Skip to main content

Wagyu Skewer Viral Lot 10 Bukit Bintang

Bintik Merah Disebabkan Kutu Kucing | Allergy Kutu Kucing

I perasan bintik merah ni masa Raya ke-4 gitu. I ingat efek sebab demam /diarrhoea jadi I diamkam je. Lepas tu tengok, bertambah. Mula lah syak disebabkan semut. Mungkin sebab kerap makan dalam kereta.



Time tu klinik banyak tutup jadi I ke klinik agak jauh dari rumah. Doktor kata allergy udang. Ahh sudah, bila pula I makan udang.

Dah cakap takde makan udang, tapi doc kata ini seafood allergy jadi pls avoid seafood dan telur. Adoii. Yelah dia doktor kan, so I angguk je lah. Supposedly dia bagj krim. Tapi habis stok pulak.

Weekend macam tu,I start nampak bintik merah kat Abang. Aduhh jangkit ke. Bila post di IG, ramai kata macam HFMD. Aduhh. 

Isnin I ke klinik lain. Yelan kalau HFMD maknanya Abang kena MC lah. Doc tu tengok je dan terus tanya "ada bela kucing?"

Doktor NasrulNizam kot namanya. Dia explain allergy ni ada 4 sebab

1. Makanan
2. Hama, kutu etc 
3. Bahan pencuci/sanitzer
4. Persekitaran

I ceritalah doktor another clinic  berkeras cakap bintik ni disebabkan seafood allergy. Gelak je doktor ni. Kalau seafood allergy, takde tunggu tunggu ye. Zapppp lepas je makan terus tumbuh bintik merah dan agak besau.

Doktor pun ada tanya I ada tukar cadar atau bahan pencuci ke . Memang takde. Maka sahlah sebab kucing. I tak puas hati dan tanya lagi "Bukan HFMD ke?" 

Doc kata kalau HFMD memang kat tapak tangan dan tapak kaki. Kalau baby, baru seluruh badan macam belakang, peha dan bontot

Kami diberi injection supaya kesan lebih cepat. Doktor siap bising lagi "orang lain gatal je terus datang klinik, awak boleh tunggu pulak"

Hahaha alaa mana I tahu.

Injection ni buat mengantuk. Risau sebab I drive sorang. Si Abang dah terbongkang dah.


Kutu Kucing

I ni penggeli dengan kutu. Eh tak kisahlah kutu manusia atau kucing. Tapi dalam masa yang sama GERAM.

Alkisahnya hujung puasa, husband I beli anak kucing dari kawannya. Walaupun dah ada kucing kat rumah (anak-anak si Luna) dia nak jugak beli sebab baka BSH dan warna putih.

Dah perasan dab dia ada kutu. I suruh Ocin bawa. Dia suruh I balil. Eh eh. Dahlah warna putih, memang jelas nyata lah kutu berjalan. I bukan jenjs suka membelai sangat, tapi apesal entah kucing ji manja dengan I. Naik kereta pun nak duduk atas riba walaupun tengah drive.


I ni pulak tak tahan tengok kutu dia. Apa lagi, cabutlah pakai tangan. Eii geram. Ni dah jadi macam ni, I paksa juga apaknya bawa ke klinik. Eii geram. Berpuluh ekor kucing I bela walaupum kucing kampung, tak pernah kena macam ni tau.

Harap cepat sembuh. Risau kang pergi event orang geli, kang ingat I ada penyakit pula. Aiyoo

 

Comments

  1. Aini pun geli dgn kutu.. tak kisah la kutu apa atau pepijat ke..
    Pernah bela kucing dulu ada kutu.. Aini ada beli shapoo kutu kucing di kedai haiwan..
    Sorry tak ingat brand apa tapi apa2 shampoo kutu kucing leh pakai..
    Hasil dia mmg cepat hilang kutu tu.. kene rajin mandikan kucing la utk buang kutu tu..

    ReplyDelete
  2. Baru tahu boleh alergik ya dengan kutu kucing. Semoga cepat sembuh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu