Baru-baru ni I berkesempatan menghadiri Pembukaan Perdana butik Siti Khadijah dan Hegira di IOI Mall Putrajaya. Pembukaan ini sempena perpindahan butik SK sediada ke sayap baharu.
Pembukaan butik ini juga turut menampilkan pelancaran bersama butik Hegira iaitu jenama tudung di bawah jenama SK.
Butik ke-43 Siti Khadijah ini mempunyai keluasan 3,000 kaki persegi. Istimewanya di sini terdapat ruang surau terbuka untuk para pelanggan menunaikan solat. Pertama kali I tengok konsep macam ni. Kalau nak cari tudung, telekung, aksesori dan barangan gaya hidup Islam yang lain boleh singgah sini.
Butik terbaharu ini juga luas dan selesa. Rambang mata dibuatnya melihat koleksi telekung, aksesori dan pelbagai produk gaya hidup Islamik dari SK.
![]() |
Surau yang luas dan selesa |
![]() |
Para model yang menggayakan barangan SK & Hegira |
Siti Khadijah Sdn. Bhd juga mengumumkan perlantikan pengerusi baharu dalam kumpulan itu iaitu Encik Shafie Shamsuddin yang berpengalaman dalam dunia korporat dalam dan luar negara.
Perlantikan ini selaras dengan strategi syarikat yang ingin bergerak pantas dalam mengukuhkan kedudukan dan me,uaskan empayar perniagaan SK sebagai pengeluar produk Islamik terunggul.
Hegira merupakan rakan kolaborasi dan jenama tudung di bawah kumpulan SK.
Butik kedua ini dilancarkan selepas kejayaan butik pertama Hegira yang dibuka di Kota Bharu pada Julai lalu.
Address
Lot 1-40, IOI City Mall,
IOI Resort
62502 Putrajaya
Nice post thank you Philip
ReplyDelete