Skip to main content

KREATE | Cafe Dalam Hospital KPJ Damansara

Neymar Jr Sebagai Duta Mister Potato

 Sempena Piala Dunia 2022 yang kini semakin hangat dan dinanti-nantikan, Mister Potato memeterai perjanjian dengan NR Sports untuk melantik Neymar da Silva Santos Junior sebagai Duta Baru Mister Potato.

Dikenali ramai sebagai Neymar, beliau dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak paling berbakat dalam generasinya. Pemain Brazil ini telah dipilih sebagai Pemain Bola Sepak Amerika Selatan terbaik sebanyak 2 kali dan beliau telah membantu pasukannya menjulang 13 kejuaraan sejak Paris Saint- German pada 2017, termasuk Liga Perancis ( Ligue 1) sebanyak 4 kali dan Piala Perancis sebanyak 4 kali. Neymar JR mempunyai ramai pengikut iaitu 179 juta pengikut di Instagram dan mengendalikan sebuah pertubuhan bukan keuntungan iaitu Instituto Projeto Neymar Jr, projek sosial yang  berusaha membantu kanak-kanak, anak anak muda dan kluarga mereka di Brazil.

Kerjasama baharu ini Mister Potato X NR Sports- menandakan fasa seterusnya dalam sambutan ulang tahun Mister Potato yang ke-30 dan juga kerjasama jenama kegemaran ini dengan selebriti terkenal. Fasa pertama telah bermula pada awal tahun ini. Kempen ini dilancarkan dengan tema "The Ridiculous Kick" (Penangan Rasa Gila-Gila) selama setahun dengan Neymar JR sebagai tumpuan utama. Mister Potato juga akan melancarkan dua perisa edisi terhad ( BBQ Kebab dan Hot Salsa), perisa inspirasi daripada kelazatan makanan Brazil.

"Kami di Mister Potato amat teruja dengan penyertaan Neymar Jr dalam kempen ini. Beliau seorang individu biasa yang bakatnya dalam pasukan bola sepak memang sangat disanjungi. Neymar Jr terkenal dengan keupayaan di atas padang dan kerja-kerja amal di luar padang di mana beliau menggunakan pengaruhnya untkk membawa kesan positif di peringkat global", kata How Yuan Yee, Ketua Pegawai Pemasaran, MAMWE-Double Decker.

"Saya sangat gembira kerana berpeluang menjadi duta baharu Mister Potato, lebih-lebih lagi pada tahun yang penting dalam kerjaya saya. Saya rasa seronok untuk turut serta dalam kempen Mister Potato ini dan memang menggemari produk Mister Potato," kata Neymar Jr.

" Personaliti luar biasa dan gaya hidup aktif yang penuh bertenaga menjadikan Neymar Jr pilihan sesuai bagi jenama kami. Kami akan memulakan beberapa aktiviti menarik dalam minggu yang akan datang dan bersedia memenuhi keinginan peminat bola sepak untuk menikmati snek yang lazat sambil menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia," tambah How

Para peminat bola sepak kini berpeluang untuk memenangi percutian ke Qatar, produk PUMA dan hadiah wang tunai bernilai  lebih daripada RM138,000. " Peraduan Snek & Menang" berlangsung dari 1 Oktober sehingga 27 November 2022. Untuk melayakkan diri untuk menyertai peraduan ini, pengguna perlu membeli produk Mister Potato yang bernilai sekurang-kurangnya RM10. Isikan nama dan nombor kad pengenalan pada resit pembelian dan hantar menerusi Whatsapp ke +601156881139

Seorang pemenang hadiah utama akan diterbangkan ke Qatar untuk menyaksikan perlawanan terakhir bola sepak di Qatar dan lawatan ini akan ditanggung sepenuhnya. Dua puluh orang pemenang sagu hati akan menerima wang tunai RM2,000 dan produk PUMA X Neymar Jr manakala 200 pemenang hadiah mingguan akan menerima wang tunai RM 250 setiap seorang. Rakan niaga yang  menyertai peraduan ini termasuk pasar raya, pasar raya  besar, pasar mini, e-dagang, kedai station minyak dan kedai serbaneka di seluruh negara.

Jenama kerepek kentang terkemuka Malaysia, Mister Potato ialah pilihan pertama bagi kerepek kentang di Malaysia dan tidak asing bagi menjalin kerjasama bagi peringkat global, termasuk kerjasama dengan Manchester Uniter dan Chevrolet dan juga bintang K-Pop Korea Chan Eun-Woo.

