Baru-baru ini I berkesempatan menghadiri kempen MAGGI® SAH Malaysia! yang diadakan di Malaysia Tourism Centre (MaTiC). Kempen ini diadakan sempena meraikan 51 tahun detik sejarah bersama rakyatMalaysia serta sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan juga Hari Malaysia ke-59
Kempen MAGGI® SAH Malaysia! yang bertemakan Kembara DuniaKu Bersama MAGGI® adalah untuk memberi pengiktirafan kepada kreativiti masakan di warung gerai makan dan trak makanan seluruh Malaysia. Keenakan masakan ni dah jadi sebahagian dari rakyat Malaysia.
Melalui travelog SAH Malaysia!, Kembara DuniaKu MAGGI® telah menjejaki 12 buah warung dan kedai makan di seluruh Malaysia untuk memperkenalkan resipi MAGGI® viral mereka. Satu usaha yang bagus! Program ini dihoskan oleh Duta MAGGI® Sheila Rusly, Duta MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman dan Duta MAGGI® Pedas Giler MK K-Clique.
Pengusaha makanan yang lain pula berpeluang menghantar resepi kreatif MAGGI® mereka untuk cabaran Resipi KreatifKu secara dalam talian. Seramai 8 orang finalis akan bertanding untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.
Dalam majlis yang sama, MAGGI® SAH Malaysia! turut meraikan kreativiti para pencinta melalui cabaran ResipiKu DuniaKu. Seramai 12 orang finalis akan bertanding untuk merebut tiga hadiah utama yang berupa wang tunai sebanyak RM5,000.
Senarai pemenang adalah seperti berikut.
ResepiKu KreatifKu
1. Ying Ying Cafe, 1 Ying Ying Café, MAGGI® Tomyam Seafood
2 Ganesh Curry House, MAGGI® Udang Ori
3 Chiffonade, Wattan MAGGI®
• Asmahani Mohamed, Botok Botok MAGGI®
• Faradilla Eamy Jaar, Sotong Sumbat Bakar MAGGI® Kuah Percik Bersambal
• Norsalina Jalaludin, Manok Pansoh MAGGI®
Dah lewat malam ni terasa nak makan mi segera. Pilihan I mestilah perisa Asam Laksa. 'Cepat Di Masak, Sedap Di Makan'
Tidak dapat dinafikan, maggie memang sedap hehe
ReplyDelete