
Dulu I kerap juga share bawa anak mandi manda di kolam KLCC. Ramai tanya best ke? Berbaloi ke?
Kolam ni PERCUMA dan CETEK. Kalau anak korang masih kecil dan terkedek kedek, mungkin sesuai.
Kalau anak korang dah besar, nak kan kolam dalam yang boleh menyelam, atau nak something fun macam waterpark sini bukan tempatnya.
Macam anak-anak I tu, Gegirl dengan Ash memang penakut. Jadi sesuailah kolam cetek. Si Abang pula, tak kisah cetek atau dalam janji dapat berendam.
Mana lah tahu korang cari tempat bawa anak kecil, ha bolehlah datang sini. Yelah, budak kecik kalau bawa pergi Sunway Lagoon kang baru main 30 minit dah lapar, menyusu dan tidur atau meragam. Cis rugi tiket (cakap berdasarkan pengalaman ni hahahah)
Kalau korang concern bab kebersihan, pada I OKAY LAH. Setakat ni takde lah sisa makanan bersepah atau diaper 'terdampar' dan sebagainya. Macam I mention kat atas tu, sini ada security jaga dan agak strict ye. Cuma hari ni tak tahu mana diorang hehehe.
Apa pun, kalau dah namanya public pool, tak boleh nak expect lebih lebih kan. Balik tu make sure mandi dan sabun bersih bersih ye
Parking Mana?
Bagi yang bertanya tentang parking, I park di dalam KLCC. Tak pasti kalau ada option yang lebih dekat hehe. Untuk I yang malas berjalan ni, aduhh jauh menapak. Anak-anak pulak buat perangai letih nak bawa bag sendiri. Eh eh
Rate parking I tak pasti. Tadi masuk dalam 10.30am-1.16pm = RM 13
KLCC ni cashless ye. Boleh guna T&G atau card bank. Senang kan. Suka mall macam ni. Sebab I selalu tak topup T&G . So guna debit card je.
wowwww dah buka... lepas ni konpom ramai berderet gi kolam KLCC ni..:)
ReplyDeleteaah la cici, baru tau ni dia dah kembali dibuka :D
ReplyDeleteBestnya ada tempat mandi open macam ni. View pun cantik berlatar belakangkan KLCC.
ReplyDeleteDekat Perak tak ada. Nak mandi-manda kena pergi sungai, waterpark atau pun hotel yang ada swimming pool 😂.
Cantik gambar berlatarkan klcc, kolam dalam taman tentu nyaman.
ReplyDeleteSelalu jadi penonton je tengok budak-budak mandi kolam nih! tapi dah lama bebenau tak jejak KLCC disebabkan PKP
ReplyDeletepernah pergi sekali...seronok tengok budak2 main air..
ReplyDeleteWah, seronoknya mandi-manda di KLCC! :)
ReplyDeletedah berbelas tahun, ikan paus tu tetap ada. masa dok KL dulu ni la port bawa anak mandi. bulan lepas gi klcc, kwsn keliling bnyk betul berubah
ReplyDeleteBaru g tadi... memang best.. cuma tue la.. parking cecah RM17 sebab stay lama dekat sana
ReplyDelete