Mister Potato telah dilancarkan pada 1992 untuk menawarkan snek kentang lazat kegemaran ramai yang diperbuat daripada ramuan  berkualiti dan sekaligus memperkenalkan muchacho dengan topi sombrero kegemaran kami kepada rakyat Malaysia. Jenama tersebut kemudian menambah sentuhan warna kepada rangkaiannya pada tahun 2017  menerusi Ubi Keledek Ungu baharu yang membawakan kelainan yang menyelerakan tetapi dengan keenakkan dan kerangupan yang sama di samping rasa manis semulajadi dan tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Ambil JPJ Test (Dan Gagal)

Holla gais! Alkisah I belajar kereta ni memang dah lama dari tahun lepas. Tapi lepas class 3x I malas betul nak teruskan next step. Tergantunglah nak dekat setahun. Bulan 3 baru terbuka hati nak sambung kelas (ada lebihan masa) lepas tu terus QTI yeayy lulus boleh proceed JPJ I memang gedebak gedebuk tahap apa entah nak test ni. Sehari sebelum siap cirit birit plus demam.  Malam tu tidur boleh pulak terjaga setiap sejam. Adoi macam macam dugaan  So pagi tu macam biasa kami naik van beramai-ramai ke Imkeda Cheras. Cikgu bagi briefing sikit lepas tu kami kena check nama kat board dia. Hafal nombor giliran sebab akan dipanggil berdasarkan nombor.  Ha ni lah board nya. Korang kena tengok korang Sesi berapa dan nombor berapa.  Lepas tu korang dah kena start berdikari. Pergi ke pondok kat bawah tu, jumpa JPJ dan dapatkan pass. Dia akan tanya nombor berapa lepas tu dia bagi pass dan kena fill up borang. Ala isi sikit je.  Kat sini please lah bawak pen. Siap

Tips Lulus Parking Sisi & 3 Penjuru IMKEDA Cheras

I rasa dalam banyak banyak rutin litar, parking sisi adalah yang agak digeruni lagi lagi kalau untuk orang yang tak pernah drive macam I kan.  Actually teringin nak buat video parking sisi dengan Cikgu I, tapi macam tak kesampaian je HAHAHA. yelah masa belajar terhad. Tak dan pulak aku nak pacak tripod kat tepi tu LOL.  So sini I nak share tips apa yang Fizzi ajar I lah. I ni jenis MEMBACA . Maksudnya I tak boleh faham dengan Melihat  atau mendengar atau membuat. I kena baca baru paham hahaha. so gigih lah I buat nota CARA-CARA MASUK PARKING 1. Samakan bahu dengan garisan 2. Pusing kiri habis. Reverse sampai nampak batu divider paling hujung dalam cermin sisi kanan 3. Luruskan tayar (pusing 2x), sampai tayar belakang atas garisan 4. Kanan habis sampai masuk petak 5. Tukar gear D, kiri habis luruskan kereta Ni antara video contoh tapi tak full lah View this post on Instagram Hye guys Kepada yang n

Kemensah Chalet & Waterfall

Kemensah ni belakang Zoo Negara, dekat je uolls tapi baru first time I sampai. I saja lah booked chalet untuk siang (rate lain lain ye) . Plannya nak BBQ bersama keluarga lah uolls. Lama tak bawa budak budak tu mandi sungai   Payah jugak nak book kat sini. Kalau walk-in sure penuh. Nak msg/call/FB payah jugak sebab takde line. I baca review, orang siap book sebulan awal. Rezeki I lah booked sehari sebelum datang.     I rasa yang ni agak isolated sikit. Actually I mati mati ingat I booked Celi Chalet . Ya Auloh malunya. I dah park then pergi lah kat kaunter (basically dia bukak meja macam orang jaga parking tu je). Sekali dia kata I takde booking. Nak walk in memang takde. Pastu dia cakap   "kak, maybe akak salah tempat kot. Kita takde staff nama Heri. Mungkin akak boleh try chalet sana"   Kiranya nak ke Kemensah Chalet ni memang lalu Celi dulu. Baiknya dia , bagi kita park kat situ   Masa I datang around 9am memang takde orang lagi. Heri (staff tu) tu