Skip to main content

Wagyu Skewer Viral Lot 10 Bukit Bintang

15 May @ MyTown Cheras | Cafe Berkonsepkan Picnic

 Nak picnic tapi cuaca tak menentu? Nak picnic tapi malas setup cantik cantik?

Eh takpe, kita boleh picnic di dalam cafe je. 


Ye gais cafe yang baru di buka di Level 1 MyTown Cheras ni akan buat korang rasa seperti sedang picnic di taman. 

I suka dengan nama cafe ni yang catchy dan dekorasi yang unik membuatkan setiap sudut di dalam cafe ni sangat insta-worthy. Nama 15 May diambil sempena International Family Day yang disambut pada tarikh itu pada setiap tahun. Ohhh ada maksud rupanya.

Bertemakan Korean-Style Picnic, susunan tempat duduk agak santai, sesuai untuk korang yang nak relax sambil habiskan masa dengan kawan-kawan ataupun  keluarga.


Signature Lychee Rose Soda

Antara yang korang wajib cuba ialah signature drink dari 15 May iaitu Lychee Rose Soda. Ianya ialah sejenis sparkling water dan rasanya memang unik. Bau wangi ros pun ada, macam minum air bunga pulak hehehe. 


Wajib try gais, tak boleh dapat kat tempat lain.


Pilihan Menu Picnic

Kalau sebut picnic mesti terbayang pelbagai pilihan makanan terhidang. Di sini,terdapat  pelbagai menu ala picnic style. Korang cakap je nak Classic Korean, Sandwhiches atau Dessert semuanya ada. Rambang mata I tak tahu nak order yang mana

Tadi I berpeluang rasa beberapa menu; Bibimbap Beef, Smoked Salmon Sourdough, Mac and Cheese dan Pesto Chicken Pasta.

Untuk dessert pulak korang wajib cuba Oreo Cookie Cheesecake in Pot. So creamy dan tak manis sangat. 

Fuhh penuh perut. Nanti kena datang lagi untuk cuba menu lain pula.








Ha menarik kan. Ambience yang cantik, makanan pun nampak sedap. Betul betul bagi vibe picnic. 

Promo Code

Kalau korang cari tempat untuk lepak after office hour atau nak bawa family makan dengan picnic-vibe, bolehlah singgah di 15 May . 

Jangan lupa guna promo code ni untuk dapatkan 10% OFF

"PICNIC15C"

➡️ min spend RM 20 in single receipt
➡️ valid from 25th Jan - 28th Feb 2022

Jangan lupa share dengan kawan-kawan ye.



















Comments

  1. Menarik ni.. makan sambil feeling berkelah di pantai yang indah.

    ReplyDelete
  2. nice tmptnya...bekas yg digunakan tu mmg feel2 mcm picnic kt tmn gtu

    ReplyDelete
  3. Menarik tempat ni... nak santai-santai dgn bff pun best ni...
    Lawa baju Cici :D

    ReplyDelete
  4. Yang hidang dlaam pasu bunga tu comel..
    That is food right..? Haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu