Skip to main content

Kediaman Tepi Tasik Di Izara @ Bayu Sutera

Kemeriahan Jamuan Raya Sekolah 2022

Kebanyakkan sekolah mengadakan Jamuan Hari Raya dan Hari Guru serentak iaitu pada hari Jumaat. Memang dah tahu awal dan decide nak bawa 

Abang- Apam Polkadot

Gegirl- Air Kotak Ribena Purple

Sekali hari Selasa dapat Whatsapp dari cikgu yang tadika pun akan adakan sambutan dan jamuan. Ahh sudah. Maka dengan segera I letak nama Ash bawa air kotak hahahha. Nak senang wak. 

Orang kata selagi tak habis, ha macam macam lah nak tambah. Tak masuk dengan hadiah lagi lol. Mula-mula taknak bagi katanya cikgu tu garang. Tiberr nak bagi sebab nampak kawan bagi. Adoii. 

Tak banyak pun hadiah. I beli handsocks di Aeon jenama Puteri dan tambah dengan coklat. Sempat juga order inner tudung Naelofar dan Ariani, tambah dengan Danisa Butter Cookie. 

Link Ariani

Link Naelofar

Link Danisa 

Untuk jamuan kelas Abang,I tempah apam polkadot dari the.cakesion . Alaa si Sally punya tu. Dekat je dengan rumah I around 6km. Dah cakap nak ambil around 6.30am. 

I terjaga awal 4.30am terus siap mandi. Kena ready nak siapkan bebudak. Maklumlah diorang jarang bangun awal. Saja Whatsapp Sally, rupanya dia tak tidur. Ha apa lagi 5.30am I pun pecut kesana. 

Konon nak gerak awal. Ceh, 7.05am baru gerak. Dengan jammed orang nak pergi kerja lagi. Sampai je terus turunkan kotak kotak berat.



Parents tak boleh naik atas. Jadi kena tinggalkan semua di guard. Cikgu kata nanti minta tolong abang abang darjah 6. Uishh larat ke budak budak tu. 

Pecut balik rumah, hantar si Ash. Tadika dia ni walking distance je. Tapi tak sangguplah nak naik bukit hahaha . Sama macam sekolah rendah, tadika pun gabungkan 2 sesi. Jadi agak ramak dari kebiasaan.

Balik tu bawa Mak pergi breakfast sementara menunggu. Fuhh basah ketiak hari ni. 

Ash balik awal around 10.30am. Abang Gegirl yang balik tengahari buta oii. Panic jap anak tenggelam dalam lautan manusia. Hahaha

Dari sebelum masul kereta sampailah masuk rumah, tak habis bercerita. Si Abang kepenatan dok 'beraya' dari kelas ke kelas. Katanya cikgu kelas izinkan . Sampai kelas Gegirl, tak dapat masuk. Adoi lawak pulak.,


Makanan Potluck di kelas si Abang

Menarik pula idea  bawa sebiji kek kan. Maybe boleh bawa next jamuan. Ingatkan nak bawa pizza, tapi sebab jamuan awal pagi,susah lah 

Bestfriends katanya


Classmate si Gegirl 

Itulah pengalaman jamuan dan sambutan Hari Raya diorang. Cikgu pun kata budak-budak nampak teruja pertama kali perhimpunan. 

Mommy pun lega. Kalau tak, selagi tak habis macam macam fikir. 

Toodles, xoxo

Comments

  1. meriah makanan..budak2 pun happy!

    ReplyDelete
  2. meriah raya kat sekolah.. bdak2 semua happy..
    dh 2tahun xmerasa suasana meriah camni.. hihi

    ReplyDelete
  3. Alaaaa kenapa Auntie Sally tak pernah nampak entri niii...comelnyaaa semua lahaiiii...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu