Skip to main content

Makanan Iran Di Safa @ Maag Plaza Damas

Driving Range Ampang, Kelab Darul Ehsan

 Bila dah ada anak ni, mesti dok fikir tempat yang sesuai luangkan masa bersama. Fikir punya fikir, haa main golf! (Actually driving range lah)

Masa belasan tahun dulu  husband I memang suka ke driving range ni dengan kawan-kawan. Kan ada yang dekat dengan One Utama tu. Dia juga lah yang perkenalkan golf ni kat I. Ingatkan main atas rumput macam vvvip tu 😝

Kami ke driving range di yang terletak di Ampang iaitu di Kelab Darul Ehsan. Pertama kali datang memang boleh sesat. Nasib baik staff baik dan sangat membantu. Rupanya kena park kereta di belah belakang. Kalau tak mengah nak jalan.




Istimewanya Driving Range Kelab Darul Ehsan ni, ada view tasik. Fuhh. Jadi bola yang kita pukul tu masuk dalam tasik lah. Jangan risau akan ada staff siap bertopeng muka akan kutip bola tu.

Sampai je ada 2 staff perempuan di kaunter. Ada pilihan 50pcs atau 100pcs bola. Kalsu takde kayu golf sendiri jangan risau sebab boleh guna mereka punya secara PERCUMA. Hanya perlu letak lesen je. Tapi kalau kayu golf jatuh dalam air, kena charge RM50 tau. Dalam kedai tu juga ada pelbagai alatan golf

50pcs- RM7

100pcs-RM14

Ramai juga orang kat situ. Rasanya ada dua tingkat. Tak sempat jengah tingkat atas. Mula-mula kami dapat tengah. Lepas tu pindah ke babagian tepi. Yeayy

(Tips: Staff pesan, pilih tempat dulu baru beli bola) 

Nak dekat Maghrib, makin kurang orang. Dalam 8pm macam tu bertambah semula.




Mula-mula anak-anak I cakap malas main. Jadi kami ambil 1 bucket je iaitu 100pcs, sekali asyik tak cukup je sebab semua enjoy. Jadi ambil 4 bucket.

Di kedai yang sama ada dijual pelbagai air. Walking distance dari driving range ada cafe. Tapi I tak cuba pun.

Jadi kalau korang cari tempat untuk anak-anak beriadah boleh cuba driving range ni. Selamat Mencuba! 



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu