Skip to main content

Konsert 4U2C Ubati Rindu Peminat HipHop 90an

Majlis Pelancaran Lagu Baru Omar & Hana - Mudahnya Berzakat

 Siapa yang tak kenal dengan watak kartun kegemaran ramai iaitu Omar & Hana. Lagu-lagu berunsur nasihat, kisah-kisah tauladan sahabat nabi  solat, puasa dan sebagainya.Mak mak pun sampai dah boleh hafal ye lagu lagu ni.

Baru-baru ini I berkesempatan menghadiri pelancaran lagu baru Omar & Hana. Hasil kerjasama dari Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agam Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama pihak Digital Durian telah mengambil inisiatif menghasilkan lagu & video Mudahnya Berzakat. Ininadalah bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran ibu bapa dan kanak-kanak tentang kewajipan berzakat.

Menarik! Lepas ni lebih mudah untuk kita terangkan tentang Rukun Islam ketiga ni. 

Sebenarnya kewajipan menunaikan zakat tidak tertakluk kepada orang dewasa sahaja. Kanak-kanak pun wajib bayar zakat kalau dah menepati syarat iaitu cukup haul dan nisab.

Di majlis yang sama juga, ada pertandingan mewarna. Seronok tengok anak-anak bersemangat mewarna. 

Selain itu ada juga kuiz oleh ustaz dan Kak Rara dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. 








Bagi yang belum berkesempatan tonton video ni , jom tengok sini




Cara Mudah Bayar Zakat

Sekarang ni senang betul nak tunaikan zakat. Lebih mudah dengan aplikasi MyZakat. Pembayar boleh bayar dan kira, bayar dan semak penyata zakat.

Selain itu boleh juga bayar di 10 Kaunter PPZ-MAIWP , Skim Potongan Zakat Bulanan, Perkhidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD) , Perkhidmatan Door to Door, Portal Rasmi PPZ-MAIWP dan Ejen Kutipan Zakat. 


10 Kaunter PPZ-MAIWP

●Isnin- Jumaat : 8.15am-4.45pm

●Sabtu: 8.15am-12.45pm (Tutup minggu pertama dan ketiga)

Skim Potongan Zakat Bulanan

●Bayaran zakat secara berjadual dan konsisten melalui potongan gaji. Daftar skim PZB secara dalam talian ptg.zakat.com.my. maklumat lanjutwww.zakat.com.my

Perkhidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD) 

●Pembayaran boleh berurusan tanpa perlu ke kaunter dengan membuat temujanji untuk diselia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga proses bayaran selesai. mytemujanji.zakat.com.my

Perkhidmatan Door to Door

●Perkhidmatan khas untuk yang ingin dapatkan layanan secara personal atau kekangan masa. Tempah Ride2U dan Kaunter Zakat Bergerak (KZB) 1300-88-5757 . Waktu operasi dari 9am-5pm

Saluran Bayaran Online

Portal Rasmi PPZ-MAIWP

●Zakat Harta -zakat.com.my

● Aplikasi MyZakat -muat turun di Google Play Store atau Apple Store

Ejen Kutipan Zakat

● Perbankan Internet (15 bank)

● E-wallet (Boost  Shopee! GOpayz)


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini pl...

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys...

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi....