Semenjak jadi surirumah 3 tahun lepas, I cuba cari pendapatan sampingan dengan buat livestreaming, blogging, review dan eh macam macam lah. Bukan sebab taknak susahkan laki, jadi isteri memang kena habiskan duit laki kan, eh eh gurau HAHAA.
I ambil inisiatif untuk mencarum sendiri je. Mestilah tak sebanyak waktu kerja dulu, tapi harapnya berpanjangan dan dapat membantu 25 tahun akan datang.
Carum sendiri boleh melalui beberapa cara. Ini cuma salah satunya.
1. Log in account Maybank2U Di Website
2. Pilih Investment
3. Pilih EPF
Nanti akan keluar pilihan macam ni.
Kalau korang pilih untuk taknak daftar, boleh guna option EPF Open Payment.
Sama je fungsi boleh guna untuk transfer duit. Cuma kena masukkan maklumat setiap kali nak transfer lah.
Kalau pilih untuk simpan maklumat kat situ, bolehlah Add EPF Account
Masukkan maklumat yang diperlukan dan Request For TAC.
Tadaaa dah siap.
Sekarang dah boleh mula mencarum atau transfer duit dari akaun bank ke dalam akaun KWSP.
Klik pada EPF Registered Payment dan boleh pilih sama ada Self Contribution ataupun nak transfer untuk isteri, Mak dan sebagainya pun boleh
Senang je kan.Macam nak transfer duit tu.
Seterusnya kalau esok lusa tulat nak transfer lagi, korang cuma klik bahagian Pay & Transfer. Dah ada maklumat di situ. Senang sangat ni. Cuma I bercinta sikit bab kena buka di web. Harap akan ada di app saja. Walau apapun, syukur sangat ada kemudahan macam ni. Tak perlu berurusan di kaunter.
Pada I sikit atau banyak tetap simpanan. Bukan semua orang suka simpanan macam ni. Ye I pernah kerja dengan company yang 'pasak' mindset kita "Apa perlunya KWSP ni, tak guna pun blablabla"
Time tu muda lagi kan, angguk je lah. Tapi apa jenis simpanan pun pasti ada kegunaan di masa akan datang.
Banyak lagi pilihan lain macam tabung, emas dan sebagainya. Terpulang pada kita nak simpan macam mana.
Nanti I share menggunakan bank lain pula ye.
Toodles, xoxo
Mencarum , menabung sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Memag perlu sekurang-kurangnya ada jaminan hidup masa tuaatau masa kecemasan.
ReplyDeleteSenang sekarang boleh manage akaun kwsp sendiri secara online kan...
ReplyDeletebagus ada facility mcm ni...menyimpan utk masa depan..
ReplyDeletebagus info nih, memandangkan dah tak ada potongan kwsp jadi bolehlah kita buat macam simpanan ke akaun kita
ReplyDelete