Skip to main content

6 Idea Hadiah Hari Guru 2025

Pengalaman Buat Freckles Laser Treatment Di Renora Clinic

 Korang ada masalah di wajah yang menganggu fikiran tak? Selalunya apa yang korang akan buat? 

Sejak kebelakangan ni I rasa stress dengan freckles atau jeragat yang semakin bertambah. Sebenarnya silap sendiri juga selalu abaikan sunscreen. Pada I, cleanser dan moisturizer tu dah cukup. Lama-kelamaan, jeragat makin bertambah dan I mula rasa terganggu. 

Minggu lepas I ke aesthetic clinic untuk dapatkan pandangan doktor. Yelah, takut nak cuba sebarangan produk atau rawatan tanpa nasihat pakar. 

Renora Clinic, Bandar Sri  Permaisuri Cheras 

I tahu pasal Renora Clinic ni dari social media. Baca review di Google banyak feedback positive dan kesemuanya puas hati dengan service klinik tu. Apa lagi, I terus booked appointment untuk Freckles Laser Treatment. Klinik ni terletak di Cheras, lebih kurang 30 minit dari Ampang. I rasa agak strategik lah sebab Cheras ni macam kawasan yang familiar untuk semua orang 

Berdebar sebenarnya sebab ni pertama kali I nak buat rawatan laser. 

I sampai agak awal dari waktu appointment. Sempatlah borak dengan staff kat situ. Semuanya friendly dan baik belaka. Sabar melayan dan jawab semua persoalan. Maklumlah first time kan, macam macam nak tanya. 

Freckles Laser Treatment  

Pertama sekali I diminta untuk cuci makeup. Kat ruangan ni ada disediakan pencuci muka dan face towel. Lepas tu I dibawa ke satu bilik untuk analisis kulit. Kat sini mereka akan kenalpasti masalah kulit. Terkejut sebenarnya tengok muka sendiri. Nampak macam sikit je jeragat yang ada, tapi rupanya di bawah lapisan kulit tu dah agak teruk. Kalau tak dirawat awal, akan nampak kesan di masa akan datang.  





Adoi seram pulak nak dibayangkan. Orang lain umur 40 masih vogue, nanti I pulak dah penuh jeragat. Aduhh.  

Beautician juga akan tanya tentang rutin penjagaan, suggestion product yang sesuai dengan masalah kulit dan sebagainya . 

Lepas tu masa untuk jumpa doktor. Ha kat sini I jumpa owner Renora Clinic ni iaitu Dr. Ruhil. Cantik ya doktor ni dan famous di TikTok.  

Dr. Ruhil explain satu per satu tentang masalah yang I hadapi dan jenis rawatan yang sesuai 

Kena ingat juga, hasil dari rawatan ini berbeza untuk setiap orang. Mungkin ada orang perlukan sekali rawatan, ada yang perlu lebih dari itu. . Ha tu pentingnya pergi tempat yang betul gais. Baru kita tahu rawatan apa yang kita patut buat. Lepas sign Consent Form, staff bawa I ke Treatment Room untuk proses seterusnya. 

Pengalaman Pertama Buat Rawatan Laser 

Macam I cakap awal tadi, ni adalah pengalaman pertama I buat rawatan laser so agak berdebar la. Beberapa kali tanya staff tadi “sakit tak?” . Diorang gelak dan cakap macam kena cucuk jarum je.  

Treatment Room ni memang sejuk dan selesa. Lepas baring, staff akan bantu untuk selimutkan bahagian kaki. Ahh syoknya, selimut lembut, boleh tertidur macam ni. Muzik pun menenangkan. Hilang sikit rasa nervous tadi.  

Mula-mula staff bertugas akan bersihkan kawasan sekali lagi. Kemudian wajah akan disapu dengan numb cream untuk pastikan I selesa. Maklumlah first time kan. Mata pula ditutup dengan Goggle.  



Masa doktor mulakan rawatan tu, tak rasa sakit langsung. Tau tau je selesai. Terkejut juga. Habis rawatan laser, staff akan sapukan soothing cream. Sejuk je rasa. . Keseluruhan proses ambil masa  lebih kurang 1 jam.  

Boleh nampak yang freckles I semakin pudar. Ahh happynya. Maybe lagi 1 atau 2 kali boleh ‘lenyapkan’ kesemua bintik yang ada kot.  

Lepas selesai, masa untuk collect ubat. Hehhe in my case bukan ubat lah tapi beberapa produk seperti cleanser, moisturiser dan sunscreen yang perlu dipakai sementara dalam masa ‘downtime’ni. Kiranya dalam masa 3-5 hari tak boleh kena direct sunlight dan tak boleh guna sebarangan produk.  

Kalau tak jaga, freckles tu boleh kembali mengganas gais .  

Jumpa Pakar Untuk Penyelesaian 

Sekarang ni banyak tawaran dan iklan di media sosial  tentang rawatan kulit. Ada yang claim boleh cerahkan kulit lah, boleh hilangkan kutil, jeragat dan sebagainya. Seeloonya kalau buat rawatan wajah, pergi ke aesthetic clinic.

Kenalpasti dulu masalah dihadapi dan dapatkan cadangan dari doktor. Takde masalah pun untuk dapatkan consultation dari pakar. Kalau sesuai dengan masa dan kos, boleh proceed ke proses seterusnya. 

Bagi yang hadapi masalah jeragat atau apa apa masalah kulit, I memang recommend korang untuk jumpa terus dengan Dr. Ruhil. Sangat lemah lembut dan friendly. Boleh baca feedback positive di Google Review juga. Doktor ni pun selalu share pasal skin di TikTok.  Bukan calang-calang ye, Dr. Ruhil berpengalaman selama 10 tahun dalam medik dan 5 tahun dalam bidang aesthetic.  

Dan my current favourite sunscreen ialah dari Renora Clinic. Pergi bercuti hari tu, I tak pakai makeup gais. Memang bawak cleanser, moisturiser dan sunscreen ni je. Saiz pun sangat travel- friendly. 

Bagi yang dah tak sabar nak consult tentang kulit, ha jap jap. Korang kena set appointment dulu. Boleh Whatsapp +60 11 6098 8315 atau klik ni   https://api.pagemaker.io/campaigns/11696 ATAU di bio Renora Clinic (IG) atau drruhil (TikTok). 

Renora Clinic terletak di Kompleks Q, Bandar Sri Permaisuri . Boleh waze je okay. Free parking gais kat situ.  


Jangan lupa share dengan kawan-kawan. Mana lah tahu ada yang masih keliru nak cari doktor aesthetic bolehlah suggest Renora Clinic.   

 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....