Skip to main content

Molfix Jenama Lampin Dipercayai Ibu Bapa

UNA Residence Sunway Velocity By FiveSense

 Hari tu I ada task video. Dok lah cari tempat yang cantik. Last last pilih 1 tempat baru ni.

Banyak juga negative comments contohnya deposit burn. Tapi takpelah kita cuba dulu. I booked via booking.com

I sampai before 3pm. Tak boleh masuk parking dulu kena tunggu staff. Deposit agak tinggi. Settle isi form, dapat access card dan key. Kena ingat petak parking juga. Kad parking tu scan dari dalam kereta je wak. Canggih! 

Kawasan tempat letak kereta agak sunyi dan sempit ye. Teringat pula mall mall lama macam Low Yat dan Pertama. 

Nak masuk tempat lif pun ada access card. Security tiptop. Park di level 8 dan bilik di level 12.

Buka je pintu, FUHHH punyalah cantik rumah. Yelah nama pun baru




Bertemakan warna putih dan dilengkapi dengan hiasan tu, nampak kemas dan mewah.
TV tu ada Netflix dan Youtube.

Meja makan tu memang I tak bagi anak anak makan situ, tak pasal pasal kotor kang hehe. Kita makan kat bawah berlapikkan backdrop Mommy.

Dapur cantik dan kemas. Ada lah sudu garfu, cawan dan peti sejuk kat tepi tu.


Bilik air agak luas dan siap ada wash machine. Tapi kami tak guna pun. Yelah, 1 malam je kan.

Kat sini cuma ada 1 bilik dilengkapi katil. Lagi 1 cuma ada sofa dan karpet (sangat tebal dan lembut) 

Bilik dilengkapi dengan almari besar.




Kat sini ada pool juga. Tapi biasa biasa je lah pool nya. Ada dewasa dan kanak-kanak. Tapi I rasa agak kecik. Hehee. 

Ada playground juga di level yang sama.




Untuk makan, rasanya takde kedai berdekatan. Kalau rajin, 
Iintas je terus sampai Sunway Velocity. Tapi I sempat bawa bekal hahaha. Jarak ke rumah lebih kurang 7KM je.

Nak checkout kena Whatsapp staff dan diorang akan check rumah dulu. Yeayy dapat deposit balik.

Mana lah tahu kalau korang datang area berdekatan bolehlah check in sini. Mungkin harga dah berbeza sebab masa tu baru beroperasi.



Date: 19.7-20.7.2022
  Room Type: Studio
Rate: RM 167.43
Deposit: RM 300 ( refundable)

Till we meet again ❤

















Comments

  1. Cantiknya interior dalaman studio ni.... Kira berbaloi juga dengan harga dia tu. Cuma deposit tu boleh tahan ye tinggi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu