Ahad lepas I bawa anak anak main trampoline di Damansara. Ni first time untuk kami sekeluarga, selalunya tengok kat tv je.
Mula-mula nak pergi tempat lain, tapi cari punya cari akhirnya jumpa Amped Trampoline Park. Tak banyak review pun, tapi berdasarkan Google review semua puas hati. Ha I pun apa lagi, teruslah booked di website.
I booked 5pm slot dan dinasihatkan datang 15 min awal. Sampai sampai je ada 2 group tengah main. I terus ke kaunter dan register.
Oh ye I beli Grip Socks juga RM7 sepasang.
I tengah terkedek-kedek susunatur kasut blabla budak-budak dah seronok melompat dah. Tengok tengok lahhh bapaknya yang over HAHAHAA. (refer gambar atas)
Kat sini ada beberapa section dan haruslah kami cuba satu per satu kan.
Si Abang ni mula mula dok takutkah gayat lah. Last last sama naik dengan apaknya.
Untuk bahagian ni, korang boleh pilih untuk terjun dari sini atau dari gelongsor. Tapi gelongsor dia bukan biasa biasa, sampai terbalik anak dan apaknya
Nampak tak bentuk gelongsor ni. Dia macam agak berbelit. Tu yang anak I masuk macam biasa, sampai bawah kepala terjunam dulu. Tapi menurut apaknya, ada teknik. Kena angkat kaki sikit. Ha gitulah. I angguk je HAHAHA.
Nak main bola? Boleh jugak. Korang boleh pilih bola ni atau pun basketball. Ha cubalah sendiri nak masukkan bola sambil melantun hehhee.
Yang ni kami main ala ala 'Bola Beracun'. Ha tengok tu sampai tergolek si Abang. I memang jenis penakut dengan bola. Rasa panik je kalau bola dilontar kat I. Hahaha.
Masa ni memang takde orang langsung. Puas budak budak ni melompat sana sini. Katanya
"Bestlah Mommy boleh lompat lompat kat sini. Selalu Mommy marah kalau lompat atas katil"
Lol, ha lompatlah puas puas. Kat sini takde sapa marah. Memang bayar nak suruh melompat
I tak cuba yamg ni, tapi tengoklah betapa tingginya lompatan tu. Adoii
Section pulak korang kena lompat atau melantun sampai masuk dalam 'kolam'tu. Memang fav anak anak dan husband I lah. Berulang kali main.
Cuba teka I main ke tak? Mestilah tak. Hahahaha.
Sebenarnya I nak cuba, tapi rasa takut pulak. Padahal takdelah tinggi sangat HAHAHA.
Lebih kurang sejam kami kat dalam tu. Habis berpeluh. I yang tak main ni pun berpeluh gais HAHAHA. Masing-masing dah lembik lutut dah.
Tengok macam senang kan. Eleh lompat je pun. Tapi sangat memerlukan kekuatan kaki terutama waktu landing tu. Ocin dok complaint teknik kaki I salah. Adoii ada teknik pulak ye.
Kat sini kalau masa dah habis, staff akan announce mengikut warna wrist band korang. Kalau orange, dia akan panggil orange lah.
Overall memang best gais. For sure I akan datang lagi. Tempat luas dan selesa. Kalau korang tak nak join main, sekadar nak teman anak, tak silap I ada rate laim untuk non-jumper. Murah sikit ler.
Malas naik? Ha takpe boleh duduk di waiting area ni. Bolehlah rest sambil
Perhatikan anak-anak kan.
Kat sini fully airconditioned. Takde lah lecak sangat ye tak, HAHAHA.
Untuk setiap pembelian tiket, dapat FREE 1 botol air mineral. Kiranya kami dapat 5 botol lah hehe. Kalau nak air lain macam Milo ke ada dijual juga.
Rak kasut ada disediakan, tapi takde rak untuk handbag (ke I yang tak nampak)Jadi pandai-pandailah selit. Atau lebih bagus tinggal je dalam kereta.
Lepas booked dia website tu, korang kena fill up Waiver ni tau. Ala macam biasalah apa apa jadi bukan tanggungjawab dia. Nanti sampai kaunter pun diorang akan tanya dah isi belum. Kalai belum, mungkin boleh isi secara manual kat situ.
Cuma I musykil kenapa ruangan Adult cuma 1. Tak pasal pasal Ocin jadi anak I No 4, HHAHAHA.
Kalau nak tengok video penuh boleh intai intai IG dan Youtube I
Youtube: https://youtu.be/EJT7xQuNQxU
⚡Weekend Rate⚡
Harga Tiket Seorang: RM 30 per hour
Tambahan: RM 15 per hour
Grip Socks: RM 7 per pair
Sesekali buat aktiviti dengan keluarga memang best kan Cici..
ReplyDeleteNi bukan budak je happy main lompat lompat. Mak ayah pun enjoy main macam ni.
ReplyDeleteTambahan per hour tu murah juga. Boleh tambah n main puas hati.
best ni..tempat lepas stress...lompat tinggi2..
ReplyDeletemenarikkk
ReplyDeleteank2 mesti suka. ni
release tension melompat dekat situ hehehhe...
ReplyDeleteMenarknya tempat ni, betul tu bukan budak ja suka, mak ayah rasa nak join.
ReplyDelete