Skip to main content

Renew Passport Cepat Tak Sampai 30 Minit | Pejabat Passport KLIA

Daftar Anak Darjah 1 Tahun 2023

 Anak bongsu I si Ash tu nak masuk Darjah 1 dah tahun depan. Aduh cepatnya masa berlalu.

Jarak diorang ni rapat jadi I dah rasa macam aktiviti tahunan atau setiap 2 tahun tapi I tetap lupa hahaha

Tak silap I, dah siap mohon online tahun lepas lagi. Lepas mohon kena print dan hantar di sekolah pilihan. 


Link daftar online: public.moe.gov.my


Siap ada checklist untuk kemudahan para ibu bapa

Selain borang yang dicetak dari portal, dokumen yang perlu disediakan

Original
1. Surat Beranak/ Sijil Anak Angkat
2. Bil Utiliti Terkini
3. Kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga
4. Surat Hak Penjagaan (jika perlu)
5. Laporan Doktor (jika perlu)
6. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan

Salinan
1. Surat Beranak/ Sijil Anak Angkat
2. Bil Utili Terkini
3. Kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga
4. Surat Nikah/ Cerai
5.Laporan Doktor (jika perlu)

Bawa semua dokumen berkaitan ke pejabat sekolah, staff akan check semua dokumen. Kalau zaman si Abang dan Gegirl, pihak sekolah akan cop di belakang surat beranak mengesahkan dokumen telah diterima. Tapi kali ni I diberi 1 kertas.


Lepas tu macam biasa kena beli sampul bersetem 2 keping. Hampir lupa pasal ni nasib baik bawa cash oii

1 sampul bersetem = RM2

Staff juga pesan supaya buka portal bulan 8 nanti (1hb hingga 31 Ogos 2022) untuk buat pengesahan secara online. Berkali kali pesan jangan lupa password.

Alamak, tiber I blur pulak. Rasa ada tulis hari tu hahaha. I ni jenis try n error password. Kekadang I ada tulis somewhere, tapi 'somewhere' tu lupa kat mana lol.

Alright lega dah selesai bab ni. Maknanya cuma tunggu surat dan pengesahan bulan 8 nanti.

Sekarang kan tak pakai sistem sapa pandai kelas depan. Sekarang kira siapa daftar awal dapat kelas A dan seterusnya. Berdebar nak tunggu si Ash dapat kelas apa.

Kenapalah tak buat semua online kan. Lagi senang. 1 kerja nak pergi sekolah. Nasib I dah tak kerja sekarang. Kalau dulu kena ambil cuti. 

Tak silap I pendaftaran ni bukan selalu buka kan? Ada masa masa nya dan parents kena alert dengan announcement. Next bulan March kot. Kot lah I pun tak ingat. Hahaha

Uolls ada anak sebaya Ash? Dah daftar ke belum? 

🌷🌷🌷🌷

NOTA KAKI: I tak berkenan kat orang tak kisahlah bahagian apa pun, kalau kita panggil dia buat derk je fokus kat kerja dia. Tak payah bersangka baik sangat dia tak dengar I panggil atau I tak dengar dia jawab. Suasana sunyi, kentut pun boleh dengar wakk.

Datang datang I bagi salam, takde respon. I diam jap dalam 30 saat kot. I bunyi loceng. Takde respon. Angkat muka / toleh pun tidak. I diam lagi sambil berdiri tegak. Lepas tu baru datang "Ye, nak apa?" Lol 

Kalau ye pun busy sebab tengah menggunting kertas, jawablah suruh tunggu kejap ke , 5 min ke 8 min ke . Alahai. Kalau kena orang kurang sabar tu, dah tekan loceng non stop dah. 

Orang kaunter hadapan pun ada perangai macam ni (private company) Dia selesaikan menaip, menggunting , menampal sebelum attend kita. Tak angkat muka pulak tu suruh tunggu kejap ke apa ke aduhh. 

Eh makcik nasi lemak pun sama T.T, dia selesaikan mengumpat dulu baru ambilkan nasi lemak I. Tak pasal pasal I dengar sekali cerita dia "...ko tak tahu anak sipolan tu ..."








Comments

  1. urusan daftar anak mmg mak2 yg selalu kena buat agaknya ye, hehe.. sis pun uruskan sndiri. cuma nasib baik leh daftar online. pengumuman tu la kena alert tapi sis agak nasib baik sekolah dekat dgn rumah jdi mudah nampak banner yg digantung.

    ReplyDelete
  2. saya dah nak hantar anak ke universiti pulak nie

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....