Mesti ramai yang tengah survey tempat menarik untuk bawa keluarga berbuka puasa. Maklumlah dah 2 tahun kita tak dapat rasai kemeriahan berbuka di luar.
Kalau selalu kita makan di restoran atau hotel, apa kata kali ni kita bawa keluarga ke Menara Kuala Lumpur atau KL Tower.
Sajian Unik Setiap Negeri
Bertemakan Sajian Nostalgia Kampungku, Menara Kuala Lumpur membawakan pelbagai juadah enak dari setiap negeri.
Menarik, bukan? Bagi sesiapa yang merindukan kampung halaman, tak perlu pergi jauh kerana semuanya ada di sini.
Antara hidangan yang ada ialah Nasi Beriyani Johor, Opor Daging Pahang dan Ayam Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan.
Makanan Enak, Nikmati Pemandangan Kuala Lumpur
Buka sahaja disajikan dengan juadah enak, tetapi juga pemandangan yang sangat cantik.
Ruang makan yang terletak di Megaview Banquet Hall dengan ketinggian 288 meter ni boleh nampak hampir keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur.
Sambil nak cedok makanan pun rasa teruja dapat lihat view macam ni. I pun confuse nak ambil gambar view ke gambar makanan hahaha.
Oh ya, antara makanan yang wajib cuba di sini ialah Lamb Grill dan Satay. Confirmed puaa hati.
Ada Kids Station Untuk Menu Kanak-Kanak
Antara yang menarik perhatian I ialah Kids Station. Maklumlah bukan semua budak nak makan hidangan orang dewasa kan.
Kat sini ada Maggie Goreng, Fries, Nugget dan aiskrim.
Gegirl suka betul dengan Maggie Goreng tu. Makan bertambah.
Teruja pula bila nampak Pulut Mangga ada di buffet Ramadhan. Boleh makan sepuas hati.
ABC Station juga disediakan sebagai pencuci mulut. Sedap.
Lokasi yang strategik, pelbagai pilihan juadah serta tempat yang selesa mejadi antara faktor utama Menara Kuala Lumpur menjadi pilihan ramai orang untul berbuka puasa bersama keluarga atau kawan-kawan.
Lebih baik tempah awal untuk dapatkan harga 'Early Bird' . Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi 03-2020 5499
Aduhhhh... sedap-sedap semuanya... ABC tu menarik perhatian.. 🤤🤤
ReplyDeleteMacam mnaa ye NK dapat ticket
ReplyDelete